Bab 57

4.9K 135 41
                                    

Beberapa minggu kemudian, kami dikejutkan dengan khabar Daria di kejarkan ke hospital kerana kandungannya mengalami masalah. Kami bergegas ke hospital bagi melihat keadaan Daria.

Sesampainya aku dan Ghazli di hospital, aku mendapati pak ngah dan mak ngah duduk di bangku menunggu di luar bilik kecemasan.

"Mak ngah"panggil aku mendapatkan mak ngah.

"Tya"mak ngah bangkit lalu memeluk aku. Jelas kelihatan di laman wajah mak ngah bahawa dia dilanda kerisauan.

"Macam mana keadaan Daria mak ngah?"soal ku turut berasa risau akan Daria dan kandungannya.

"Daria masih dalam pemeriksaan"jawab mak ngah.

"Macam mana boleh jadi macam ni mak?"tanya Ghazli. Dapat aku lihat dari raut wajah Ghazli. Nampaknya dia seperti sudah mula sayangkan Daria.

"Mak pun tak tahu Li. Tiba-tiba je dia panggil mak sebab keluar darah"jelas Mak ngah. 

Pada ketika itu, doktor pun keluar dari bilik kecemasan. Drastik mak ngah bangkit dari duduk menerpa ke arah doktor bagi mengetahui akan keadaan Daria tika itu.

"Macam mana dokter?"tanya mak ngah.

"Puan Daria mengalami pendarahan pada kandungannya. Pergerakan janin dalam kandungannya juga agak lemah. Ini mungkin berlaku disebabkan faktor pemakanannya dan juga diet yang diambil setiap hari"jelas doktor.

"Setahu saya Daria tak ada memakan makanan yang tak baik untuk kandungannya"sangka pak ngah.

"Hasil pemeriksaan saya, Daria telah meminum alkohol dalam kuantiti yang agak banyak. Boleh dikatakan puan Daria mungkin tertekan"tambah doktor lagi.

Terus tergamam mak ngah dan pak ngah mendengar penjelasan doktor. Mereka musykil macam mana Daria berniat mahu meminum air haram itu.

"Astaghfirullah halazim.. kami betul-betul tak tahu soal itu". Pak ngah beristighfar. Dia sungguh terkejut. Sebelum ini anaknya tidak pernah menyentuh apa-apa minuman yang berunsurkan alkohol.

"Buat masa ini, puan Daria perlu ditahan di wad agar senang untuk kami membuat pemantauan. Kalau tiada apa-apa lagi saya minta diri dulu"Doktor berlalu dari situ meninggalkan kami.

Sontak, pintu bilik kecemasan dibuka dari dalam dan terlihatlah Daria yang terbaring lemah di atas katil sambil ditolak oleh jururawat menuju ke wad. Mak ngah, pak ngah dan Ghazli menapak mengekori. Aku mula merasakan diri aku ni seperti terasing. Sepertinya aku tidak perlu ada di sini.

Perlahan-lahan kaki aku menapak mengikuti mereka. Teringat akan wajah Ghazli yang cemas itu membuatkan hati aku sedikit terguris. Adakah Ghazli sudah mula cintakan Daria. Adakah dia akan melupakan aku nanti?.
Bermacam persoalan bermain difikiran aku. Mungkin aku terlalu banyak berfikir. Ghazli tidak mungkin tinggalkan aku. Dia suami aku dan dia juga ayah kepada anak aku.

▪️▪️▪️

Daria tersedar dari lena yang panjang. Anak matanya melihat wajah emak dan ayahnya yang setia disitu. Perkaran pertama yang disebutnya ialah Ghazli. Hanya nama itu yang di panggilnya.

"Mak, Ghazli mana?"tanya Daria.

"Ghazli pergi ambil Tya sekejap. Nanti diorang sampai"kata maknya.

"Tya? Mak! Daria tak nak Tya datang mak! Daria tak nak!"tempik Daria mengamuk. Mak dan ayahnya mula gusar.

"Kenapa? Tya datang nak melawat Daria"kata maknya lagi.

"Mak, Tyalah penyebab Daria jadi macam ni. Dia ugut Daria mak. Dia cakap kalau Daria tak bagi Ghazli datang jumpa dia, dia akan buat Daria keguguran"adu Daria. Air matanya mula membasahi pipi.

