Bab 55

5.1K 138 6
                                    

Permandangan ladang teh yang hijau membuatkan aku berasa nyaman. Alangkah bagusnya kalau aku menetap terus di sini. Air teh strawberry panas aku cicip perlahan. Sungguh melegakan badan aku disaat aku kesejukkan. Sarapan pagi aku santap penuh nikmat.

Sedang kami menikmati sarapan pagi dengan tenang, tiba-tiba telefon Ghazli berdering. Ghazli melihat nama yang tertera pada skrin. Apabila melihat raut wajah Ghazli yang berubah, sudah ku duga siapa yang menelefonnya.

"Kenapa tak angkat?"soal ku.

"It Daria"kata Ghazli melihat aku dengan rasa serba salah.

"Go on"jawab ku mendatar. Tipulah aku tidak sakit hati dan cemburu. Tapi aku kena redha yang Daria itu merupakan isterinya juga.

Ghazli menjawab panggilan itu dan telefon dibawa ke telinga. Segala perbualan mereka dapat didengari dengan jelas oleh aku. Daria tu kalau sehari tak mengganggu waktu aku dengan Ghazli memang tak sah.

"You.. bila you nak balik"ujar Daria manja di hujung talian. Aku yang mendengarnya pun loya. Gedik dia tu memang tak hilang. Sudu dan garfu aku letak dan aku memusingkan badan aku ke arah kanan di mana terpapar permandangan yang indah.

"Lusa aku baliklah. Aku tengah makan dengan Tya ni"jawab Ghazli. Sontak tangan aku diraihnya agar aku tidak terasa hati dengan perbualan mereka.

"Sikit-sikit Tya. I ni pun isteri you juga"rajuk daria.

Ghazli menghela nafas berat sambil menggulingkan matanya ke atas. Dia cuba untuk bersabar dengan perangai Daria. Tangan aku di elusnya. Aku melihatnya melalui ekor mata. Mungkin dengan cara itu dapat meredakan amarahnya pada Daria.

"Okay. Nanti aku belikan kau barang dekat sini. Okay?"tutur Ghazli.

"Okay. Beli banyak-banyak tau. Have funlah dengan isteri pertama you tu. Bye darling. Love you". Terus Ghazli mematikan talian. Dia mengeluh berat. Runsing kepalanya menghadap perangai Daria.

"Kenapa tak balas?"soal ku kesal.

"Balas apa?"kening Ghazli terjungkit sebelah.

"Ingat Tya tak dengar ke? Bye darling I love you"aku mengejek kembali kata-kata Daria tadi. Terus membuatkan Ghazli meletus tawa.

"Hey, kenapa ejek macam tu. Nanti menurun dekat anak baru tahu"gelak Ghazli menggenggam tangan aku.

"Biar. Tak kisah pun"kata ku dalam nada merajuk.

"Sayang.. perkataan tu abang akan ungkap hanya untuk sayang sahaja. Okay"pujuk Ghazli mengelus tangan aku lembut.

Sekeras-keras aku pun, aku tetap berhati nurani perempuan yang mudah lembut dan cair dengan kata-kata manis lelaki. Perlahan-lahan bibir aku mengukir senyum. Ghazli melihat aku sudah tersenyum sipu turut melakar senyum.

"Kita makan dulu. Nanti kita sambung jalan-jalan lagi"tutur Ghazli. Aku sekadar mengangguk.




Aku melihat beberapa barang yang ada di kedai-kedai untuk dibeli dan dibawa pulang. Banyak juga yang berkenan di hati. Kalau nak ikutkan hati aku ni, memang aku nak angkut je semua. Tetapi, Ghazli sudah melarang aku terlebih dahulu agar tidak terlalu boros. Oleh kerana aku ni isteri yang solehah, aku turutkan sahaja.

"Abang, can i have one?"tanya ku kepada Ghazli sambil tangan ditunjuk pada satu bantal strawberry yang saiznya boleh tahan besar.

"Nak buat apa?"soalnya.

"Buat tidurlah"aku menjawab. Memanglah bantal buat tidur. Takkan nak buat mandi.

