bab 52

6.2K 276 19
                                    

Sebelum baca tu kan, tekan ⭐️ okay?

***

HUF!

Ardell merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia melepaskan nafas lelah dek kepenatan. Mata melilau mencari jam di dinding. Sudah 11 malam rupanya. Saat ini barulah dia dapat rehat yang betul-betul rehat.

Sejak dia sampai pagi tadi hinggalah siang sudah pun berganti malam, dia langsung tiada peluang untuk goyang kaki. Ada sahaja kerja yang dilakukan bersama-sama sepupunya. Sedangkan majlis doa selamat sahaja yang dibuat pada esok malam. Lagaknya, seperti majlis besar-besaran!

Masih ada lagi kerja yang perlu dilakukan pada esok hari, jadi Ardell mahu rehat sepuasnya. Dia terus bangkit dari pembaringan, merenggangkan sedikit tubuh badannya yang mulai rasa lenguh-lenguh. Kalau ada yang tolong urutkan, tak apalah juga.

Dia mahu membersihkan diri dulu sebelum masuk tidur. Mujur sahaja solat isyak sudah didirikan bersama-sama saudara-maranya tadi. Dapatlah dia terus tidur selepas ini. Rasa penatnya sudah tidak boleh dibawa bincang lagi.

Langkah terus dibawa ke wardrobe. Pakaian yang dipakai tadi terus ditukar kepada kain batik separas dada hingga ke lutut. Rambut panjangnya disanggul tinggi, menyerlahkan leher jinjangnya yang putih mulus sebelum Ardell bergerak ke kamar mandi.

Tangannya dipanjangkan untuk memulas air pancuran sebelum kamar mandinya yang tadi terang-benderang kini bertukar gelap-gelita. Spontan Ardell termengah. Dia diserang ketakutan.

" Kenapa blackout ni..... " desis Ardell. Teraba-raba dia ke dinding mahu mencari jalan keluar.

Ruang bilik tidurnya juga gelap-gelita. Hanya ada cahaya dari lampu jalan sahaja yang menerobos masuk ke dalam bilik tidurnya, sedikit membantu penglihatannya. Dia hairan, tak kan biliknya sahaja yang tiada elektrik?

Kepalanya tertoleh sebaik sahaja pintu bilik tidurnya dibuka dari luar. Dia tidak dapat lihat dengan jelas gerangan yang berada di muka pintu itu. Gayanya seperti Kamal.

" Kamal ke tu? Kamal, bilik akak je ke yang blackout ni? Cuba tengok suis tu, Kamal. " perlahan-lahan Ardell menghampiri Kamal yang sudah melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya.

Dek rasa takut, dia terus memeluk Kamal dari sisi.

" Akak takut, cepat sikit Kamal. " ujar Ardell. Dia mengeratkan lagi pelukan pada tubuh tegap itu.

Ardell agak tersentak apabila pinggangnya dirangkul Kamal. Kemas, erat, seolah tidak mahu lepaskannya. Buang tebiat ke apa Kamal ni? Namun, Ardell hanya biarkan. Mungkin Kamal mahu menyalurkan sedikit ketenangan buatnya. Dia mengikut langkah Kamal ke suis berdekatan.

Tap!

Bilik tidurnya kembali terang-benderang. Ardell menghela nafas lega. Hampir sesak jantungnya seketika tadi. Pelukannya masih pada tubuh Kamal. Sebaik sahaja Ardell mendongakkan kepalanya untuk berkata sesuatu, dia tergamam. Tidak percaya dengan apa yang terbentang di hadapan matanya kini. Lagi-lagi dia sedang memeluk lelaki itu!

Tak mungkin.....

Dia mahu menjarakkan tubuhnya dari lelaki itu namun dek tangan lelaki itu yang masih melingkar pada pinggangnya, membataskan semua pergerakannya. Spontan, kedua tangannya menahan dada bidang lelaki itu saat tubuhnya ditarik semakin merapat.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now