Bab 37

6.3K 176 9
                                    

Hari demi hari, minggu demi minggu. Permulaan tahun baru pun sudah bermula. Tidak lama lagi usia aku bakal menginjak ke usi 28 tahun. Sungguh cepat masa itu berlalu. Tak sangka aku sudah meningkat tua.

Anak mata ku kerling ke arah jam yang ada diatas meja kerja ku. Jam sudah menunjukkan pukul 1 tengah hari. Itu bermakna sudah masuk waktu makan tengah hari. Jemari runcing ku berhenti menekan papan kekunci.

Aku meraih telefon bimbit. Nombor telefon Ghazli aku dail lalu ku bawa ke telinga.

"Hello"sahut ku.

"Ye sayang. Ada apa?"tanya Ghazli di hujung talian.

"Jom lunch"ajak ku.

"Sorry sayang. Abang ada meeting dengan client lunch ni. Next time okay". Raut wajah ku sudah mula mengendur.

"Huerm.. okaylah kalau macam tu. Tya lunch dengan Eliz lah"jawab ku sedikit merajuk.

"Okay. Sorry tau. Take care. Love you"ucap Ghazli.

"Love-"belum sempat aku menghabiskan tutur ku talian sudah dimatikan.

"Haih.. love you too"jawab ku sendiri dengan wajah redup. Aku menghela nafas berat. Aku menggeleng kepala ku bagi menghalau rasa kecewa. Senyum ku tarik lebar. Beg tangan ku capai lantas aku menapak keluar dari bilik pejabat aku.


Nasi aku kais sambil merenung jauh ke dalam pinggan seperti ada kehidupan di atas peinggan aku itu. Eliza yang asyik menyantap muka sedar akan kelakuan aku. Sudu dan garfu ditangannya di letakkan lalu memandang aku dengan helaan nafas berat.

"Tya, kenapa ni? Tadi okay je. Asal tiba-tiba monyok je ni?"tanya Eliza.

"Tak ada apa lah.."jawab ku menyedapkan hati Eliza yang gusar melihat keadaan aku.

"Kalau tak ada apa-apa, takkan lah kau tenung nasi tu lama-lama. Kenapa ni? Cuba kau cerita dekat aku.

Aku menghela nafas berat. Anak mata ku angkat memandang Eliza.

"Lately ni Ghazli selalu busy. Setiap kali aku ajak dia lunch dia cakap ada meeting dengan client"adu ku.

"Alah.. project baru kan tengah jalan sekarang ni. Memanglah abah sibuk jumpa client sana sini. Dah lah.. tak payah nak fikir sangat. I know my father. He never cheat on you. Abah bila dah sayang dia akan sayang separuh mati. Macam dia sayang Arwah mama aku"ulas Eliza.

Mendengar ulasan Eliza itu, terpujuklah sedikit hati aku yang sedang gundah gulana ini. Siapa yang tak takut kalau suami ada affair dengan perempuan lain dekat belakang. Walaupun suami aku tu dah tua, tadi rupa dia masih seperti orang muda. Adalah kedut-kedut tu sikit. Tapi still nampak muda.

▪️▪️▪️

Pintu bilik di kuak dari luar. Pandangan aku alihkan ke arah muka pintu. Terlihat kelibat Ghazli yang masuk sambil melonggarkan tali lehernya. Pandangan aku arahkan kembali pada buku novel yang aku baca.

"Lewat balik"aku bersuara memecahkan kesunyian.

"Banyak kerjalah yang dekat office tadi. Sayang kenapa tak tidur lagi ni?"tanya Ghazli pula.

"Tunggu abanglah. Call tak angkat. Whatsapp tak reply"cemuh ku menarik muncung keluar.

"Call tak angkat?". Ghazli mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Tertera 10 missed call dan 20 pesanan melalui whatsapp tertera di skrin telefonnya.

"Sorry sayang.. phone abang silent. Sorry.."tutur Ghazli memujuk ku. Aku hanya diam. Malas aku layan pujukan dia. Biar dia rasa sakit dia tu macam mana.

