Special Chapter

9.3K 187 35
                                    

Ada yang rindu ke?

***

BUNYI tangisan anak kecil membuatkan tidur Ardell terjaga. Diperhati babycot yang berada tidak jauh dengannya dengan mata yang masih lagi terpisat-pisat. Teraba-raba tangannya di sebelah.

" Abang..... Hanna. "

Kosong. Hayden tidak ada di sebelahnya seperti selalu.

Dibawa tubuh bangkit dari pembaringan. Sedar yang waktu sudah pun menginjak pagi melihatkan cahaya matahari yang terbias melalui pintu balkoni yang terbuka. Lupa yang Hayden keluar pergi berjogging dengan dua lagi anaknya.

Ardell turun dari katil, langkah dibawa menghampiri babycot. Makin kuat pula tangisan anak kecil itu sebaik sahaja melihatnya. Bibir terlakar segaris senyuman.

" Shush..... sayang, mama ni. Lapar, ya? " berhati-hati Ardell ambil anak kecil itu lalu di pangkunya.

Diatur langkahnya ke katil segelum duduk dilabuhkan di birai katil. T-shirt lengan panjang yang dipakai ditarik ke atas mendedahkan dadanya. Dibawa anak kecil itu ke dada.

" Asyik lapar ni kenapa Hanna sayang? " diperhati anak perempuannya itu menghisap susu. Bibirnya tidak berhenti dari tersenyum sedari tadi. Tangannya bermain dengan jemari kecil Hanna Farrin sebelum jari telunjuknya digenggam erat si kecil. Hampir ke telinga dia tersenyum. Comel.

Wajah Hanna memang mirip sepertinya. Hanya bibir sahaja yang mengikut Hayden. Aysar Farran dan Aymar Farrel sepenuhnya mengikuti Hayden, langsung tidak ada sikit-sikit mengikut wajahnya. Memang anak papa betul.

Hanna ni pun nak juga ada mirip-mirip papa. Dia pula yang cemburu. Dia akan pastikan selepas ini anak keempat pula tidak akan curi wajah Hayden.

Wah, Hanna baru nak masuk 5 bulan dah nak fikir buat anak baru ya, Ardell? Kalau Hayden tahu ni, sah-sah lelaki itu tidak akan tolak. Yang tu pun pantang di offer.

Dek tidak tahan dengan rasa kantuk, mata dibawa pejam seketika. Hanna masih lagi lapar. Memang dia tidak cukup tidur kali ini. Hanna betul-betul buat perangai. Setiap sejam pasti anak kecil itu terjaga. Hayden pun turut sama terjaga. Tetapi yang hairannya, Hanna mahukan dia bukan Hayden. Jika tidak, melalaklah anak perempuannya itu jika berada dalam pangkuan Hayden.

Dia yang berjaga semalaman. Hayden sedap tidur. Anak menangis pun, lelaki itu langsung tidak terjaga. Dia tahu Hayden pun penat jadi dia tidak mahu kacau. Dia masih boleh jaga Hanna.

Waktu Aysar dan Aymar lahir dulu pun dia tidak sepenat ini. Masih lagi boleh tidur dengan nyenyak. Dengan Hanna, jangan haraplah. Anak kecil itu langsung tidak mahu bagi dia rehat. Hailah puteri mama sorng ni.

Ardell buka mata. Dia tunduk memandang Hanna dalam pangkuannya. Mata sudah terpejam tetapi bibir merah itu masih menghisap susu. Jari telunjuknya makin digenggam anak kecil itu. Tangannya naik menyentuh pipi putih mulus itu sebelum diusap lembut.

" Suka buli mama, ya? Nanti dah besar Hanna buli papà pula okay. " ujar Ardell segelum dia tunduk mengucup lama kepala Hanna.

Pintu yang terbuka membuatkan kepala Ardell terus menoleh. Tersenyum dia memandang Hayden yang pastinya baru balik dari berjogging.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now