Masuk sahaja ke dalam Agro Market, terus membuatkan aku melopong. Tidak aku sangka dalamannya lebih indah dari luaran. Sungguh cantik keindahan yang Tuhan kurniakan. Bibir aku sedikit demi sedikit mula merekah senyum. Ghazli yang melihat aku turut tersenyum. Inilah yang dia mahukan dari aku. Hanya satu senyuman yang lebar menyeri wajah seorang ibu mengandung.
Ghazli membawa aku berjalan di sekitar Agro Market itu sambil menangkap gambar. Bukan hanya satu, tapi setiap sudut yang cantik pasti akan menjadi tempat untuk aku bergambar. Ghazli sudah pasti aku tarik sekali.
"Are you happy now?"tanya Ghazli sambil berjalan beriringan dengan aku.
"Yah.. of course i'm happy. Tempat ni cantik. Tenang je. Kalau ada satu tempat macam ni dekat KL lagi best. Tak payah nak pergi jauh-jauh"tutur ku sambil memandang ke kaki.
"Sayang, thanks for smiling"Ghazli menyentuh dagu aku dan mendongakkannya agar aku memandang ke arahnya.
"You are welcome"jawab ku dengan senyum lebar. Kami meneruskan langkah menerokai Agro Market.
Sesudah itu, kami bergerak ke hotel yang sudah ditempah seminggu sebelum kami ke cameron. Ini semua idea Eliza. Katanya untuk memudahkan urusan abahnya memikat hati aku kembali.
Aku duduk di sofa sambil menunggu Ghazli mendaftar masuk nama untuk mendapatkan bilik. Aku mengelus perut aku yang sudah membesar. Tiga bulan lagi yang tersisa untuk aku melahirkan anak aku.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...