bab 60

6.5K 178 51
                                    

Dah masuk bab 60, jadi kita dah nak sampai ending!

***

" HAYDEN! "

Tidak jadi Hayden mahu membuka pintu Audi TT merah miliknya apabila nyaring suara itu memanggil namanya hingga hampir ke semua yang ada di sekitar itu memandang.

Dia sememangnya sudah menjangkakan kedatangan lelaki itu. Kot serta briefcase terus dicampak ke tempat duduk penumpang sebelum pintu kereta ditutup. Menunggu lelaki itu datang menghampirinya dengan lagak biasa.

Tubuhnya dibawa bersandar pada badan kereta.

" Macam ni rupanya gaya kawan lama berjumpa dengan kawan lama. " ujar Hayden dengan sinis sekali.

" Ni yang sepatutnya, si*l! "

Belum sempat Hayden mahu mengelak, satu tumbukan singgah tepat pada wajahnya.

Buk!

" Sh*t! Apa masalah kau?! " Hayden bengang. Sisi wajahnya dipegang. Terasa darah pekat mulai mengalir dari tepi bibirnya sebelum diludahkan ke tepi.

Pandangan dilemparkan ke sekeliling. Ramai yang sudah membuang pandang pada mereka, lebih-lebih lagi ada di kalangan pekerjanya. Hayden memberi isyarat bahawa dia tidak ada apa-apa apabila ada di antara mereka yang mahu mendekatinya.

Hayden memandang tajam lelaki itu. Ikutkan hati, Dayyan turut dapat tumbukan yang sama namun memikirkan ini kawasan pejabatnya dan masih terdapat lagi beberapa pekerjanya, dia tidak mahu namanya buruk dek hal remeh sebegini.

" Kau tak payah nak buat bodohlah. Kau tahu sebab apa aku datang sini. " ujar Dayyan.

Nafasnya terdengus-dengus seolah menahan amarah yang menggila. Begitu juga nafasnya yang turun naik melihat Hayden yang sedang memegang rahang. Itu baru sikit. Dia masih mahu menumbuk Hayden namun disabarkan hatinya agar tidak keterlaluan di depan khalayak ramai.

" Perempuan tu memang akan cari kau lah. "

" Jadi, kau nak aku buat apa? " soal Hayden. Dia menahan sakit yang mulai mengcengkam di sisi wajahnya. Memang kuat tumbukan yang diberikan Dayyan seketika tadi. Mungkin sudah lama lelaki itu pendam.

Dayyan gelak sinis. Apa punya soalanlah.

" Bagi balik pada aku. Aku tak kisah kalau kau nak bela budak-budak yang menyusahkan aku tu. Kau ambil tapi aku nak perempuan tu. Jangan harap dia boleh lari dari aku, sampai lubang cacing aku cari dia. " ujar Dayyan.

" She's pregnant. Macam mana aku nak kasi kau dekat dia? Kau boleh yakinkan aku yang kau tak kan apa-apa kan dia? "

" Dia mengandungkan anak kau ke masalahnya? Tak kan? Selama aku mengandungkan dia sampai dah bunting sekarang ni pun, hidup je lagi. Yang dua ekor tu, tak mati pun kan? Yang kau nak kisah sangat kenapa? Kau buang dia, aku kutip perempuan tu. Masih perempuan tu buat taik dengan aku. Dia fikir dia boleh lari dari aku agaknya. Aku dah cakap yang aku akan cari dia sampai dapat. Bila aku dah dapat, memang mati aku kerjakan. "

" Kau jangan nak jadi lelaki tak gunalah! Kau ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat dekat Ainin? Selama aku jadi suami dia, sikit pun aku tak pernah naik tangan dekat dia. Lagipun, aku kenal lah perangai kau macam mana. Aku ingat kau dah berubah, tapi sama je. " bidas Hayden.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now