bab 50

6.5K 146 7
                                    

Saya tk thu lah saya tulis apa dlm bab ni😭😭😭 korng hadap je lah ya✋🏻

***

Tiga tahun lepas.....

ARDELL tersentak. Dia tidak patut mempercayai aunty Sera begitu sahaja. Mudah sahaja wanita itu mengaku sebagai ibunya. Selama dia hidup, tidak walau sekalipun dia di perjelaskan tentang ibunya. Hatta, wajah ibu kandungnya pun dia sendiri tidak pernah lihat.

Tiba-tiba sahaja, wanita itu muncul dan mengaku ibunya. Untuk apa? 21 tahun dia hidup, baru hari ini dia dibentangkan dengan kebenaran sebenar?

Tangan aunty Sera yang mendarat di bahunya terus ditepis kasar hingga membuatkan wanita itu tergamam dengan tindakannya. Terus Ardell bangkit dari duduknya. Air mata yang mengalir sedari tadi diseka kasar. Mungkin wanita itu fikir dia boleh di perbodohkan.

" Ardell, kenapa ni? Ibu ada salah cakap ke tadi? " soal aunty Sera dengan nada yang lembut. Dari bahasa tubuh gadis itu seketika tadi, dia sudah menjangkakan reaksi Ardell.

" Aunty bukan ibu saya. Tolong jangan bahasakan diri aunty ibu. " balas Ardell. Dia berdiri tidak jauh dari tempat duduknya, di hadapkan sepenuhnya tubuh pada jendela.

" Ardell tak percaya ke? Ardell rasa ibu tipu? Sengaja nak mengaku ibu Ardell? " soal aunty Sera bertubi-tubi.

" Habis, tak kan senang-senang macam tu je saya nak percayakan aunty? Saya langsung tak tahu apa-apa pun pasal ibu saya. Tiba-tiba hari ini dia muncul. Lagipun, saya dah anggap dia dah mati. " balas Ardell. Wajahnya kosong, jelas tiada perasaan yang tergambar dari riak wajahnya tika ini.

" Ardell, ini ibu. Ibu masih hidup. " ujar aunty Sera. Nadanya terus berubah sayu. Hampir-hampir sahaja dia mahu menangis dengan apa yang baru didengarinya dari mulut Ardell, anak kandungnya sendiri.

Ya, dia tahu dia silap di situ. Dia tinggalkan Ardell sewaktu hari pertama Ardell di lahirkan, dia langsung tiada usaha untuk memberitahu perihalnya pada Ardell. Bukan dia tidak usaha, banyak kekangan yang dia perlu hadapi selama ini.

Namun, jika kebenaran dia bongkarkan, dapatkah Ardell terimanya sebagai ibu gadis itu?

" Kenapa baru sekarang? " kali ini Ardell membawa tubuhnya berkalih pada aunty Sera. Dapat dia lihat sepasang mata itu yang bergenang dengan air mata membuatkan dia terus melarikan pandangan.

" Kenapa baru sekarang aunty nak tunjukkan diri? Saya ni pembawa malang ke sampai aunty sanggup tinggalkan saya sejak saya kecil lagi? Kenapa tak nak saya kenal langsung dengan aunty? Saya tahu, aunty tak nak pun kan lahirkan saya? Aunty tak sudi pun saya ada dalam rahim aunty. Kenapa aunty tak bunuh je saya dulu? Saya pun tak perlu nak hidup macam ni. "

Melihatkan tiada balasan daripada wanita itu, Ardell kembali berkalih pada aunty Sera yang sudah menunduk menekur lantai.

" Kenapa diam? Maksudnya betul lah kan apa yang saya cakap tadi? " soal Ardell.

Terasa tubir matanya mulai menghangat melihatkan reaksi daripada wanita itu. Bukan ini yang dia mahu tahu setelah bertahun-tahun lamanya. Dia sememangnya tidak patut lahir pun di dunia ini.

Jika dia tahu betapa perit telahannya sendiri, sampai ke mati pun dia tidak mahu mengenali ibu kandungnya. Biar ingatannya terus lupus dari memikirkan ibu kandung yang langsung tidak mahu ambil tahu tentang dirinya.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now