2015"sabar ya Riel, Allah lebih sayangkan mama". Bahu anaknya diusap. Adriel masih menunduk menahan tangisan.
Harini, dia hilang orang yang dia sayang."Riel tak boleh kehilangan mama... Daddy, baru kelmarin mama bergurau, ketawa dengan Riel. Harini...". Matanya yang basah memandang wajah Tengku Adam.
"jangan cakap macam tu Riel, Riel masih ada daddy kan?". Tengku Adam juga turut berasa kehilangan. Bidadarinya pergi buat selama-lamanya.
"boleh Riel tahu macam mana mama boleh jadi macam ni?". Soal Adriel, siapa saja tak terkejut pulang dari sekolah terus dapat berita sedih ini.
"sebenarnya Syarikat Daddy ada masalah, selama ni Daddy rahsiakan sebab taknak mama risau. Tapi semuanya terbongkar, kalau Riel nak salahkan daddy, terserah. Memang salah daddy". Tengku Adam menjelaskan segalanya.
"siapa yang buat macam ni, dekat Syarikat Daddy". Niatnya mula dipendam.
"Dato Haznan". Adriel terkedu. Bukankah selama ni Dato Haznan lah yang menjadi sahabat Daddynya?. Tangannya dikepal geram. Sanggup Dato Haznan menganiaya Tengku Adam.
"Riel nak balik". Kubur mamanya dipandang lama. Rindu mula melanda diri. Langkah kakinya menuju ke kereta.
*****
6 tahun kemudian...
"Nelyna Naira!". Kaki dilajukan kearah Nelyna.
"kau tau tak Riel suka kau!". Bagitahu Maisarah teruja."kau merepek apa ni?". Malas Nelyna mahu melayan, makanan disuap kedalam mulutnya. Memang Nelyna menaruh perasaan kepada Adriel tetapi dia pendam saja. Tak mungkin seorang Adriel menyukainya kembali. Heh dalam mimpi.
"betul, tadi aku dengar Iden cakap dengan dia". Nelyna mengeluh. Adriel Syafieq. Budak lelaki yang Nelyna tak pernah tak suka sejak umur 6 tahun. Paling best, walaupun dari kecik satu kelas, satu sekolah mereka berdua tak penah bercakap. Smile in pain.
"dah la Sarah, makan cepat nanti waktu rehat habis". Tegur Nelyna.
"kenapa kau tak seronok ha? Crush kau suka kau kot?". Tanya Maisarah."Sarah, entah betul ke tidak lah yang kau dengar tu, lagipun , kau ingat aku ni macam perempuan lain ke?". Jelas Nelyna.
"pelik la kau ni". Malas melayan perangai Nelyna, Maisarah juga turut makan."wah ada budak perasan la kat sini". Nelyna mengeluh berat. Datang dah bala dia.
Laila Alisa. Yang ni sorang lagi, dari sekolah rendah sampai sekarang sekolah menengah, sentiasa tak puas hati dengan Nelyna. Ada saja benda yang nak disalahkan."eh! Kau dengar sini. Kau jangan nak perasan lah Riel suka kau! Sebenarnya dia suka aku! Kau jangan nak syok sediri". Meja makan kantin sekolah ditampar kuat. Orang sekeliling mula memberi fokus kepada mereka.
"lah! Sejak bila pulak aku perasan? Kau ada nampak aku tergedik-gedik macam kau ke?". Bukan Nelyna lah kalau tak melawan. Laila dan Nelyna kalau betemu pasti bergaduh.
"kau!". Mahu saja Laila menampar wajah Nelyna. Tetapi disabarkan saja. Terus dia beredar dari situ. Sakit betul hatinya.
"agaknya dulu memang tak ada sekolah lain ke perempuan tu nak masuk? Sekolah ni jugak dia pilih. Semak aku tengok muka dia hari-hari, nasib last year!". Berang Nelyna.
"sabar...Dah jom masuk kelas". Maisarah juga sudah faham dengan sikap Nelyna dan Laila tadi.
*****
"kau sengaja?". Adriel mengangguk dengan soalan Reen.
"aku nak dia syok sendiri". Sinis senyuman Adriel. Tubuh Nelyna yang membelakanginya dipandang menyampah. Nelyna suka Adriel? Dia tahu.
Mudah saja dia nak tahu semua benda.
YOU ARE READING
Our Memories [C]
RomanceBook 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna Naira tidaklah sampai tegedik-gedik. Cuma melihat dari jauh. Disaat usianya menginjak 17 tahun. Den...