bab 37 (a)

6.2K 160 17
                                    

" ABANG! Ardell dah balik! Come, hug and kiss me. "

Ardell melangkah masuk ke dalam resort. Tas tangan dicampak ke atas sofa di ruang tamu. Dia mulai mencari Hayden. Dari satu ruang ke satu ruang dia mencari kelibat Hayden. Masih, tiada figura lelaki itu mahupun bayang Hayden di mana-mana. Ardell sudah bercekak pinggang.

" Abang, tak kelakar okay nak main hide and seek sekarang ni. Ardell rindu abang ni. " ujar Ardell. Kakinya terus dibawa melangkah ke bilik utama. Tetap tiada kelibat Hayden, seolah-olah resort itu hanya dihuninya seorang.

Ardell sudah tidak sedap hati. Dia kembali ke ruang tamu, menyelongkar tas tangannya mencari telefon miliknya. Tiada langsung panggilan atau pesanan daripada Hayden sejak dia keluar tadi.

Tidak betah begitu, Ardell terus mendail nombor Hayden. Panggilan yang dibuatnya tadi terus masuk ke peti suara. Sekali lagi Ardell mencuba, tetap juga sama. Air mata yang yang mahu jatuh, ditahan sebaik mungkin.

Tak mungkin.

Tak mungkin Hayden tinggalkannya di sini.

" Mana abang pergi ni? Jangan tinggalkan Ardell. " Ardell menyeka air mata yang mahu menitis. Tersedar sesuatu, dia melangkah ke closet. Mungkin itu yang akan menjawab persoalannya.

Masuk sahaja ke ruangan closet, Ardell mencari bagasi milik Hayden. Dia agak terkedu apabila melihat tiada bagasi milik lelaki itu di sebelah bagasinya. Laju dia menuju ke wardrobe. Buka sahaja pintu wardrobe milik Hayden, Ardell terkaku di tempatnya berdiri. Ruang wardrobe yang selama ini dipenuhi dengan pakaian Hayden, sudah menjadi kosong. Apa ni?

Dia tidak mahu fikir yang Hayden tinggalkannya namun dengan apa yang terbentang di hadapan matanya sekarang ini, sukar untuk dia nafikan kenyataan yang sebenar.

Kenyataan yang Hayden benar-benar tinggalkannya.

" Abang..... " Ardell terjelepok jatuh ke atas lantai. Lututnya sudah tidak dapat menampung tubuhnya lagi.

" Abang dah janji yang abang tak kan tinggalkan Ardell. " Ardell sudah teresak-esak di tempat duduknya. Perkara yang dia takuti selama ini, akhirnya terjadi juga.

Apa salahnya hingga Hayden ambil keputusan untuk tinggalkannya? Dia sudah beri segalanya buat lelaki itu dan ini balasan yang dia dapat? Masih tersemat di ingatannya janji-janji Hayden yang tidak akan meninggalkannya dan mengecewakannya lagi. Kenapa sekejap sangat Tuhan pinjamkan bahagia untuknya? Atau dia memang tidak layak untuk bahagia?

Baru sekejap tadi, Hayden ada bersamanya. Masih hangat sentuhan lelaki itu di setiap inci kulitnya. Masih dia ingati senyuman dan renungan Hayden buatnya. Dan semuanya hilang gara-gara dia yang berdegil mahu keluar sendirian tadi.

Mulalah dia rasa menyesal. Jika dia tahu Hayden akan pergi meninggalkannya terpinga-pinga begini, Ardell sama sekali tidak akan keluar. Dia sanggup duduk di bawah ketiak Hayden, melayani lelaki itu sebanyak mana yang Hayden mahu, jika itu yang mampu buat Hayden tidak akan tinggalkannya.

Apa makna bulan madu mereka ini? Lakonan Hayden agar buat dia tunduk pada lelaki itu? Atau sekadar tempat untuk lepaskan bosan lelaki itu dengan ketiadaan Ainin? Di penghujungnya, Hayden akan tetap kembali pada Ainin. Dan Ardell sepatutnya sedar akan hal itu. Mudah benar dia serahkan segalanya tanpa fikir isi hati Hayden yang sebenarnya.

" Sayang? Kenapa menangis ni? "

Terus terhenti tangisan Ardell. Dia terus mendongakkan kepalanya mencari empunya suara itu. Hayden sedang berdiri di hadapannya dengan riak hairan melihatnya.

" Ab..... abang? " Ardell seakan tidak percaya. Hayden tidak tinggalkannya?

" Ye lah. Kenapa dengan sayang ni? " Hayden melutut di hadapan Ardell. Air mata isterinya yang masih membasahi pipi, diseka perlahan.

" Abang..... " tangan Ardell perlahan menyentuh pipi Hayden. Hayden yang melihat hanya tersenyum memandang Ardell.

" Abang tak kan tinggalkan Ardell kan? " soal Ardell. Benarkah Hayden di hadapannya sekarang ini?

" Kan abang dah janji yang abang tak kan tinggalkan Ardell. " ujar Hayden. Dia tunduk mencium air mata Ardell.

" Tapi tadi..... " Ardell senyap apabila tubuhnya dibawa ke dalam pelukan Hayden.

" Peluk abang, sayang. Bekal rindu buat abang. " bisik Hayden di telinga Ardell. Sempat dikucup telinga isterinya.

Ardell tersenyum sebelum tubuh Hayden dipeluk erat seolah tidak mahu dilepaskan. Matanya masih kabur dengan air mata. Dia tahu yang Hayden tidak akan tinggalkannya. Lelaki itu masih mengotakan janji-janjinya.

***

Nak full bab 37 hari ni atau esok? Ke lusa?🤪🤪🤪

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now