bab 68

9K 187 34
                                    

Ini bab terakhir LMH :))

Any last words for me?

***

HARI terakhir mereka sekeluarga di Port Dickson. Semua akan berangkat pulang ke rumah masing-masing pada waktu tengah hari nanti. Pagi itu, mereka sekeluarga turun bersarapan seperti selalu.

Memandangkan semalam Ardell tidur bersama Fira dan Fika, jadi dia turun dia sekali dengan adik-adik sepupunya itu. Hayden sendiri yang beria-ria mahu dia tidur dengan mereka, katanya sudah dua malam dia hanya tidur dengan Hayden. Hinggakan dia rasa Hayden bosan pula asyik tidur dengannya.

Dia sendiri pun tidak membantah kerana fikirkan yang dia sepatutnya bermalam di bilik hotelnya selama empat hari tiga malam di sini. Alih-alih dia pergi tidur pula dengan Hayden. Entah bagaimanalah malam semalam Hayden tidur tanpanya. Dia pula yang rindu tidak dapat peluk lelaki itu.

Jenuh juga semalam dia melayan Fira dan Fika yang bertanya macam-macam tentangnya dengan Hayden. Sampaikan lewat barulah dia dapat tidur. Itu pun dah letak kepala, mereka masih bertanya itu dan ini. Ardell hanya tersenyum melayan segala pertanyaan kembar itu. Malu juga bila dia diusik mereka.

Tak tergambar perasaannya apabila semua terima hubungannnya bersama Hayden dengan baik. Walaupun lama dia dan Hayden rahsiakan, masih mereka tidak ambil hati. Dia juga bersyukur tidak ada sesiapa yang bertanya tentang tempoh perkahwinan mereka yang masih belum dikurniakan anak. Ardell anggap, semua ahli keluarganya memahami.

Bermacam-macam yang dia dan Hayden lalui selama lima tahun ini, hanya mereka berdua sahaja yang memahami. Syukurlah hubungan ini masih dipertahankan sehingga sekarang.

Ardell melabuhkan duduk di tempat biasanya di meja makan. Pastilah mata ini mencari kelibat Hayden. Rindu serindunya.

Semua sudah ada di meja makan, hanya tempat duduk Hayden sahaja yang masih lagi kosong. Ardell perhati pula ruang makan itu, melilau matanya mencari Hayden. Mana lelaki itu pergi hingga tidak muncul-muncul lagi? Mustahil Hayden masih belum bangun tidur.

" Cari apa kak Ardell? " soal Fira apabila perasan dengan tingkah kakak sepupunya itu.

" Abang Hayden. " jawab Ardell tanpa memandang Fira.

Fika dan Fira berpandangan sesama sendiri, masing-masing memberi isyarat hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

" Semua dah ada ni, bolehlah kita makan sekarang. "  Dato Eshan bersuara beberapa jeda kemudian. Dia sudah berura-ura mahu meneguk secawan kopi panas.

" Tak tunggu abang Hayden ke papa? " soal Ardell. Hairan juga dia apabila tiada sesiapa di meja makan itu yang bertanyakan perihal Hayden yang masih lagi belum tiba.

" Ardell tak tahu ke? " pak long Ha bertanya.

" Tak tahu apa pak long? " Ardell sudah rasa tidak sedap hati. Apa yang dia tak tahu ni?

" Hayden dah balik pagi tadi. Ada hal. Hayden tak bagitahu Ardell? " pak ngah Raf pula bersuara.

" Tak. " jawab Ardell. Sedikit sebanyak dia mulai rasa kecewa. Riak wajahnya cuba dikawal sebaik mungkin di hadapan keluarganya. Semua tahu Hayden balik kenapa dia sebagai isteri lelaki itu tidak tahu apa-apa?

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now