bab 67

6K 181 6
                                    

" ADA apa nak jumpa ni sampai tak boleh nak tunggu esok? "

Iskandar ambil tempat di hadapan Fira dan Fika.

" Mana Kamal? " soal Fira. Terjenguk-jenguk kepalanya mencari kelibat Kamal.

" Dia penat, tak nak turun. Sebab tu Is turun sorang-sorang. " ujar Iskandar.

" Susah juga kalau tak ada Kamal ni. " ujar Fika.

" Ada apa sebenarnya ni? " Iskandar sudah tidak sabar-sabar. Ditarik gelak berisi jus oren di hadapan Fika.

" Hello, ni Fika punya. Pergi order sendiri. " Fika tarik kembali gelas berisi jus oren yang di pesannya tadi.

" Ambil yang Fira punya ni, Is. Fira tak minum lagi. Saja order. " Fira tolak jus oren miliknya pada Iskandar.

" Cun lah. Ni baru betul cousin. " Iskandar memberi jelingan pada Fika yang sudah menunjukkan penumbuk padanya.

" Okay, so apa cerita? " soal Iskandar sebaik sahaja jus oren separuh diteguknya.

" Pasal kak Ardell dengan abang Hayden. " Fika memulakan bicara tujuan mereka berjumpa.

" Kenapa dengan diaorang? " soal Iskandar.

" Is tak rasa ke diaorang ada something? " Fira menyoal.

" Ada something? Tak faham. " jawab Iskandar. Dahinya sudah berkerut memandang kedua sepupunya itu.

" Fika tak rasa diaorang sekadar adik-beradik tiri. "

" Then? "

" Lebih daripada tu. Tak kan Is tak perasan? "

" Is rasa biasa je sebab abang Hayden kan memang caring. Dengan korang pun macam tu jugakan? So, normal lah kalau abang Hayden treat kak Ardell macam tu. " ujar Iskandar.

" Kau jealous ke, Fika? " jari telunjuk lurus ditunjuk pada Fika.

" Ini bukan soal jealous ke tak. Apa yang Fika dan Fira nampak berbeza daripada apa yang Is rasa. " jawab Fika.

" Yes. Sebab tu lah Kamal kena ada sekarang ni. Sah-sah Kamal tahu hubungan sebenar kak Ardell dengan abang Hayden. " ujar Fira.

" Okay, macam ni. " Iskandar yang tadinya duduk bersandar pada kerusi terus mengubah posisi kepada duduk tegak.

" Kalau kak Ardell dengan abang Hayden tu ada something pun apa masalahnya? Tak babitkan korang pun kan? Biarlah diaorang nak bercinta sekali pun. Is tak rasa pun salah. " ujar Iskandar.

Tidak faham betul dia dengan kembar itu. Ingatkan benda penting apalah nak cakap sangat sampai tak boleh tunggu esok. Ni mesti Kamal dah sedap berdengkur dalam bilik.

" Is ni tak membantu tahu tak? Kitaorang nak tahu hubungan kak Ardell dengan abang Hayden tu macam mana. "

" Betul tu. Okay, memanglah tak salah apa yang Is cakap tu. Fira pun ship diaorang berdua. Cuma, apa yang jadi beberapa hari ni, betul-betul kuatkan instinct Fira yang diaorang ada apa-apa. "

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now