Pang!
Tamparan pak ngah hinggap di pipi mulus Daria. Dadanya berombak naik turun menahan amarahnya yang membuak-buak. Makngah menahan pak ngah dengan mengelus belakang badan pakngah bagi meredakan rasa marah itu.
"Anak tak guna! Kau dah conteng arang dekat muka aku! Kau memang selalu membawa masalah dalam keluarga ni!"marah pak ngah. Aku yang turut melihat akan situasi itu hanya mampu mendiamkan diri.
Daria diam. Tangannya masih memegang pipinya yang pijar ditampar tadi. Aku tahu dia marahkan aku kerana memberitahu hal itu kepada mama dan papanya. Begitu juga dengan niatnya yang mahu Ghazli menjadi kambing hitam untuknya.
"Aku tak pernah ajar anak aku busuk hati macam ni. Kau sanggup nak runtuhkan rumah tangga sepupu kau sendiri demi kepentingan diri kau!"marah pak ngah lagi.
"Sabar bang. Jangan nak melenting macam ni"tegas mak ngah.
"Nak sabar apa lagi? Dah dia yang conteng arang dekat muka kita. Takkan kita nak biarkan"jawab pak ngah.
"Ayah, daria minta maaf. Daria minta Ghazli kahwin dengan Daria pun atas kebenaran Tya sendiri"ujar Daria. Aku tergamam. Sejak bila aku benarkan Ghazli kahwin dengan dia?
Ghazli memandang aku tidak percaya. Aku membalas pandangannya dengan gelengan kepala tanda bukan aku yang mengizinkan. Lantas Ghazli melarikan pandangannya. Wajahnya berubah tegang. Dapat aku lihat rahangnya di ketap.
Dia tak percaya aku ke?. Aku menunduk memandang jari jemari ku sendiri.
"Tya, betul ke apa yang Daria cakap. Kamu izinkan Ghazli nikah dengan Daria?"soal pak ngah.
Kepala ku angkat memandang pak ngah. Aku menggeleng perlahan. Baru sahaja aku mahu membuka mulut untuk berbicara, Daria pantas memotong.
"Tya, kau sendiri yang cakap kau izinkan Ghazli nikah dengan aku. Kenapa sekarang geleng pula?"provok Daria supaya aku berasa serba salah dengannya.
"Daria, aku tak pernah izinkan suami aku nikah dengan kau. Sekarang ni aku tengah mengandung. Mustahil aku izinkan Ghazli nikah lagi"nafi aku semahu-mahunya.
"Tya, kenapa kau macam ni? Ayah, Daria tak tipu. Kalau ayah dan mak tak percaya, Daria ada bukti yang Tya izinkan Ghazli nikah dengan Daria."kata Daria tetap menegakkan pendiriannya.
Daria mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangan lalu di mainkan satu rakaman suara. Membuntang mata aku apabila mendengar suara itu. Rakaman itu jelas menyatakan bahawa aku yang mengizinkan Ghazli kahwin.
"Tya, pak ngah minta Tya fikir baik-baik. Jangan buat keputusan terburu-buru"tutur pak ngah.
"Itu bukan suara Tya. Sumpah. Tya tak cakap macam tu"mata ku mulai berkaca.
Ghazli mengepal tangannya geram. Dapat aku lihat dari tindakannya bahawa dia sedang marah. Marah dengan apa yang didengarinya.
"Abang, sumpah itu bukan suara Tya"kata ku lagi mempertahankan diri aku.
"Aku setuju kahwin dengan Daria"tuntas Ghazli lantas berdiri. Aku yang duduk disebelahnya terkesima. Tangan aku yang memegang lengannya terlerai. Air jernih yang bergenang di tubir mata menetes satu persatu.
"Li! Li!"panggil pak ngah. Akan tetapi, Gahzli sudah terlebih dahulu keluar dari rumah.
Mak ngah menghampiri aku yang sudah banjir dek air mata. Tubuh aku didakapnya. Belakang badan aku pula di elus agar tangis ku reda. Malangnya, hati aku terlanjur berduka dengan apa yang di katakan Ghazli dan atas perbuatan Daria terhadap aku.
"Puas hati kau Daria?!"marah pak ngah.
"Kenapa papa nak salahkan Daria? Apa yang Daria buat? Dah lah ayah. Ayah memang lebihkan Tya dari anak ayah sendiri. Dari dulu sampai sekarang"marah Daria. Lantas dia menapak menuju ke biliknya. Dalam diam, ada satu senyum sinis terpancar di sebalik kejadian itu.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...