bab 64

6.5K 177 12
                                    

BERKERUT dahi Hayden apabila melihat Vellfire milik Dato Hefry yang tersadai di porch. Tidak ada pula lelaki itu memberitahunya mahu datang ke vila.

Hairan juga dia. Mulalah saat ini dia mahu fikir yang bukan-bukan. Entah apa yang dibuat mereka berdua di dalam vila itu. Dengan pintu yang tertutup, cukup membuatkan fikiran Hayden melayang jauh. Entah-entah selama berhari-hari dia tidak ada di vila, Dato Hefry datang ke sini menemani isterinya.

Enjin kereta dimatikan segera sebelum tali pinggang ditolak dari tubuh. Belum sempat dia mahu keluar dari perut kereta, telefon yang disimpan di dalam dashboard berdering. Hayden tidak menunggu lama untuk terus mencapainya.

Tertera nama Mak Tam di skrin telefon. Terus dia jawab panggilan itu tanpa fikir panjang. Dia mahu bersuara terlebih dahulu namun suara Mak Tam yang kedengaran cemas di hujung talian membuatkan dia tidak senang duduk.

" Hayden, Ya Allah. Hayden dekat mana ni? "

" Ada depan vila ni. Hayden baru sampai. Kenapa suara Mak Tam macam ni? " Hayden membalas. Seraya itu dia keluar dari perut kereta. Dia mulai rasa tidak sedap hati.

" Syukur. Hayden kena masuk sekarang. Da..... Dato Hefry cuba nak apa-apakan Ardell. Mak..... Mak Tam tak berani nak tolong. Mak Tam tengah menyorok dekat dapur. Mak Tam dah call polis. Cepat, Hayden. Mak Tam tak tahu nak buat apa sekarang ni. "

Mendengarkan itu, panas sahaja hatinya. Terus Hayden berlari ke muka pintu. Pintu dirempuh kasar sebelum matanya melilau mencari susuk tubuh Dato Hefry dan Ardell.

Matanya dihidangi dengan figura Dato Hefry yang sedang menindih tubuh Ardell yang sudah separuh bogel. Pun begitu, tiada tanda-tanda lelaki itu mahu berhenti daripada terus menyentuh isterinya. Jijik dia melihat.

" TAK GUNA! "

Hayden menghampiri Dato Hefry sebelum tubuh lelaki itu ditarik kasar ke arahnya. Bahu lelaki tua itu dicengkam kuat, tajam dia merenung Dato Hefry. Bibir itu seakan mahu berkata sesuatu namun Hayden tidak mahu dengar, terus sahaja penumbuk di layangkan pada wajah lelaki itu.

" Dia isteri aku s*al! Kau memang cari pasal sebab sentuh hak aku! "

Terduduk terus Dato Hefry di atas lantai apabila diperlakukan begitu. Tidak cukup dengan itu, ringan tangannya memberi tumbukan lagi pada Dato Hefry. Kali ini bertubi-tubi tanpa henti. Pecah wajah itu dibuatnya namun Hayden langsung tidak peduli. Dia benar-benar bengang dengan apa yang dibuat Dato Hefry terhadap isterinya.

Bibir itu, berani mengucup setiap kulit yang ada pada isterinya.

Tangan itu, berani menyentuh setiap inci tubuh isterinya.

Sememangnya, dia tidak boleh terima. Kalau lelaki itu mati sekarang ini pun, dia langsung tidak kisah. Dia memang mahu Dato Hefry mati di tangannya, di hadapan matanya.

" Kau boleh cakap dengan aku kalau aku ada buat salah dengan kau. Bukan dengan cara kau libatkan isteri aku macam ni. Apa yang kau kemaruk sangat sampai menantu sendiri pun kau nak rogol? Aku lebih pilih isteri aku daripada ayah bernafsu binatang macam kau ni! "

" Memang patutlah mama decide nak bercerai dengan kau. Dasar lelaki tak guna. Kau patut mati! Aku boleh bawa kau ke neraka sekarang ni. Ingat sampai mati, aku tak ada ayah macam kau! "

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now