bab 3

7.1K 183 4
                                    

AWAL pagi lagi Ardell sudah bersiap-siap untuk ke kolej. Tidak mahu pergi dengan Hayden punya pasal. Dia lebih rela bangun awal dan tercogok sendirian di kolej daripada duduk satu kereta bersama Hayden. Boleh sesak nafas!

Namun sia-sia sahaja saat melihat lelaki itu sudah pun berada di ruang tamu. Mata lelaki itu tidak lepas dari menatap skrin telefon pada tangannya. Hayden mengenakan kemeja hitam berserta seluar slack hitam. Berpakaian simple begitu pun lelaki itu tetap kelihatan kacak.

Dia lagi awal dari aku? Getus hatinya.

Jantungnya sudah berdegup kencang melihat ketampanan abang tirinya itu. Cuba diusir rasa sukanya buat Hayden namun makin cuba untuk dia jauhi, makin dekat rasa itu membelenggu dirinya.

Ardell sudah tidak senang duduk memikirkan bagaimana dia mahu menghadap Hayden justeru mencipta alasan untuk melarikan diri dari lelaki itu. Dia merasakan peluangnya semakin tipis dan kemungkinan untuk satu kereta dengan Hayden adalah tinggi.

Sangkanya, dia dapat melepaskan diri dari Hayden namun lelaki itu lebih licik darinya.

Apa motif lelaki itu sebenarnya? Jika benar menganggapnya sebagai adik, just treat like a sister. Dia tidak mahu perasaannya dipermainkan. Atau dia yang membiarkan perasaannya terus bermaharajalela dalam diri?

" Good morning. "

Pandangan dihala kearah Hayden yang sudah bangkit dari duduknya. Baru Ardell perasan yang dia masih berdiri di tangga sedari tadi. Tidak sedar yang dia merenung Hayden sehingga mengelamun dan kini dia sudah terperangkap, tiada jalan untuk dia lari lagi.

Kau sengajakan Ardell? Dia sudah memarahi dirinya sendiri.

" Er, morning. " ujar Ardell, teragak-agak seraya menapak sehingga kakinya mencecah permukaan lantai.

" Kita breakfast dulu and then kita gerak. " ujar Hayden yang sudah berura-ura mahu ke dapur.

" Ardell breakfast dekat kolej je lah. Nak cepat ni. " cepat-cepat dia mencipta alasan.

" Okay, kalau macam tu abang pun breakfast dekat kolej je lah. " ujar Hayden lalu menghampiri adik tirinya.

" Eh, tak payahlah. Abang nak breakfast dekat rumah, breakfast je lah. Tak apa, Ardell pergi dengan Pak Tam. Kesian mama dah prepare breakfast. " ujar Ardell dengan senyuman.

" Habis tu Ardell tak kesiankan mama? " soal Hayden dengan jongketan kening.

Tak terkata Ardell untuk membalas kata-kata Hayden. Dia menggigit bibir bawahnya seraya membuang pandang kearah lain. Aduh, aku nak bagi alasan apa lagi ni?

" Kejap je. Kita breakfast dulu, okay? " ujar Hayden dengan senyuman lalu menarik lengan Ardell untuk mengikutinya ke dapur.

Ardell membiarkan Hayden menarik lengannya. Dia membuntuti langkah lelaki itu dari belakang. Tidak tergamak pula jika dia mahu menarik lengannya dari terus dipegang Hayden. Dia tidak mahu lelaki itu terus-terusan berfikir yang dia cuba untuk mengelakkan diri dari lelaki itu.

Hayden cepat-cepat melepaskan pegangan tangan Ardell sebaik sahaja terlihat Datin Catrina yang sedang menyediakan sarapan. Mereka berdua mengambil tempat berhadapan masing-masing.

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now