bab 12

5.5K 134 39
                                    

TEGANG suasana di ruang tamu ketika ini. Tiada sesiapa pun yang berani bersuara hatta mahu bernafas dengan tenang sekalipun. Hanya suara dari kaca televisyen sahaja yang menemani suasana mereka berempat. Masing-masing mempamerkan reaksi yang berbeza.

Tajam Dato Eshan memandang anak tirinya sebelum beralih pada anak kandungnya. Lama dia menatap satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Kecewa dan marah bercampur satu mengenangkan apa yang dilihatnya sebentar tadi.

Dato Eshan sendiri tidak tahu di mana silapnya dia dalam menjaga puterinya sehingga gadis itu jauh melencong dari agama. Dia tidak tahu apa yang difikirkan anak perempuannya sedangkan tidak lokek ajaran agama diberikan kepada gadis itu. Mahu sahaja dia kerjakan anak tirinya itu tetapi disabarkan hati tuanya agar tidak terlalu mengikut perasaan. Dia masih tidak tahu perkara sebenar.

Dia perlukan penjelasan daripada kedua-duanya dan masalah itu harus diselesaikan malam itu juga.

" Dah berapa lama kamu berdua buat perkara terkutuk macam ni? " dingin sahaja nada yang dilontarkan Dato Eshan, memecah kesunyian di ruang tamu itu.

Hayden cuma mempamerkan riak tegang. Tiada rasa mahu menjawab persoalan Dato Eshan. Kepalanya ligat memikirkan kemungkinan yang dia akan disatukan dengan Ardell. Dia akan sehabis baik membantah.

Ardell cuma menundukkan kepalanya. Tidak berani membalas renungan Dato Eshan yang pastinya cukup kecewa dengan dirinya. Dia tidak mahu perkara ini diketahui dalam keadaan begini namun apakan daya, perkara yang mahu dielakkannya selama ini, akhirnya terjadi juga. Baru kau nak fikir pasal papa, Ardell?

Siapa yang patut disalahkan dalam hal ni? Dia atau Hayden? Adakah dia terlalu melayan perasaan sehingga mengundang nafsu Hayden padanya? Atau benar kata Datin Catrina bahawa Hayden tidak dapat mengawal nafsunya sendiri?

" Papa tak rasa ni kali pertama. Betulkan? " ujar Dato Eshan. Suaranya tertekan, cuba menahan rasa amarah yang mulai menguasai diri.

" Jawablah! " tengking Dato Eshan melihatkan Hayden dan Ardell yang hanya diam tidak berkutik di tempat masing-masing. Tubuh yang tadinya tegang mulai mengendur apabila si isteri mengusap bahunya serta tidak puas menitipkan kesabaran padanya.

Hayden mendengus kasar. Ardell yang cuma menunduk menekur lantai sedari tadi menambahkan lagi bara di dalam hatinya. Gadis itu seolah-olah mahu menampakkan hanya dia sahaja yang bersalah.

" Hayden tak buat apa-apalah dengan Ardell. Apa yang mama dengan papa nampak tadi cuma salah faham. " Hayden masih mahu lagi menafikannya. Dia cuba untuk tidak bersikap kurang ajar di hadapan kedua orang tuanya.

" Salah faham Hayden kata? Mama dengan papa nampak sendiri apa yang Hayden buat pada Ardell. Itu kata tak buat apa-apa? Baju ke mana, Hayden dengan Ardell ada atas katil. Mama tak tahulah apa kurangnya didikan mama sampai Hayden tak boleh beza mana halal mana haram. Hayden sedar tak apa yang Hayden buat? Ini apa yang Hayden belajar selama ni? Ini yang Hayden balas pada mama, papa? " celah Datin Catrina. Dia turut kecewa dengan anak lelakinya yang dianggap mampu menjaga anak tirinya itu.

Jika bukan disebabkan kata hatinya yang merasakan ada sesuatu yang berlaku antara Ardell dan Hayden, sampai ke sudah mereka suami isteri tidak tahu apa yang terjadi. Masih terbayang bagaimana keadaan Ardell dan Hayden tadi. Sungguh luluh hati ibunya.

Kasar Hayden menghempas tubuh pada belakang sofa, tanda protes. Tangan naik menguak kasar rambutnya. Dibiarkan sahaja kata-kata Datin Catrina berlalu dibawa angin. Cuba menenangkan gelojak di hatinya.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now