Aku duduk menyendiri di balkoni bilik dirumah ibu bapa ku. Penat. Itu yang aku rasakan sekarang ini. Penat emosi dan mental. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang mencetuskan pergaduhan antara aku dan Ghazli. Walaupun kesilapan hanya sekecil semut.
Air mata yang mengalir di pipi aku sapu. Merasai angin yang berhembus tenang tidak juga dapat menenangkan diri aku. Lutut aku peluk rapat ke dada. Tiada apa yang aku dapat lakukan untuk mempertahankan tumah tangga aku. Hujung bulan ini, Ghazli dan Daria akan di ijab kabulkan. Aku hanya mampu berserah pada yang Maha Kuasa. Sesungguhnya dia tahu segala-galanya.
Bunyi ketukan pintu tidak henti dari luar. Satu sahutan pun tidak ku lontarkan. Aku malas untuk bersemuka dengan sesiapa. Biarlah aku duduk menyendiri disini buat seketika. Aku tidak mengharapkan Ghazli untuk datang memujuk aku. Kerana aku tahu, itu tidak mungkin bakal terjadi.
"Adik..bukak lah pintu ni. Ibu tak sukalah kalau adik lagu ni"sahut ibu dari arah luar.
"Tak palah ibu, adik nak duk soghang ja skarang ni"jawab ku lembut.
"Haih.. ya lah. Ibu ada masak kat dapuq. Kalau adik lapaq, adik tughun na".
"Baik ibu"jawab ku dan kembali merenung ke arah luar.
Aku tak pernah menginginkan kehidupan rumah tangga aku seperti ini. Yang aku cari hanya kebahagiaan bersama suami dan anak-anak aku. Tapi kenapa aku didatangi ujian seperti ini. Aku tidak kuat untuk menahan emosi. Tidak sanggup lagi untuk rasa sakit di hati ini.
Perut yang kempis aku elus. Kandungan aku yang sudah menginjak 4 bulan adalah salah satu semangat aku untuk terus memperjuangkan rumah tangga aku dari roboh. Anak aku perlukan seorang ayah. Aku hanya perlu bertahan dan bertahan selagi terdaya.
Kedatangan abang Malieq dan Isterinya kak Wahida membuatkan aku sedikit baik. Dan pada saat itu juga perut ku mula terisi sejak 2 hari aku pulang ke rumah ibu dan papa. Kepulangan aku di rumah ibu pun tidak aku beritahu kepada Ghazli. Biarlah dia menguruskan majlis perkahwinannya itu.
Melihat kak wahida menggendong anak keduanya yang baru sahaja di lahirkan 4 bulan lepas, sambil menyua nasi ke mulut. Aku menawarkan diri untuk memegang anaknya sementara dia menjamah makan malam. Aku membawa anak kedua kak wahida ke ruang tamu dimana sudah diletaknya tilam milik anaknya disitu.
Sesekali aku mengagahnya untuk membuatkan dia tersenyum. Aku turut tergelak mendengar tawa anak kak Wahida itu.
"Seronok betul abang tengok adik macam ni. Gelak-gelak, senyum, macam nilah yang kita orang nak"sapa abang Malieq menghampiri aku dan duduk bersila sambil bersandar pada sofa.
"Adik okay je abang. Orang lain je yang buat adik ni jadi tak okay"jawab ku merenung ke arah lain.
"Sudahlah tu dik. Kalau dia dah tak nak dekat adik, buat tuntutan cerai je. Abang sedih tau tengok adik macam ni". Perkataan cerai itu menjadi tanda tanya dalam diri aku.
"Anak adik perlukan seorang ayah, abang. Tak mungkin adik nak buat macam tu"aku cuba mempertahankan pendirian aku untuk kekal mempertahankan rumah tangga aku.
Abang malieq sudah mula naik berang dengan tutur aku yang masih lagi mahu membela nasib rumah tangga aku yang bila-bila sahaja bisa roboh.
"Aku kadang-kadang sakit hati tau dengan kau ni dik. Buat apa kau nak pertahankan sangat orang tua tu sedangkan dia tak pernah ada dengan kau"lontar Abang Malieq dalam intonasi sedikit tinggi.
"Abang! Jangan sesekali abang cakap macam tu dekat suami adik. Walau buruk mana pun dia, adik tetap kena hormat dia"angin ku mendengar lontaran kata dari abang Malieq itu.
"Hormat ke? Kau ingat, dengan kau datang sini tanpa bagitahu dia, dikira hormat ke? Eah! Sudahlah dik. Orang tua tu memang tak layak lah untuk kau". Sontak aku berdiri setelah mendengar berbagai tomahan dari abang malieq. Hati aku sakit mendengarnya. Tanpa banyak kata, terus aku berlalu naik ke bilik.
"Malieq, pasai pa hang cakap lagu tu? Tak baik tau hang nak runtuhkan rumah tangga oghang". Tegur ibu dari arah meja makan yang sedang mengemas meja dengan dibantu oleh kak Wahida.
"Lieq bukan apa bu, lieq sakit hati dengan apa orang tua tu buat dekat adik Lieq. Dia ingat dia tu siapa?"kata Abang Malieq dalam amarah.
"Lieq, kalau Lieq dekat tempat dia, apa Lieq buat. Tersepit dalam situasi macam tu? Daripada Lieq nak maghah si Ghazli tu, baik Lieq doa yang baik-baik untuk adik. Lagi eloq"pesan Ibu lantas melangkah masuk ke ruang dapur dengan membawa pinggan dan sisa makanan.
Malieq terkesan dengan kata-kata ibunya. Dia terdiam sendiri memikirkan soal itu. Mungkin asbab yang dikatakan oleh Ghazli tempoh hari benar. Bunyi teriakan tangis menyedarkannya. Lantas dia mengangkat anaknya itu ke ribaan bagi memujuk anaknya itu dari menangis
▪️▪️▪️
Ghazli termenung melihat gambar di tangannya. Dia amat merindui belaian seorang isteri. Tapi, apakan daya, dia hanya mampu pendam rasa itu. Telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Melihat akan nama yang tertera di skrin telefon membuatnya mengeluh berat. Panggilan itu diabainya.
Tidak lama selepas itu, deringan itupun terhenti dengan sendirinya.
"Lantak kau lah Daria. Aku dah malas nak layan kau. Aku layan kau sebab aku terpaksa"kata Ghazli sendiri.
Badannya di rebahkan. Sebelah tangan memangku kepala. Siling putih ditatapnya penuh syahdu. Dia benar-benar merindui isterinya. Tapi kenapa dia tidak datang menemui isterinya? Ego seorang lelaki tidak mudah untuk diturunkan oleh seorang Ghazli. Yang dia harapkan tika ini agar Isterinya pulang kembali ke pangkuannya.
Bunyi notifikasi telefon bimbit Ghazli berdenting. Telefon di meja sisi di ambil. Pesanan tingkas dibuka. Ternyata pesanan itu dari anaknya Eliza.
Pesanan itu dibaca tanpa balasan. Bagai terkena tamparan sendiri dengan pesanan Eliza itu. Ghazli termenung lagi. Kali ini fikirannya benar-benar kusut memikirkan soal permasalahan itu. Dia tersepit dengan tuduhan Daria dihadapan kedua ibubapanya dan kebahagiaan pada isteri dan anaknya yang bakal dilahirkan kelak.
Bersambung...
Padan mula si Ghazli tu. Baru nak rasa rindu dekat isteri. Bila buat keputusan tak fikir soal anak isteri. Geram author dibuatnya. Apa pun enjoy reading.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...