Badan aku sandarkan pada sofa melepas lelah setelah tiga jam mesyuarat dengan client. Penat weh meeting dalam laptop ni. Sakit belakang aku asyik duduk je.
"Jom keluar"ujar ku sambil melihat ke arah Ghazli yang sedang mengemas segala kertas di atas meja.
"Tak penat ke?"tanya Ghazli tanpa memandang aku.
"Bosanlah terperap dekat appartment je. We are in Italy right now. Jom lah keluar"pujuk ku lagi. Rugilah kalau datang Italy tapi tak jalan-jalan.
Ghazli menghela nafas berat. Kepala ditoleh memandang aku. Aku menayangkan raut secomel yang boleh. Bukan menggoda tau. Tapi, membodek.
"Yelah, yelah.. kita keluar lunch. Pergi siap abang tunggu dekat bawah"ujar Ghazli pasrah. Aku melompat keriangan. Sempat aku menghadiahkan kucupan di pipinya sebelum aku berlari anak masuk ke bilik.
Tercengang Ghazli menerima kucupan dari aku. Pipinya di sentuh. Perlahan-lahan bibirnya mengoyak senyum. Dia bangun dari duduknya lalu mengcapai jaket yang tergantung di ruang tamu. Kakinya melangkah keluar dari appartment dengan hati yang berbunga-bunga.
▪️▪️▪️
"Okay that all"kata Ghazli kepada pelayan. Pelayan itu mengambil menu dan beredar ke bahagian dapur.
"Abang, Tya nak tanya sikit"tutur ku.
"Apa dia".
"Do you really want a baby?"tanya ku acuh tak acuh.
"Siapa je kahwin tak nak anak sayang.. tapi abang tak paksa. Itu semua perancangan tuhan"jawab Ghazli penuh tertib.
Aku sekadar mengangguk. Bibir bawah ku gigit mati kata. Menusuk juga ke hati ni. Berdosakah aku ni?.
"Hai"tiba-tiba satu suara datang menyapa. Terus aku dan Ghazli menoleh.
"Can i join you?"tanya gerangan itu. Belum sempat aku menjawab, dia sudah terlebih dahulu melabuhkan punggungnya di disi Ghazli. Berkerut dahi aku melihat tindakannya.
Melihat akan wajah dia yang tersengih macam kerang busuk itu membuat aku berasa geram. Tangan ku kepal menahan amarah. Nak je aku bagi penumbuk sulung aku dekat dia. Ghazli yang melihat aku sudah mahu meletus, pantas dia memegang tangan aku disertai gelengan kepala. Nafas ku hela berat.
Nasib baik Ghazli tenangkan aku. Kalau tak, dan senget mulut dia ni.
"Abang Ghazli tak kisahkan kalau Daria join sekali. Lagipun malam ni Daria dah nak balik"tutur dia dengan suara yang sengaja di kepitkan.
"Aku tak kisah pun. Bukan buat apa pun. Join makan je"jawab Ghazli. Laju aku menjegilkan biji mata aku ke arah Ghazli.
"You hear that Tya. Abang Ghazli tak kisah aku join sekali"sinis Daria halus.
Aku melemparkan renungan tajam ke arah Daria. Dia ni memang tak ada rasa malu ke? Tebal betul muka minah ni. Mana entah dia beli topeng muka dia tu. Mana tahu aku boleh beli juga. Sindir hati aku.
Situasi menjadi hening. Hanya sudu dan garfu yang berlaga sahaja kedengaran. Nak borak dengan suami sendiri pun tak senang kalau ada si minah penyibuk ni.
"Abang Ghazli, habis ni teman Daria shopping boleh. Mama Daria ada kirim barang"pinta Daria. Aku menayang raut meluat.
"Hmm.. boleh"jawab Ghazli acuh tak acuh. Terus lebar senyuman Daria apabila Ghazli bersetuju untuk menemaninya.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...