"Tak ada, tak ada. Sayang dah banyak beli dah abang dah cakapkan jangan boros. Nanti nak beli barang baby lagi"tegah Ghazli. Anak mata aku jatuh pada tangannya yang sudah memegang banyak beg plastik.

"Alaa.. bolehlah.. last. Lepas ni tak nak beli apa dah"janji ku.

"Sayang, dah dua kedai sayang cakap benda yang sama. So my answer is no"tegas Ghazli.

Aku menayang wajah monyok dan terpaksa akur. Aku membawa kaki aku menuju ke kereta. Setiap soalan yang di ajukan oleh Ghazli aku diamkan. Merajuklah kononnya.

Masuk sahaja dalam kereta, aku terus membelek telefon bimbit aku. Ghazli memandang aku dengan keluhan berat disertakan dengan gelengan kepala. Memang satu harilah dia nak pujuk aku balik.

Ghazli memandu pulang ke hotel kerana hari sudah petang. Dalam perjalanan ke hotel, aku senyap tidak bersuara. Sesekali Ghazli memandang ke arah aku. Dia cuba mahu memegang tangan aku. Pantas aku melarikannya. Biar dia rasa macam mana nak pujuk aku.

Sampai sahaja di hotel, aku meletakkan barang yang dibeli tadi di atas meja dan mana yang perlu diletakkan di dalam peti, aku masukkan. Setelah itu, aku merebahkan badan aku di atas katil. Penat betul seharian berjalan. Pinggang aku sudah mula rasa sakit.

"Sayang, pergi mandi dulu. Dah petang ni"arah Ghazli membuka jaketnya lalu di sangkut didalam almari.

"Iya.."jawab ku panjang disertai dengan gulingan mata. Perlahan-lahan aku bangun dari pembaringan dan aku menapak menuju ke bilik mandi.

Aku sengaja berlama didalam bilik mandi bagi menunjukkan rasa protes aku padanya. Entah kenapa aku rasakan apa yang aku buat hanyalah sia-sia. Sejak pergaduhan besar antara aku dan Ghazli tempoh hari, sekali pun dia tidak pernah memujuk aku.

Selesai sahaja mandi, aku keluar dari bilik mandi dengan memakai jubah mandi. Rambut yang basah aku keringkan menggunakan tuala. Selangkah aku keluar dari bilik mandi, terus tubuh aku kaku. Anak mata aku menangkap satu bantal berbentuk strawberry di atas katil berserta jambangan bunga rose.

"Abang"panggil ku terkejut dengan apa yang aku lihat.

"Yes"Ghazli menyandarkan bahunya pada dinding sambil berpeluk tubuh.

"Bila abang beli ni?"tanya ku seraya melangkah menghampiri katil.

"Sayang ni.. bila merajuk memang jalan dah tak pandang  kiri kanan. Menonong je jalan terus masuk kereta". Kata-kata Ghazli itu membuatkan aku cemberut.

"Okay, okay. Abang beli masa sayang jalan terus masuk kereta"Ghazli memberitahu perkara sebenar.

Bantal strawberry itu aku pegang. Bibir ku perlahan-lahan mengukir senyum. Lantas bantal itu aku peluk erat. Sayang juga dia dekat aku.

"Suka tak?"tanya Ghazli memiringkan kepalanya memandang wajah aku.

"Suka. Thank you"ujar ku lantas memeluk pinggangnya.

"Thank you je? Any award for me?"soal Ghazli dalam nada mengusik.

"Mengadakan. Ish! Malaslah layan"aku menjarakkan diri aku dengan Ghazli. Jambangan bunga di atas katil aku capai lalu ku hidu. Bau harum bunga rose segar.

Ghazli sekadar memerhati tindak tanduk aku yang kegembiraan. Dia memeluk tubuh dan melakar senyum.

'Alangkah bagusnya jikalau aku hanya perlu memikirkan soal dia sahaja. Aku mahu melihat senyuman itu mekar setiap masa'bisin hati Ghazli.


Bersambung...

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now