"Sayang.. janganlah diam. Aduh..". Kepala yang tidak garal digarunya. Nasib dia lah kalau muncung aku dah mula keluar. Memang susahlah nak memujuk.

Ghazli bangkit dari duduknya menghampiri aku. Kaki aku di sentuhnya. Pantas aku menepis dan melarikan kaki aku. Dia mendekatkan lagi duduknya dengan aku. Kali ini tangannya mendarat di atas paha aku pula. Ku tepis juga dan aku berganjak sedikit darinya.

Dia mendekatkan lagi jaraknya dengan aku. Kedua tangannya direhatkan di sisi kiri dan kanan pinggul aku. Buku novel sengaja aku angkat sedikit agar menutupi wajah aku. Dia mendekatkan wajahnya dan buku di tangan aku diambil lalu diletakkan di meja sisi.

"Are you mad at me baby girl?"tanya Ghazli dengan nada suara yang mendalam. Nak goda ke nak pujuk ni?

"No. I'm not mad"nafi aku memeluk tubuh dan memandang ke arah lain.

"Kalau tak marah, pandanglah muka abang ni"pujuk Ghazli lagi.

Aku menghela nafas berat. Kepala aku toleh. Anak mata aku tepat memandang anak mata coklatnya.

"I'm sorry. I'm promise i will never put my phone in silent mode again". Ghazli mengangkat tangan kanannya ke sisi tanda ikrar.

"Huerm.. okay. I keep your promised. Tya tak marah pun. Now.. abang pergi mandi sebab bau abang dah macam goat"tutur ku menolak Ghazli menjauhi aku.

"Oo.. macam goat ya..". Ghazli menarik senyum sinis. Dahi aku mula berkerut melihat pandangan sinisnya. Apa pula orang tua ni nak buat.

Tanpa banyak bicara, Ghazli terus mengangkat aku lalu di pikul di atas bahunya seperti membawa seguni beras. Lalu dia menapak ke arah bilik mandi. Aku berteriak kecil dan meronta agar Ghazli menurunkan aku.

"Abang.. let me go!!"teriak ku. Tapi apakan daya, kata-kata aku hanya melalui telinganya begitu sahaja. Berserah sajalah Etyani oi..

▪️▪️▪️

Eliza menapak ke dalam sebuah restaurant sambil memandang telefon bimbitnya. Kakinya berhenti di hadapan meja reception dan wajahnya di angkat memandang pekerja di meja itu.

"Em.. I want to make a.."bicara Eliza terhenti apabila anak matanya terpandang akan kelibat seseorang didalam restaurant itu. Dia cuba untuk memerhati dengan betul agar matanya tidak tersilap pandang.

Setelah dilihat dengan terperinci, matanya serta-merta membulat. Dengan segera dia menapak keluar dari restaurant itu dengan penuh rasa terkejut.

"Who is she? Bukan ada lunch date dengan mummy ke hari ni?"tutur Eliza sendiri sedikit hairan. Pantas dia menggeleng. Kakinya laju mengatur pergi. Dia perlu siasat perkara ini terlebih dahulu sebelum perkara ini sampai ke telinga aku.

Satu hari itu Eliza tidak dapat fokus pada kerjanya kerana asyik memikirkan tentang kejadian yang dilihatnya tengah hari tadi.

"Ish! Siapa perempuan tu. Sanggup abah buat macam tu dekat mummy. Aku tak boleh tinggal diam. Aku kena tanya pasal ni dekat abah"kata Eliza sendiri.

"Tapi, bukan ke perempuan tu yang tergedik-gedik dengan abah dulu ke? Hurk! Jangan-jangan perempuan tu nak rampas abah dari mummy. Tak boleh jadi ni" fikir eliza.

Dia meneruskan pemanduannya pulang ke rumah. Sebaik sahaja dia tiba dirumah, dia melihat aku sedang menghidang makan malam di atas meja. Terus hilang persoalan kejadian tadi di fikiran Eliza.


Bersambung...

Siapa yang Ghazli jumpa tu? Betul ke peremouan yang Ghazli jumpa tu ada hati dekat Ghazli. Betul ke sangkaan Eliza tu? Apa yang bakal terjadi? Nantikan bab selanjutnya.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now