bab 32

6.3K 144 7
                                    

LILY mengambil tempat di sebelah Tiara sebaik sahaja dia masuk ke dalam kuliah. Sejak Ardell tiada, Tiara akan duduk di sebelahnya. Dia tidak menghalang memandangkan Tiara teman rapatnya juga. Lagipun, tempat duduk di sebelahnya memang kosong.

Pasti gadis itu sunyi tanpa Ardell yang tiba-tiba sahaja mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Ramai yang terkejut dengan tindakan gadis itu. Sedangkan Tiara, teman rapat Ardell pun tidak tahu atas sebab apa Ardell bertindak begitu.

" Ara, I dah siapkan assignment untuk group kita. Hari ni kita hantar okay? " ujar Lily lalu mengeluarkan buku dari beg sandangnya. Sekilas dia memandang Tiara.

Terhenti pergerakannya apabila tiada respon daripada Tiara. Dia lihat gadis itu cuma melukis di atas kertas kosong. Lukis apa pun dia tidak dapat agak. Dia tahu, cuma jasad Tiara sahaja di sini, fikiran gadis itu menerawang kearah lain. Pasti berkaitan dengan Ardell.

" Ara. " Lily melambai tangannya di hadapan Tiara. Melihatkan Tiara masih begitu, dia menepuk pula bahu gadis itu. Barulah dia lihat Tiara mengalihkan pandangan dan terbias reaksi terkejut pada wajah itu. Tiara baru sedar kehadirannya di sebelah gadis itu.

" Lily. Er, bila you sampai? " tergesa-gesa Tiara menyelit kertas kosong pada buku di atas meja. Dia menyelit rambutnya pada celah telinga sekadar menutup kelakuannya sebentar tadi.

" Baru je. I dah siapkan assignment. Hantar hari ni okay je kan? " ujar Lily. Dia cuma tersenyum melihat reaksi Tiara.

" Boleh. Lagi cepat, lagi bagus. " balas Tiara dengan senyuman.

" Alright. " ujar Lily sebelum membuka helaian buku yang dikeluarkannya tadi. Dia memandang Tiara di sebelah, gadis itu kembali termenung.

" You tak nak cerita apa-apa pada I? " Lily menongkat dagu memandang Tiara. Dia jadi kasihan dengan Tiara. Dia juga tertanya-tanya apa masalah Ardell sebenarnya sehingga sanggup buat Tiara begini.

" Hah? " Tiara sudah terpinga-pinga. Dia tidak dapat menangkap bicara Lily sebentar tadi.

" You tak nak cerita apa-apa pada I ke? " Lily kembali mengulang bicaranya sebentar tadi.

" Cerita apa? " soal Tiara dengan dahi yang sudah berkerut. Dia turut menyelak helaian buku.

" I tahulah you tak okay. Come on, just tell me. " ujar Lily.

" Tak ada apa-apa lah, Lily. I cuma fikir pasal final exam. " balas Tiara. Dia cuba mengelak dari bertentang mata dengan Lily.

" Final exam..... atau Ardell? Hurm? " soal Lily. Apabila Tiara mengangkat kepala untuk memandangnya, dia menaikkan kedua keningnya. Setiap hari, memang begitulah sikap Tiara.

" Dah kenapa I nak fikir pasal dia pula? " soalan dibalas soalan oleh Tiara. Riak wajahnya yang tadi mendung terus bertukar meluat.

" Selama ni pun I perasan tiap kali you termenung, you fikir pasal dia kan? " balas Lily.

" Please lah, Lily. I tak ada masa lah nak fikir pasal dia. Banyak benda lagi I nak fikir. " balas Tiara. Kasar dia menyelak helaian buku tadi. Dia bukan marah pada Lily.

" Okay, sorry kalau I buat mood you tak okay. I cuma nak you tahu yang Ardell buat semua tu mungkin bersebab. Bukan sahaja-sahaja. You kena tahu Ara, tak semua benda dia nak cerita pada you. " ujar Lily.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now