Bab 10

7.5K 245 15
                                    

Aku memerhati Daria yang hanya menggeletis dengan pakcik Ghazli tu. Sesekali naik meluat juga aku menengoknya. Bukan cemburu okay. Tapi, kita ni sebagai perempuan, tak perlulah nak rendahkan maruah kita dengan menggedik dekat lelaki.

"Adik, tolong ibu sat"panggil itu. Aku yang duduk bersila mengubah dulang bangun mendapatkan ibu di ruang makan.

"Tolong apa bu?"tanya ku.

"Pi beli daun sirih sat. Ibu lupa nak beli".pinta ibu.

"La.. daun sirih nak buat pa pulak?"tanya ku keliru. Kepala yang tidak gatal aku garu.

"Awat hang ni bengap sangat. Ibu nak buat sirih junjunglah.. nilah budak zaman la.. ni. Satu apa pun tak tau"bebel ibu.

"Ish ibu ni.. tok sah lah duk perli oghang. Ni nak beli banyak mana ni?"tanya ku cemberut.

"Hang beli ja banyak mana pun. Lebih satgi boleh buat hang nikah pulak".kata ibu.

"Apa adik pulak. Lambat lagi ibu..".

"Lambat lagi tengkorak hang. Umuq dah tua bangka dah. Hang nak ka pak hang cari calon dekat hang". Setepek kau kena. Adui.. laju aku menggeleng mendengar kata ibu.

"Dah.. pi beli lekaih. Ajak Daria tu sekali. Dok menggedik lagu buat pa. Macam tak ada maruah". Bebel ibu lagi. Aku hanya mengangguk dan mengeluh berat.

"Anak menakan ibu jugak"aku melangkah pergi dari situ.

Kaki ku atur menghampiri Daria yang duduk di atas kerusi bersebelahan Ghazli. Lengan Daria aku cuit.

"Jom, teman aku pergi kedai. Ibu suruh aku beli daun sirih"pinta ku. Muka kelat aku tayangkan kerana Ghazli menoleh memandang aku.

"Malas lah.. kau pergilah. Aku nak borak dengan abang Ghazli"kata Daria menarik senyum menampakkan giginya yang putih dan tersusun.

"Hang jangan buat perangai tak malu hang dekat sini. Lekaih!"marah aku dalam nada berbisik.

"Kau pergi jelah.. ya. Macam kau tak kenal daun sirih tu macam mana"elak Daria. Dia sedaya upaya menolak untuk menemani aku.

Dengan keluhan berat, aku mengorak langkah pergi dari situ. Sempat aku menggulingkan mata menyampah. Kaki aku hayun ke arah kereta. Kunci kereta milik ibu aku tekan, kereta terus bebunyi memandakan kunci pintu terbuka. Badan aku bolos masuk ke dalam kereta bahagian pemandu. Enjin kereta dihidupkan. Aku mengundurkan kereta keluar dari garaj.

Sedang aku mengundur, aku melihat kelibat Ghazli yang berjalan menghampiri kereta. Mengikut sisi jahat aku, nak je aku langgar pakcik tu. Tapi aku kasihan dekat kawan aku yang nanti akan kehilangan seorang ayah. Aku terus menghentikan kereta.

Tingkap sebelah aku diketuk dari luar. Aku menurunkan tingkap. Dahi aku berkerut dan ku angkat bertanya.

"Apa?"tanya ku.

"Turun. Biar aku drive".kata Ghazli.

"Tak perlu. Saya boleh pergi sendiri". Bantah aku.

Ghazli memasukkan tangannya melalui tingkap kereta lalu membuka lock pintu. Pintu di buka dari luar. Terlopong aku dengan tindakan Ghazli.

"Out, and let me drive". Kata Ghazli lagi. Kening aku terjungkit. Badan aku sengetkan sedikit bagi melihat Daria yang masih duduk di bangku dengan wajah cemberut.

"Pakcik nak lari dari Daria kan?"tanya ku.

"I say out!"tegas Ghazli. Lantas dia menarik aku keluar dari kereta. Terus dia melolos masuk ke dalam kereta bahagian pemandu. Pintu kereta ditutup.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now