Aku menyidai kain yang sudah dicuci di ampaian halaman rumah. Ralit aku menyidai kain, Eliza datang menghampiri aku.
"Meh aku tolong kau. Kau tu mengandung. Jangan buat kerja berat-berat sangat"tutur Eliza.
Tanpa sepatah kata, Eliza mengambil kain yang berada di dalam bakul lalu dijemurnya satu persatu. Aku sekadar memerhati dia menyidai baju.
"Eliza"panggil ku. Lantas dia menoleh.
"Aku maafkan kau.. aku tahu, kau buat semua ni sebab kau sayangkan abah kau. Kau tak nak abah kau jatuh hati dengan perempuan yang salah. Aku.. aku bangga dapat anak macam kau"tutur ku. Eliza mendengar bait-bait kata ku terus bergenang air mata. Tubuh aku dipeluknya erat. Aku menari senyum tipis lantas membalas pelukannya.
Bwarhhh! Sergah Ghazli disebalik baju yang di sidai. Aku dan dan Eliza terjerit nyaring. Terkejut akibat disergah secara tiba-tiba oleh Ghazli.
Melihat wajah aku dan Eliza yang terkejut beruk itu, membuatkan Ghazli ketawa terbahak-bahak. Aku mengcekak pinggang geram begitu juga Eliza yang berdegus kesal.
"Abang!". "Abah!".
Aku dan Eliza mula mengejar Ghazli. Ghazli mengatur langkah seribu mengelilingi ampaian dengan gelak tawanya. Dari kejauhan, atok menarik senyum melihat aku kembali berbaik dengan suami dan juga Eliza.
"Alhamdulillah"ucap Atok sendiri.
Sebuah kereta Honda Jazz rosegold berhenti di halaman rumah. Larian aku terhenti. Masing-masing tertanya siapakah gerangan yang datang ke rumah. Keningku jungkit sebelah. Sepertinya aku mengenali akan kereta itu.
Pintu kereta sebelah pemandu terbuka. Keluarlah satu figura seorang gadis berusia 28 tahun dari perut kereta dengan raut wajah yang mendung seperti sedang mengalami satu masalah.
"Daria"satu nama keluar dari mulut aku. Ghazli yang tadinya berdiri di samping Eliza yang hanya beberapa tapak dibelakang aku datang menghampiri.
Pintu kereta di tutup lantas dia berlari anak mendapatkan aku. Tubuh aku di peluknya beserta deraian air mata. Aku dan Ghazli terpandang sesama sendiri. Masih lagi tecengang dengan apa yang sedang berlaku. Kenapa dia datang ke mari? Apa lagi perancangan kau Daria?
▪️▪️▪️
Aku tertelan kata setelah mendengar penjelasan dari Daria tetang apa yang membuatkan dia datang bertemu dengan aku. Otak aku seperti tidak berfungsi buat seketika. Macam mana Daria boleh terfikir untuk melakukan perkara yang terkutuk macam tu sehingga menyebabkan dia termakan dengan keseronokan sementara itu.
"Aku silap Tya. Aku bodoh! Aku terlampau percaya dengan jantan macam tu"tutur Daria dalam tangis tersedu-sedu.
"Daria pasti ke yang Daria betul-betul mengandung?"tanya Ghazli.
Daria mengangguk. Dia membuka beg tangannya lalu mengeluarkan satu kertas kecil yang tertera keputusan imbasan pada rahin Daria.
"Daria dah jumpa doktor. Kandungan Daria dah masuk satu bulan"jawab Daria.
Aku dan Ghazli memandang antara satu sama lain. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Perkara itu berlaku oleh ulahnya sendiri. Mahu berselindung, lama kelamaan akan ketahuan juga.
Eliza datang dengan membawa dulang air diikuti oleh atok dari belakang. Wajah atok jelas kelihatan bengis. Hatinya membara apabila mengetahui tentang kehamilan Daria.
