Bab 4

7.3K 261 2
                                    

"Okay. Saya rasa itu saja untuk mesyuarat kali ini. I hope each of you can consult the new ideas to me as soon as possible".

Selesai sudah mesyuarat bersama ahli perusahaan. Satu habuk pun tak masuk dalam otak aku. Sepanjang mesyuarat, aku hanya menghadap telefon dan sesekali aku menguap kerana bosan.

"Pa.. jom lunch. Adik laparlah"ajak aku memaut lengan papa. Raut wajah aku sengaja dimanjakan.

"Okay. Malieq, pergi ajak Raqil sekali. Kau ikut sekali ya Li"ajak Encik Khalid. Ternganga aku apabila papa mengajak pakcik yang tak tahu asal usul tu.

"Baik pa"jawab Malieq berlalu ke pejabat Raqil.

"Pa..! Seriously? Kenapa perlu ajak pakcik ni sekali"cengih aku.

"Why not. He is my old friend. Papa nak pergi pejabat kejap. Adik dengan Ghazli tunggu dekat lobby lah. Be nice okay"papa mengelus kepala aku terus dia menapak ke pejabatnya.

Tinggallah aku dengan pakcik tu. Jelingan aku berikan kepada pakcik itu dan aku terus menapak pergi. Mulut aku mengomel geram.

"Inilah pertama kali aku jumpa pakcik mulut puaka macam dia tu"omel ku. Butang lif aku tekan terus pintu lif terbuka. Butang tutup aku tekan. Belum sempat pintu lif tertutup habis, satu tangan kekar menahan pintu itu dari tertutup.

Membulat mata aku melihat pakcik itu berdiri dihadapan pintu lif. Dia menapak masuk dan berdiri disamping aku.

"Kau belum jawab lagi soalan aku tadi"pakcik itu bersuara.

Dahi aku berkerut. Aku memandangnya hairan.

"Soalan apa?"tanya ku kembali.

Pakcik itu memusingkan badan menghadap aku disisinya. Kedua tangan diseluk ke dalam poket seluar.

"Memang trend sekarang ke warnakan rambut macam tu? Orang tua nak nampak muda. Kau pula nak nampak tua"dapat didengari nada menyindir dari lunak suara Ghazli.

Memang mengundang pergaduhan betullah pakcik ni. Bibir ku ketap geram. Tangan aku kepal. Nafas ku naik turun menahan amarah.

"Pakcik ni siapa nak tegur saya? Urus diri sendiri tu dulu. Rumah kata pergi, kubur dah kata mari!"hambur ku geram.

Ting!

Aku terus menapak keluar sebaik sahaja lif sudah tiba di lobby. Sorotan mata Ghazli hanya menghantar aku pergi. Tanpa sedar bibir Ghazli mengjungkit senyum.

▪️▪️▪️

Bunyi sudu dan garfu berlaga memecang keheningan suasana makan tengah hari itu. Spaghetti didalam pinggan aku putar menggunakan garfu. Anak mata ku tajam memandang pakcik Ghazli itu yang sedang asyik berborak dengan papa.

"Adik, asal kau pandang Uncle Ghazli macam tu?"tanya Raqil menyiku lengan aku.

"Dia dah kibar bendera perang dekat aku"kata ku menyumbat spaghetti ke dalam mulut. Makanan aku kunyah dengan penuh geram. Ibarat aku mengunyah daging pakcik Ghazli hidup-hidup.

"Aik! Dia kibar bendera perang dekat kau? Pelik".

"Apa yang peliknya?"soal ku.

"Peliklah.. selalunya kau yang kibar bendera perang dulu"seloroh Raqil. Aku terus mengacu garfu ke arah wajah Raqil. Raut bengis terpancar di laman wajah aku.

"Kau nak rasa kena cucuk dengan garfu ke?"soal ku marah.

"Aku gurau jelah. Kau ni.. bendera merah ke?". Raqil berganjak ke belakang sedikit takut juga kalau garfu itu menyucuk matanya.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now