bab 15

5.5K 131 2
                                    

SEBELUM bergerak ke kolej, Ardell menyediakan sarapan terlebih dahulu. Dia cuma menyediakan omelet memandangkan itu sahaja bahan yang ada untuk dimasak. Selepas pulang dari kolej nanti dia akan singgah ke pasaraya.

Semalam dia cuma memesan food panda. Cukup sehingga ke malam. Itu pun dia tiada selera mahu menghabiskannya.

Sejak Hayden keluar dari tengahari semalam, sehinggalah malam menjelma, kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan. Entah ke mana pergi sehingga tidak balik ke sini. Tidak risaukah Hayden padanya? Dia pula yang risaukan keadaan Hayden.

Dia tidak tahu sama ada Hayden pulang atau pun tidak. Dia tidak mahu suaminya terus dingin jadi dia biarkan sahaja sedangkan dia sudah tidak senang duduk jika tidak naik ke tingkat atas melihat keadaan Hayden bagaimana.

Hatinya meronta-ronta ingin menyediakan semua keperluan suaminya. Dia mahu menggosok pakaian Hayden, mengemas bilik tidur lelaki itu walaupun dia tahu suaminya sudah biasa buat sendiri.

Tetapi apa guna dia sebagai isteri Hayden jika dia tidak buat semua itu? Mahu naik ke tingkat atas pun lelaki itu tidak benarkan. Tak kan tanggungjawabnya hanya memasak dan melayan kehendak lelaki itu apabila dia diperlukan sahaja?

Walaupun dia tahu itu adalah tanggungjawabnya, dia sebolehnya tidak mahu dilayan sebegitu. Dia mahu menjadi keutamaan lelaki itu memandangkan dia sudah mendapat tempat di dalam hidup Hayden, sebagai isterinya.

Ardell tahu dia tidak patut mengalah begitu sahaja. Dia sudah lama menanti Hayden untuk menjadi miliknya, tak kan semudah itu dia mahu berputus asa apabila Hayden sudah menjadi suaminya? Lelaki itu dapat menjadi seperti dulu jika Ardell pandai mengubahnya.

Dia tekad dia akan kembalikan Hayden yang penuh dengan kelembutan serta tidak kurang rasa sayang pada dirinya. Dia akan pertahankan rumahtangganya dan tiada sesiapa yang akan berada di dalam hati lelaki itu selain dirinya, Ardell Risa.

" Abang. " tegur Ardell ceria sebaik sahaja kelibat suaminya yang sedang menuruni anak tangga menyapa pandangannya. Dia terus mendapatkan Hayden yang sedang melipat lengan kemejanya sehingga ke siku. Lelaki itu semakin kacak dan itu membuatkan Ardell beruntung memiliki Hayden.

" Jom sarapan? Ardell buatkan omelet. Favourite abangkan? " ujar Ardell dengan senyuman. Segera dia menghalang laluan lelaki itu.

" Aku sarapan dekat kolej. " sekali lagi laluannya dihalang membuatkan Hayden merengus kasar. Hilang terus moodnya pagi itu.

" Jomlah. Abang makan sikit pun tak apa. " ujar Ardell, lembut seraya membetulkan tali leher yang dipakai suaminya. Sengaja mahu menggunakan cara itu yang mungkin akan berkesan. Baru sahaja dia mahu menarik tali leher itu menghampirinya.....

" Aku dah lambat. " Hayden menarik tali lehernya dari genggaman Ardell lalu bergerak ke muka pintu utama.

" Abang, kejap! " Ardell terus berlari ke dapur untuk mengambil beg serta buku yang ditinggalkannya tadi di meja makan sebelum kembali merapati Hayden. Dia sudah tidak mahu memaksa Hayden lagi jika lelaki itu tidak mahu. Nanti lain pula yang jadi.

" Jom. " Ardell yang mahu melangkah terus terhenti apabila bahunya ditarik sehingga Ardell terpusing ke belakang. Hayden sudah ubah fikiran ke?

" Kau kenapa? " soal Hayden.

" Kenapa apa? Abang kan dah lambat. Jomlah cepat. " ujar Ardell. Dahinya sudah berkerut dengan pertanyaan suaminya.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now