Bab 27

6.7K 241 15
                                    

Pintu bilik aku tutup perlahan. Walaupun aku masih marah dengan Miqael, takkan aku nak lepaskan pada pintukan? Langkah ku atur ke meja solek. Beg tangan aku letakkan diatas meja. Bleazer yang tersarung aku lepaskan lalu aku sangkut pada penyangkut kayu.

Serentak dengan itu, Ghazli keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala di pinggang. Renungan matanya menikam anak mata aku. Aku dapat rasakan yang dia marah dengan tindakan aku.

'Dah kenapa dia ni nak marah aku. Aku dah call dia tadi, dia yang tak angkat call. Lepas tu nak salahkan aku sebab Amir hantar aku balik"bisik hati ku.

"Aku ni siapa bagi kau"tiba-tiba Ghazli bersuara.

"Hah?"aku berpaling menghadapnya. Kening aku terjungkit. Pelik dengan persoalannya.

"Aku tanya, aku ni siapa bagi kau?"soal Ghazli lagi kali ini sedikit meninggi. Badannya turut dipusingkan menghadap aku.

"Apa pakcik mengarut ni?".

"Apa aku mengarut? Eh! Kau call Amir kan untuk datang tolong kau. Aku ni suami kau. Murah sangat ke kau ni sampai nak menagih pertolongan dari lelaki lain.

Pang! Bagai terkena tamparan diwajah aku. Sakit? Sungguh sakit. Mata aku mula memerah menahan sakit dihati.

"Murah? Tya murah? Huh!"air jernih mula bergenang ditubir mata menunggu masa untuk pecah sahaja.

"Kalau pakcik rasa Tya ni murah! Kenapa pakcik kahwin dengan Tya?! I call you but didn't pick up my call. Mana Pakcik bila Tya perlukan Pakcik? Mana?! You told that you are my husband, but where is your reponsibility?! Where?! For your information, Tya tak pernah sekali pun contact dengan Amir. Cause what? Cause i respect you ask my husband even though i can't accept you. Amir kebetulan lalu dekat situ dan dia tolong Tya hantar kereta pergi bengkel. That it!"hambur ku dengan penuh amarah. Ghazli terdiam seribu kata.

"Tya ingat, pakcik yang dah berumur dari Tya ni berfikiran matang. But your attitude mengalahkan budak-budak!"tuntas ku. Kaki ku hayun keluar dari bilik. Pintu bilik ku hempaa kuat. Air mata ku berguguran jatuh membasahi pipi.

▪️▪️▪️

Hujan turun membasahi bumi. Seperti merasai akan kesedihan diri aku. Aku duduk memeluk lutut di bangku jendela yang terdapat didalam bilik bacaan. Titisan air hujan pada jendela aku tenung. Sesekali jemari runcing aku bermain di jendela mengikuti titisan air hujan yang mengalir.

Bunyi ketukan pintu yang tidak henti dari luar aku abaikan. Buat masa ini, aku mahu bersendirian. Tidak mahu diganggu oleh sesiapa.

'Kenapa pakcik tu tiba-tiba nak naik angin. Kalau betul dia tu tak kisah tentang aku, buat apa dia nak angin bagai. Bukan dia suka aku pun'bisik hati kecik aku.

"Adik!.. ibu ni. Bukalah pintu ni. Adik tak kesian dekat ibu ka? Kalau adik kesian dekat ibu, buka pintu ni bincang dengan ibu"sahut ibu dari luar disertai dengan ketukan pintu.

Nafas ku hela berat. Aku bangun dari duduk dan menapak ke arah pintu. Kunci pintu aku buka. Daun pintu aku buka sedikit untuk mengintai siapa yang ada diluar. Kelihatan Ghazli dan Eliza juga turut ada di luar.

"Ibu seorang je boleh masuk"ujar ku. Lantas ibu memasuki bilik dan menutupi pintu kembali.

"Abah! Apa yang abah buat dekat Tya?"tanya Eliza cengih.

"Abah tak buat apa-apa pun. Abah cuma tegur, benda yang dia buat tu salah"jelas Ghazli.

"Abah, Amir tu kebetulan je lah lalu dekat situ. Silap abah juga. Tak angkat call dia"kata Eliza. Ghazli hilang kata-kata. Mungkin dia sedar bahawa dia juga bersalah dalam hal ini.

"Abah, kalau betul abah tak suka dekat Tya tu, baik abah lepaskan jelah dia tu. Liza tak nak kawan Liza tersiksa sebab abah. Dan biarlah dia bahagia dengan Amirul tu balik"tambah Eliza lagi. Terselit senyum sumbing yang sempat disembunyikan dari pengetahuan Ghazli.

"Abah nak keluar kejap. Nak ambil angin"dalih Ghazli terus menapak pergi dari situ.

Tanpa diketahui, terbit senyum sumbing dari bibir Eliza. Kedua tangannya memeluk tubuh memandang kepergian abahnya.

"I know you love her abah. And i know she love you too. Perfect plan Eliza. Good job"tutur Eliza sendiri. Terus kakinya melangkah ke biliknya.

Tanpa dia sedari, percakapannya tadi telah didengari oleh ibu yang baru sahaja keluar dari bilik dimana aku mengurungkan diri. Raut wajah yang penuh tanda tanya terpancar diwajah ibu.

"Plan apa yang Eliza maksudkan?".

▪️▪️▪️

"Weh! Aku dengar cerita cik puan kita tu badmood hari ni"usul Yani.

"Badmood kenapa?"tanya salah seorang dari mareka.

"Entahlah. Tadi dalam meeting, habis semua kena marah dengan dia"tambah Yani lagi.

"Amboi.. sedapkan mengata bos"sampuk Adrianna memasuki pantri.

"Eh! Mana ada kita orang mengata bos. Kami cuma risau je dengan cik puan tu"nafi Kamrul.

"Risau kenapa?"tanya Adrianna kembali.

"Iyalah, tiba-tiba je badmood, mengamuk masa meeting. Manalah tahu dia ada masalah ke?"kata Wahida.

"Mana cik puan tak mengamuk kalau barang sample yang nak kena bawa ke Italy tu tak siap-siap. Design pun tak sama macam cik puan minta. Memang mengamuk lah dia. Lagi dua hari nak kena present depan client"jawab Adrianna.

"Oh..."jawab mereka yang lain mengangguk faham.

"Ni buat apa ramai-ramai dekat sini ni?"sampuk seorang wanita berusia lewat 30 an memasuki pantri.

"Eh! Kak Nita, ni.. diorang ni bertanya kenapa cik puan kita tu mengamuk tadi"jawab Adrianna.

"Ohh.. ni, Adrianna. Bos panggil. Dia suruh bawa sekali fail projek dengan kraf batik tu"titip Kak Nita.

"Baik kak". Tanpa berlama, Adrianna terus berlalu dari situ.



Bersambung...

Bab kali ni pendek sikit. Enjoy reading. Jangan lupa vote dan tinggal kan komen tau. Peace.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now