"Hang suka ka dengan apa yang hang buat la ni Daria?!"soal Atok marah. Daria diam dalam tangis.
"Hang datang sini, nak minta tolong dari Tya.. hang pikiaq tak? Amboi.. bila dah seronok sehulu-kehiliaq dengan jantan, tak dak pun hang tanya khabar sepupu hang ni. Bila dah jadi lagu ni, baru hang nak teriaq datang sini"hambur Atok melepas rasa marahnya. Siapa je tak marah apabila perkara itu terjadi dalam salah satu ahli keluarga.
"Daria menyesai tok. La ni, Daria dah tak tau nak buat pa. Kalau mummy dengan pak tau pasai ni, confirm depa akan halau Daria"kata Daria.
"Biaq padan dengan muka hang. Buat tau, tanggungjawab tak tau. Tau nak seghonok ja. Apa? Hang ingat rumah aku ni rumah kebajikan ka?"herdik atok.
"Sabaqlah tok, Dariakan dah mengaku salah dia"tutur ku bagi meredakan amarah atok.
"Hang tu toksah berlembut sangat. Sat gi dia pijak pala hang. Siapa pun tak tau"bidas atok lagi.
"Daria, aku pun tak tahu dah nak tolong macam mana"Kata ku buntu.
"Tya.. aku tahu permintaan aku ni mungkin melampaui batas. Tapi, demi nak menjaga nama keluarga kita, aku nak minta izin kau untuk kahwin dengan Ghazli"pinta Daria.
Pamm!! Bagaikan terkena panahan halilintar. Semua terkejut mendengar permintaan Daria. Apa yang sedang kau rancangkan Daria. Suasana menjadi hening seketika. Hanya kedengaran bunyi daun-daun pokok yang bergesel sesama sendiri kerana ditiup angin.
"Aku tak setuju! Hang jangan nak berangan menikah dengan cucu menantu aku. Tak dak jantan lain ka hang nak menikah? Habaq mai kat aku. Hang jangan sampai aku tibai hang lunyai tang ni jugak"marah atok. Tangannya sudah melayang mahu memukul Daria akan tetapi di tahan oleh Eliza.
"Eliza, bawa atok masuk dalam"pintu ku. Eliza mengangguk lalu memimpin atok masuk ke dalam rumah.
"Tya, kau tak nak tolong aku ke? Kita ni sepupu. Dulu kita membesar sama-sama"pujuk Daria.
Aku masih lagi dalam keadaan terkesima. Kepala ku toleh ke arah Ghazli di sebelah aku. Raut wajahnya menggambarkan bahawa dia juga masih tidak boleh menerima permintaan Daria.
"Kau tahukan Ghazli ni suami aku. Tapi kenapa kau nak minta Ghazli jadi kambing hitam kau"tutur ku memecah hening.
"Kau je orang yang rapat dengan aku Tya. Lagipun suami kau lelaki. Boleh kahwin lagi satu"kata Daria. Nada suaranya masih kekal merayu.
"Aku masih sayangkan isteri aku. Satu isteri dah cukup bahagia buat aku. Dan keputusan aku, aku tidak akan terima permintaan kau"tegas Ghazli. Baginya permintaan iyu sangat mengarut. Sehingga memerlukan suami orang untuk menjadi kambing hitamnya.
"Abang masuk dulu"pinta Ghazli kepada aku. Lalu Ghazli mengangkat punggungnya dan berlalu masuk ke dalam rumah. Meninggalkan aku dan Daria di luar rumah.
Suasana hening kembali lagi. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Apa dia tidak terfikir tentang perasaan aku yang sedang mengandung. Dalam pada yang sama hati aku juga turut bersimpati dengan Daria yang terpaksa menanggung sendiri.
Bersambung...
Haish! Geram pula dengan Daria ni. Tengah-tengah orang nak bahagia, dia pula yang muncul. Haih.. apa pendapat korang tentang bab ni. Cuba komen dan jangan lupa tinggalkan vote tau.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...