bab 58

5K 175 45
                                    

" ANAK-ANAK you, Ainin? " Hayden menyoal, merujuk pada dua anak kecil yang duduk di kiri dan kanan Ainin, berhadapan dengannya. Kedua-duanya sedari tadi tidak lepas dari merenungnya.

" Ya. Hayder and Hayra. " senyum Ainin menjawab pertanyaan lelaki itu. Bahu Hayder dan Hayra terus dipautnya menunjukkan kemesraan di hadapan Hayden. Mahu Hayden tahu dia seorang ibu yang baik.

Hayden terkedu seketika. Dia tidak mahu perasan tetapi nama yang baru sahaja diberitahu Ainin seketika tadi hampir-hampir dengan namanya. Hayder dan Hayra? Bukankah sama dengan namanya, Hayden? Tak kan kebetulan?

" Mummy, ni siapa? " soal Hayder. Dia memandang Ainin sebelum kembali memandang lelaki yang tidak dikenalinya itu.

Ainin diam seketika. Gatal sahaja mulutnya ini mahu memberitahu siapakah Hayden padanya. Namun dia tahu, mustahil dia boleh katakan seperti itu dalam situasi sekarang ini.

" Ni kawan mummy. Uncle Hayden. " jawab Ainin. Berat rasanya mahu menganggap Hayden sebagai kawannya. Lagipun memang benar, Hayden tidak pernah menjadi kawannya sebelum ini. Lebih daripada itu.....

" Kawan mummy? Tak pernah nampak pun. " wajah Hayra sudah berkerut. Dia turut membuang pandang pada Hayden. Dalam hati sudah memuji kawan mummynya ini kacak. Lagi kacak daripada daddy.

" Ya lah, mummy baru bawa Hayder and Hayra jumpa dengan kawan mummy. Memanglah tak pernah nampak sebelum ni. Senanglah kalau Hayder and Hayra dah kenal uncle Hayden. " penuh muslihat kata-kata Ainin seraya mengerling Hayden di hadapannya.

Hayden yang duduk di hadapan mereka bertiga hanya tersenyum melihat celoteh kedua-dua anak Ainin itu. Tiga tahun berlalu, sudah merubah Ainin menjadi ibu kepada tiga orang anak. Hanya dia sahaja yang masih belum dikurniakan rezeki.

Mungkin anaknya sekarang ini sudah berderet jika Ardell tidak lari dulu. Salah, mungkin jika dia lebih bertanggungjawab, tak adalah hubungannya dengan Ardell jadi begini. Memang silapnya.

" Jadi, you dah kahwin? " soal Hayden. Tiba-tiba sahaja dia berminat mahu tahu. Mungkin, mahu jadikan sebagai topik perbualan mereka agar tidak kekok.

" Tak. "

" What do you mean? "

Ainin menghela nafas. Dia memandang Hayder dan Hayra di sisinya.

" Sayang-sayang mummy, boleh pergi main dekat playground sana? Mummy ada hal sikit nak cakap dengan uncle Hayden ni. " ujar Ainin. Dia mengusap lembut rambut Hayder dan Hayra.

" Kenapa, mummy? Hayder dengan Hayra tak boleh dengar ke? " soal Hayder.

" Ha ah, sayang. Ni hal orang tua. Boleh ya pergi main dekat sana? Kejap lagi kita dah nak balik dah. " ujar Ainin.

" Okay, mummy. Hayra nak main buai. Abang Hayder, jom cepat. " Hayra kemudian turun dari tempat duduknya sebelum Hayder menyusul.

" Take care of Hayra, Hayder. Jangan main jauh-jauh okay. " pesan Ainin apabila Hayder dan Hayra sudah berjalan ke taman permainan yang ada di dalam kafe itu.

Kini, hanya tinggal dia berdua sahaja dengan Hayden. Senang untuk Ainin bila Hayder dan Hayra tiada di sisinya. Dia tidak mahu anak-anaknya mendengar perbualannya dengan Hayden nanti.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now