bab 56

6.2K 160 26
                                    

DEK cahaya matahari yang menyelinap masuk hingga menganggu tidurnya yang baru sahaja mahu lena, terpisat-pisat Ardell membuka kedua matanya sebelum perlahan terkatup balik. Entah pukul berapa sekarang ini, mungkin masih awal lagi.

Dia benar-benar rasa mengantuk gila sekarang ni. Tidurnya memang tidak cukup. 3 pagi barulah dia dapat melelapkan mata kerana melayan Hayden, itu pun tidak terlalu lama dia lena apabila lelaki itu mengejutkannya ketika waktu subuh.

Baru dia dapat rasa badannya sedikit letih dan lenguh. Lagipun, bukan dia yang bekerja keras semalam dan pagi tadi. Dia pula yang terlebih penat sedangkan Hayden biasa-biasa sahaja malah terlebih semangat pulak tu.

Badannya terus dibawa menelentang. Mata masih terkatup rapat. Tangan meraba-raba ke sebelah, mahu memastikan sama ada Hayden sudah bangun atau pun tidak.

Tak ada. Bolehlah sambung tidur kejap.

Ardell sedar kembali. Terus dia bangkit dari pembaringannya. Diperhati di sekeliling bilik itu, masih tidak terlihat figura Hayden seperti pagi tadi. Matanya singgah seketika ke luar balkoni, mungkin sudah masuk waktu tengahari.

Tangannya terus mencapai bathrobe yang disangkut pada kepala katil sebelum matanya terpandangkan sticky note yang ditampal pada lampu meja di sebelah katil. Selesai sarungkan bathrobe pada tubuh, Ardell mencapai pula sticky note itu.

Meet me at swimming pool. We're breakfast together. Love you, sayang😙

Ardell mengetap bibir. Nak breakfast macam mana kalau dia baru bangun sekarang ini? Mesti Hayden sudah lama menunggu dia. Hayden pun satu, kenapa tak kejut dia?

Ardell terus turun dari katil. Langkahnya dibawa keluar dari bilik itu menuju ke arah tangga untuk turun ke tingkat bawah. Keadaan vila itu memang sunyi, memandangkan hanya dia dan Hayden sahaja yang ada. Kadang-kadang sunyinya lain macam, ya lah mereka berada di tengah-tengah hutan. Faham-faham sajalah.

Soal apartment lelaki itu, tidak pula dia tanya pada Hayden. Lagipun baguslah Hayden tidak membawanya ke situ. Banyak kenangan pahit yang ada di apartment itu, mungkin Hayden memahami. Semuanya dapat kembalikan semula luka yang pernah terpahat di hatinya.

" Hayden? " Ardell memanggil Hayden sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya ke tingkat bawah. Masih, tidak nampak kelibat lelaki itu di mana-mana. Mustahil lelaki itu tinggalkannya sendirian di sini. Memang dia bunuh Hayden.

Dia terus menuju ke kolam yang ada di dalam vila itu. Dari sini, dia dapat lihat makanan dan minimamente yang terhidang berhampiran dengan kolam. Tidak terlalu banyak, cukup-cukup untuk mereka berdua. Pasti sudah sejuk.

Ardell melabuhkan punggung di situ. Tiba-tiba pula perut rasa lapar. Lihat makanan yang berada di hadapan matanya tika ini, membuatkan dia mahu makan sekarang juga. Tidak rasa mahu menunggu Hayden. Lelaki itu yang tiba-tiba sahaja ghaib.

" Good morning. "

Tidak jadi Ardell mahu mencapai omelet apabila suara itu menerjah masuk ke gegendang telinganya. Dia mahu menoleh ke belakang tetapi Hayden terlebih dahulu memagut lembut dagunya sebelum menyatukan bibir mereka.

Magisnya, Ardell membalas kucupan itu.

Tak kan hari pertama kau dah mengalah, Ardell?

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now