Party? Lelaki? Itu perkara biasa buat seorang gadis yang bernama Etyani Meerlina. Si gadis berdarah melayu tulen berusia 27 tahun dan juga merupakan seorang graduan lepasan sarjana muda perniagaan. Dan bermulalah kisah Etyani Meerlina.
▪️▪️▪️
"Tya!! Aduh.. dah pukui brapa dah ni!! Bangkit!!!"laung Ibu dari bawah.
Aku terjaga dari lena oleh speaker buatan semula jadi Ibu aku. Aku bangun dari tiarap dengan mata masih terpejam. Setelah beberapa ketika, aku melangkah turun dari katil dengan rambut yang berserabai. Kaki ku atur keluar dari bilik menuju ke tingkat bawah.
Aku melabuhkan duduk dimeja makan. Terus segar mata aku melihat sarapan yang dihidang oleh ibu. Aku mengceduk nasi lalu aku letak ke dalam pinggan ku. Nasi aku sua ke mulut dengan wajah sememeh.
"Amboi.. eloknya anak dara ibu ni.. celik mata terus makan. Mandi pun belum. Macam mana lah aku dapat anak macam hang. Balik pagi buta. Bangun tengah hari...."
Aku mengerling ibu yang asyik membebel. Inilah ibu aku. Indah Karisa nama diberi. Cantikkan. Macam tuannya. Ibu aku ni orang Pulau Pinang. Dulu, ibu aku terkenal dengan nasi kandar buatannya. Pergilah tanya satu pulau kenal tak nasi kandar Indah. Pasti semua akan cakap kenal. Papa aku pula business man. Nak dijadikan cerita, papa aku jumpa dengan ibu semasa papa aku nak beli nasi kandar Indah. Sweetkan. Macam dalam filem hindustan.
"Heh! Tya dengaq dak apa ibu habaq tadi?"kata ibu menghentak meja.
Aku tersentak dari lamunan. Kedua kening ku angkat dengan sengihan kepada ibu. Ibu sekadar menggeleng kepala.
"Dah, makan lekaih. Lepas tu naik mandi. Sat gi teman ibu pi pasaraya"Tutur Ibu.
"Pergi pasaraya buat apa?".
"Ibu nak pi beli barang dapuq. Dah, makan lekaih".
"Tapi bu.."
"Jangan nak berdalih Tya. Hang duk rumah bukan buat apa pun"omel Ibu dan terus berlalu.
Aku menggerakkan bibir aku meniru Ibu. Sudu aku laga kuat ke pinggan tanda protes lalu aku sumbat nasi ke dalam mulut.
"Tya!! Hang ingat ibu tak dengaq!!"sahut ibu dari tingkat atas.
"Ya ibu!.. Sorry!.."jawab ku.
Usai makan, aku kembali naik ke bilik untuk membersihkan diri dan bersiap bagi menemani ibu ke pasaraya. Biasanya ibu akan beli barang dekat pasar. Tapi, disebabkan ibu pergi dengan aku, kenalah pergi pasaraya. Ibu tahu yang aku ni memang tak akan pergi pasar. Dah lah busuk. Ramai orang pula tu. Memang taklah aku nak pergi pasar.
Tidak lama selepas itu, aku siap mengenakan crop top putih, dipadankan dengan jacket danem dan berseluar rip jeans hitam. Simple buat nice.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...