bab 14

5.2K 139 6
                                    

TERPISAT-PISAT Ardell membuka kedua matanya. Dia merenung siling bilik dengan pandangan kosong. Cuba mengingati apa yang berlaku semalam.

Kedua tangannya diangkat lalu ditilik. Jelas tanda kebiruan yang kelihatan pada pergelangan tangan. Ardell mendesis sakit apabila dia menyentuh lebam tersebut. Pasti kakinya turut mendapat lebam yang sama.

Ardell memejam mata. Seluruh tubuhnya rasa tidak bermaya, letih. Entah berapa kali Hayden mengerjakan tubuhnya semalam tanpa belas kasihan pun dia sendiri kurang pasti. Jelas dia dapat merasai kesakitannya dan masih terasa sehingga sekarang.

Dia cuba meraung, bergerak melepaskan diri malah sia-sia sahaja. Hayden tidak mengendahkannya malah lebih ligat memuaskan nafsu lelakinya.

Hanya air mata yang menemaninya. Tangisannya tidak dihiraukan, kesakitannya dibiarkan tidak dirawat. Kejamnya Hayden melakukan sebegitu padanya tanpa fikir kesan tindakannya itu seolah-olah sudah tiada kelembutan pada lelaki itu lagi.

Ardell tidak mahu terus memikirkannya, seolah-olah dia menambah lagi luka pada hatinya. Dia mahu menghakis segala yang berlaku semalam, tidak mahu mengingatinya lagi. Cukup sakit dia menanggung.

Dia bangkit dari pembaringan dengan sebelah tangan melekap lemah pada selimut yang menutupi dadanya, menghalang tubuhnya yang tanpa seurat benang. Ditoleh ke sisi, seperti biasa Hayden tiada setelah mereka bersama.

Ardell menurunkan kaki ke atas lantai. Dia mendesis apabila terasa tubuhnya kembali sakit. Dipandang pakaiannya yang sudah koyak-rabak di atas lantai. Jelas kekasaran lelaki itu.

Pintu kamar mandi yang dibuka dari dalam langsung tidak membuatkan Ardell mahu menoleh. Dia mahukan masa untuk menerima layanan Hayden padanya. Dia risau, dia tidak dapat mengawal emosinya seperti sebelum ini.

Sangkanya, Hayden sudah keluar dari bilik tidurnya atau lebih tepat lagi, meninggalkannya sendirian. Tika ini, Ardell belum bersedia lagi mahu berhadapan dengan Hayden. Dia mengetap bibir, perlahan.

" Have a good sleep, hurm? "

Sinis sekali pertanyaan itu menerjah masuk ke halwa telinga Ardell. Mulutnya terkunci tanda tidak mahu membalas bicara lelaki itu.

" Aku buat kau sampai jadi bisu ke? " bengang Hayden apabila gadis itu cuma mendiamkan diri malah langsung tidak menoleh padanya.

Ardell mengeluh sebelum perlahan-lahan dia mendongak memandang Hayden. Lelaki itu cuma mengenakan tuala separas pinggang. Tubuh tegap itu yang masih basah menandakan suaminya baru lepas mandi.

" Tengok apa? Yang kau tercegat dekat situ lagi kenapa? Pergi mandi. Ikut aku balik penthouse. " dingin suara Hayden lalu t-shirt semalam yang terdampar di atas lantai disarung pada tubuhnya. Tajam dia merenung Ardell yang seakan-akan orang bodoh.

Perlahan-lahan Ardell bangkit dari duduknya. Sebelah tangan erat mengenggam selimut, membaluti seluruh tubuhnya. Pakaian yang berterabur di atas lantai terus dicapai sebelum dia melangkah untuk masuk ke dalam kamar mandi.

" Suara kau mana? " soal Hayden lalu merentap kasar lengan Ardell sehingga terdorong tubuh itu padanya.

" Ardell nak mandi. " seraya itu Ardell menarik lengannya dari pegangan Hayden.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now