Sesampainya di rumah, aku menolong ibu mengangkat segala plastik barangan yang dibeli lalu diletakkan didapur. Selepas itu aku pun lari ke bilik. Buat apa lagi kalau bukan tidur. Qada' balik tidur aku yang tertunggak.
Baru sahaja aku mahu melelapkan mata, telefon aku berdering menandakan ada panggilan masuk. Aku mencemuh. Siapalah yang ganggu aku nak beradu.
"Hello! Aku nak tidoq sat tak boleh ka?"Ha.. dah keluar dah pineng aku.
"Amboi kau ni.. bila marah terus keluar utara kau"tutur suara melalui corong telefon.
"Kau nak apa ni? Aku nak tidur lah.."aku menggulingkan badan aku di atas katil.
"Oi! Anak dara apa ni nak tidur lagi waktu macam ni? Patutlah ibu kau selalu cakap kau ni.. apa eak dalam loghat utara tu?".
"Baloq liat"jawab ku malas.
"Ha.. baloq liat. Weh! Jom ar.. pergi taman jogging".
"Tengah hari buta ni kau ajak aku pergi jogging? Kau ni mental eak?"jawab aku.
"Ish! Kau ni.. petang sikit nantilah.. jomlah.."rayu si pemanggil.
"Iyalah.. pukul 5 sharp. Aku tunggu depan rumah aku".
"Yeay! Thank you babe. See you soon"talian dimatikan.
Aku meletakkan telefon di atas meja sisi. Siling aku renung. Hilang mood aku nak beradu mimpi kahwin dengan putera raja.
"Si Daria ni mimpi apa ajak aku jogging petang ni? Dah rasa diri gemuklah tu"aku tertawa kecil. Bantal panjang aku peluk agar aku kembali mengantuk.
▪️▪️▪️
Petangnya, seperti yang dijanjikan. Aku menunggu Daria dihadapan pagar rumah siap mengenakan sweater berhoodie nike. Dan berlegging hitam. Kasut sukan juga aku sarung ke kaki. Sementara menunggu, aku mengikat rambut aku yang separas bahu. Rambut bahagian hadapan aku biar kan terjuntai sedikit.
Sport jam ditangan aku kalih. Sudah lima belas minit aku menunggu minah tu. Sudahlah dengan cuaca panas lagi. Buat hati aku menggelegak saja.
Dari kejauhan aku dapat lihat seorang gadis berbaju sukan berlari anak ke arah aku. Aku bercekak pinggang dengan kening sebelah dinaikkan merenung gadis itu. Kecil besar, kecil besar je aku tengok perempuan ni.
"Tya, dah lama tunggu?"tanya Daria selamba.
"Eh! Tak adalah. Baru je keluar ni"jawab ku memerli. Biji mata aku gulingkan kesal.
"Sorrylah babe.. mama aku minta aku angkat kain tadi. Sorry.. okay. Nanti aku belanja kau starbuck"pujuk Daria. Mengekori aku yang sudah mula mengatur langkah ke arah taman.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...