bab 11

5.6K 158 6
                                    

" ARDELL, tunggu kejap. Mama dengan papa nak cakap something dengan Ardell. "

Ardell yang ketika itu mahu keluar dari ruangan dapur terus menghentikan langkahnya. Dia memalingkan tubuh menghadap Datin Catrina dan Dato Eshan.

" Hayden juga. " Datin Catrina terus membuang pandang pada Hayden yang duduk di hadapannya.

" Dekat sini ke? " soal Ardell. Matanya hanya tertumpu pada papa dan mama. Dia tahu Hayden sedari tadi sedang merenungnya tetapi dia tidak endahkan. Sudah agak dengan apa yang mahu diperkatakan Hayden kepadanya, but sorry, not anymore.

Suasana di meja makan tadi tidak seperti biasa. Ardell cuma mahu menghabiskan makanannya dan terus naik ke tingkat atas. Malas mahu berlama di situ memandangkan Hayden turut ada, menagih perhatian darinya. Riak hairan yang terpancar pada wajah kedua orang tuanya dibiarkan. Dia sudah malas mahu ambil peduli lagi.

Dia cuma bersuara apabila ditanya papa dan mama. Apabila Hayden seakan cuba mahu berbual dengannya, dia buat tidak endah sahaja. Masih terasa ada luka yang berdarah di hatinya.

Sudahlah lelaki itu baru pulang selepas isyak tadi. Entah ke mana pergi. Ardell yakin Hayden menghabiskan masanya dengan Ainin. Berseronok betul ya? Entah-entah bukan dengan dirinya sahaja Hayden melampiaskan nafsunya.

Mengenangkan itu, semakin sakit hatinya. Baguslah papa dan mama mahu berbincang sesuatu mengenai dirinya dengan Hayden. Biar dia luahkan semua rasa sakit yang terbuku di hatinya. Dia sudah penat!

" Ruang tamu. " beritahu Dato Eshan sebelum menghabiskan baki air kopi di dalam cawan.

" Sure. Ardell tunggu dekat sana. " ujar Ardell sebelum kembali mengatur langkahnya lalu dibawa ke ruang tamu. Dia mengambil tempat duduk di sofa single. Dia tidak mahu duduk sebelah-menyebelah dengan Hayden.

Dia tertanya-tanya apa perkara yang mahu dibincangkan Datin Catrina dan Dato Eshan. Adakah soal mereka yang tidak lagi dibenarkan untuk duduk sebumbung? Atau mama dan papa mahu satukan mereka dengan ikatan perkahwinan?

Jika benar kedua orang tua mereka mahu menyatukan dia dan Hayden, apa yang perlu dia lakukan? Dengan keadaan mereka yang masih terumbang-ambing, sukar untuk dia terima jika benar dia bakal disatukan dengan Hayden.

Bukankah dia sepatutnya rasa..... gembira? Ah, ini yang dia tidak suka dengan dirinya. Tidak seiring dengan akal fikirannya. Sukar benar mahu melupakan lelaki itu dan mudah sahaja hatinya tersentuh dengan kata-kata manis Hayden.

Tetapi jika mereka berdua tidak lagi duduk sebumbung, bukankah itu sesuatu yang baik? Mereka tidak perlu lagi bersua muka dan melakukan hubungan terlarang yang tidak tahu hala tujunya ke mana. Dan itu memudahkan Ardell untuk melupakan Hayden.

Dia mahukan kehidupannya sebelum kepulangan Hayden ke Malaysia. Tapi apa yang akan jadi pada dirinya jika perkara itu berlaku? Bukankah lagi mudah untuk Hayden melepaskan tangan terhadapnya?

Terhenti segala persoalan yang bermain di fikiran Ardell apabila kelibat Datin Catrina dan Dato Eshan menyapa pandangan matanya sebelum muncul figura Hayden di belakang mereka berdua. Mata mereka bertentangan buat seketika sebelum laju Ardell mengalihkan pandangan.

Lemah apabila melihat panahan mata lelaki itu lebih-lebih lagi riak yang terpancar pada wajah Hayden. Hanya Ardell sahaja tahu apa yang membuatkan reaksi Hayden jadi begitu. Ardell berdehem, cuba membuang rasa kekok yang mulai hadir.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now