bab 39

5.8K 171 14
                                    

ARDELL duduk bersandar di kepala katil. Lega sedikit rasa lepas muntah tadi. Pening pun dah berkurang. Cuma badannya sahaja yang masih lesu membuatkan dia mahu berehat sahaja di atas katil.

Memang itu keadaannya sejak beberapa hari ini. Seolah tandas itu sudah menjadi rumah ketiganya. Sampaikan dia tidak boleh buat kerja langsung, hanya bermalasan di atas katil. Bila pergi ke klinik, tahulah Ardell kenapa dia jadi begitu. Dia sudah boleh agak.

Tangan Ardell laju menggapai baju t-shirt milik Hayden yang terdampar di atas katilnya. Terus dia bawa ke hidung, mengambil bau yang melekat pada baju t-shirt itu. Lepas sahaja muntah, dia pasti akan mencium baju Hayden. Bau yang ada pada baju Hayden itu menyebabkan muntahnya sudah sedikit berkurangan. Rasa pening di kepala pun tidak lagi datang menyengat seperti selalu.

Tidur juga, dia akan bawa baju lelaki itu sekali. Cepat sahaja lenanya datang seolah Hayden ada mendodoikannya sehingga dia tertidur. Itu sahaja cara yang Ardell ada untuk lepaskan rindunya buat Hayden.

Sepatutnya, dalam keadaan dia tidak berapa sihat ini lah, Hayden patut berada di sisinya. Dia berharap Hayden akan datang untuk menemaninya, menjaga sakitnya tetapi Ardell tahu, sangat mustahil untuk lelaki itu tinggalkan Ainin.

Baru tadi, Datin Catrina memberitahu yang Hayden akan pulang lagi dua hari. Ardell tidak tahu mahu kata apa lagi. Mungkin Ainin lagi penting dari dirinya. Sedangkan saat ini, Ardell benar-benar perlukan Hayden.

Biarlah. Ainin cinta pertama Hayden. Mustahil semudah itu Hayden dapat lupakan Ainin dan menerimanya dengan baik. Ardell tahu dia sudah lama bertahan untuk Hayden namun kali ini dia akan bertahan lagi demi bukti cintanya bersama Hayden.

Ketukan pada pintu membuatkan Ardell terus menjatuhkan baju Hayden dari wajahnya. Matanya terus melekat pada belakang pintu bilik tidurnya.

" Ardell, mama masuk ya? "

" Masuklah, mama. Ardell tak kunci pintu. "

Pintu dikuak dari luar dan terjengul wajah Datin Catrina dengan senyuman. Ardell turut tersenyum melihat wanita itu. Baru dia rasa yang dia boleh tersenyum. Jika sebelum ini, nak buka mulut pun tak larat.

" Kenapa mama? " soal Ardell. Daripada riak wajah yang terpancar pada wanita itu, Ardell tahu ada sesuatu yang mahu diberitahu Datin Catrina kepadanya. Tangan masih mengenggam baju t-shirt milik Hayden.

" Affan ada dekat bawah tu. Nak jumpa dengan Ardell. " ujar Datin Catrina.

" Ardell jumpa Affan, ya? Kesian dia. Selalu Affan datang sini nak jumpa Ardell, Ardell tak ada. Kalau Ardell ada pun, Ardell mesti tak nak keluar. Mama tak tahu nak bagi alasan apa lagi dekat Affan. " Datin Catrina bersuara lagi apabila Ardell hanya mendiamkan diri.

" Tapi Ardell tak larat nak turun. " ujar Ardell. Apa yang dikatakan oleh Datin Catrina tadi, memang benar. Sampai bila dia mahu mengelakkan diri? Lambat-laun Affan akan tahu juga sama ada dari dirinya sendiri atau dari mulut orang lain.

" Tak apa, mama suruh Affan naik. Bolehkan? " ujar Datin Catrina dengan senyuman.

Ardell hanya menganggukkan kepalanya. Affan seolah-olah sudah menjadi anak angkat Datin Catrina. Begitu baik sekali mama melayan Affan sejak dia berkawan dengan lelaki itu di kolej dahulu.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now