bab 13

5.3K 140 0
                                    

" SAYANG, wake up. Bila nak bangun ni? "

Sayup-sayup kedengaran suara garau itu menyapa gegendang telinganya. Dibiarkan sahaja memandangkan matanya seakan berat untuk dibuka disebabkan kantuk masih terasa serta badan yang sedikit letih.

" Sayang, bangun sebelum abang cium sayang. Kalau abang dah start cium, abang tak kan berhenti. Abang serius ni. "

Suara itu masih lagi kedengaran di telinganya malah makin rapat sehingga terasa deru nafas hangat itu menyentuh halwa telinganya. Digagahkan juga dirinya untuk membuka mata sebelum wajah empunya suara itu terbias pada pandangan matanya. Serta-merta Ardell tersenyum.

" Ah, abang tak kira. Abang nak cium sayang juga. " Hayden terus mengomol wajah Ardell sehingga terletus tawa dari gadis itu.

" Abang, stop-stop. Ardell busuklah. " Ardell menahan dada Hayden yang seakan mahu menelannya hidup-hidup itu.

" Ya ke? Kenapa abang rasa sayang abang ni wangi? " soal Hayden dengan senyuman lalu melabuhkan ciuman pada dahi Ardell.

" Abang kut busuk. " gelak Ardell sebelum menolak tubuh Hayden menjauhinya. Cepat-cepat dia bangkit dari pembaringannya mahu melarikan diri dari Hayden sebelum terasa pinggangnya ditarik sehingga dia kembali terlentang di atas katil, Hayden kembali di atasnya. Gosh!

" Abang..... " rengek Ardell.

" Apa? " soal Hayden dengan kening yang dijongketkan nakal.

" I miss you, sayang. " tidak menunggu lama, wajah Hayden dibenamkan pada leher Ardell. Bertalu-talu ciuman diberikan di situ sementara rambutnya sudah diusap perlahan oleh Ardell.

" I miss you more. " ucap Ardell lalu melabuhkan ciuman pada rambut Hayden. Lama. Dia menjerit kecil apabila Hayden bertindak menggigit lehernya. Terus dia menolak wajah Hayden menjauhinya.

" Abang. " panggil Ardell lalu tangannya bergerak mengusap belakang badan Hayden. Sebelah tangan lagi berpaut pada bahu lelaki itu.

" Hurm. " Hayden cuma menggumam, dia kembali dengan aktivitinya.

" Jangan kasar dengan Ardell lagi. Ardell rindukan abang yang dulu. Ardell nak abang layan Ardell macam dulu. Boleh? " ujar Ardell.

Seraya itu Hayden mengangkat wajahnya, bertentang mata dengan Ardell. Matanya mengecil memandang Ardell. Tangan Ardell terus naik mengusap pipi Hayden. Renungan Hayden bertukar lembut.

" Boleh. Sebelum tu abang nak bagi denda. "

" Apa dia? "

Pang!

" Abang! "

Terus Ardell bangkit dari pembaringannya. Pipinya dipegang sebelum dia menoleh ke sebelah. Tiada kelibat Hayden dan pipinya tidak sakit diberi penampar.

Rupanya, dia cuma bermimpi. Ardell beristighfar. Apa maksud mimpi tadi? Mengapa dia mengecapi kebahagiaan dan di penghujungnya diakhiri dengan kesakitan? Itukah maksud perkahwinannya yang baru mencecah dua hari ini?

Ardell terus turun dari katil apabila mengingati suaminya yang entah pulang atau pun tidak semalam. Dia bergerak ke balkoni, mengintai ke bawah. Kereta Audi TT merah milik Hayden tidak kelihatan di porch. Matahari sudah menunjukkan dirinya bermakna sudah masuk waktu pagi.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now