"Allahuakhbar. Kenapa Tya tergamak buat macam tu". Tersentak maknya mendengar omongan Daria. Dia tidak menyangka anak saudaranya itu berbuat demikian.

"Kamu jangan asal menuduh Daria. Ayah kenal Tya tu macam mana. Dia tak akan buat macam tu"Ayahnya cuba membela Tya. Dia tahu setiap inci perangai anak saudaranya itu.

"Ayah, Daria tak tipu ayah. Takkan ayah lebih percayakan Tya dari anak ayah sendiri"protes Daria.

"Kenapa ayah nak bela sangat Tya tu? Ayah memang tak sayangkan Daria"tangis Daria. Emaknya cuba memujuk dengan memeluk tubuhnya erat. Akan tetapi, disebalik tangisnya itu terselit senyum sinis.



Aku dan Ghazli tiba di hospital untuk melawat Tya. Ghazli menolak daun pintu wad dengan di dahului ucapan salam. Masuk sahaja di dalam wad, aku melihat Daria sudah sedar dari tidurnya. Bibir ku mengukir senyum tipis. Kaki menapak menghampiri. Tangah dihulur ke arah mak ngah untuk bersalaman. Akan tetapi, huluran tangan aku tidak disambut oleh mak ngah. Hanya jelingan yang dilemparkan.

"Kau tak payah nak buat baiklah dengan aku"lancang kata-kata mak ngah.

Aku dan Ghazli terus tersentap dengan kata-kata mak ngah. Mengapa mak ngah tiba-tiba sahaja berkata begitu. Adakah aku ada berbuat salah padanya.

"Kenapa mak cakap macam tu dengan Tya?"soal Ghazli.

"Kau nak aku cakap elok-elok dengan orang yang dah mengancam nyawa cucu aku?! Huh! Tak payah lah!". Hati aku tersentap dengan kata sinihan dari mak ngah.

"Mak ngah, apa mak ngah cakap ni? Tya tak pernah mengancam nyawa anak Daria"jawab ku masih terkejut dengan kenyataan mak ngah itu.

"Tak pernah kau cakap! Kau call aku, kau ugut aku supaya benarkan Ghazli jumpa kau. Kalau aku tak benarkan, kau nak bunuh anak aku!"hamun Daria.

Aku tergamam dengan tuduhan Daria. Kepala ku toleh memandang Ghazli. Ghazli yang turut terkejut dengan omongan itu terus memandang aku. Kepala aku geleng menandakan aku tidak melakukannya. Akan tetapi, sangkaan aku pada Ghazli meleset.

"Sayang, kenapa sayang sanggup ugut Daria macam tu? Abang tahu sayang tak suka dengan Daria tapi tak perlu nak ugut macam tu". Sekali lagi aku tersentak dengan kata-kata Ghazli.

"Abang, abang kenal Tya macam mana. We have being married for almost 2 years. I would never do that. Ya, memang Tya sakit hati dengan apa yang Daria buat dengan Tya. Tapi tidak tergamak Tya nak bunuh nyawa yang tak berdosa"aku menjawab bagi mempertahankan diri aku yang sudah di tuduh dengan perkara yang aku tidak pernah terlintas mahu melakukannya.

"You, percayalah cakap I. I cuba untuk berbaik dengan Tya. Tapi ini yang I dapat"adu Daria.

"Tak payah nak cakap banyaklah. Lebih baik kau pergi sebelum aku naik angin"sampuk mak ngah menghalau aku dari situ.

Dengan perasaan sebak yang menyerbu hati, perlahan-lahan aku melangkah keluar dari situ. Aku mengharapkan Ghazli mengejar aku dan memujuk hati aku. Tetapi tidak. Dia memilih untuk menemani Daria yang mengeluarkan tangis palsu. Sungguh hati aku terluka.

Air mata yang mengalir ke pipi aku seka. Telefon bimbit aku keluarkan lalu aku dail nombor Eliza. Hanya dia lah tempat aku mengadu dan tempat aku bergantung sekarang ini.



Bersambung...

Author tak ada nk komen apa. Korang komen lah ya apa pendapat korang tentang bab ni. Menyakitkan hati bukan?. Same goes to me.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now