Bab 52

5.1K 157 20
                                    

Aku menyibukkan diri dengan melakukan tugas aku di pejabat dan menyiapkan beberapa fail untuk di serahkan kepada syarikat yang ingin bergabung dalam projek memproduksi produk tempatan.

Ralit aku memeriksa setiap inci isi kandungan fail, pintu bilik aku diketuk dari luar. Aku menyahut menyuruh gerangan itu untuk masuk. Kepala ku angkat seketika bagi melihat siapakah gerangan yang masuk ke bilik aku.

"Ada apa Raudah? Mentang-mentang bos tak ada ni"usik ku kembali menatap isi fail.

Raudah menayang sengihan. Kakinya menapak menghampiri meja aku. Punggungnya dilabuhkan duduk di atas kerusi dihadapan aku.

"Saya dengar, En. Ghazli kahwin lain? Betul ke?"tanya Raudah ingin memastikan apa yang didengarnya itu benar atau salah.

Serta-merta tindak tanduk ku terhenti. Aku mengangkat wajah aku memandang Raudah. Melihat laman wajah Raudah membuatkan hati aku luluh. Tidak mampu aku untuk menahan rasa sedih di hati. Air mata aku gugur berderai membasahi pipi. Raudah yang melihat aku meneteskan air mata terus mendapatkan aku dan membawa aku ke dalam pelukannya.

"Shh.. sabar ya Tya. Saya tahu apa yang awak rasa sekarang ni. Saya ada dekat sini untuk awak. Apa pun, awak kena kuat untuk anak awak"pujuk Raudah. Belakang badan aku di gosok bagi meredakan tangis aku yang makin lama makin lebat.

"Saya tak kuat Raudah. Demi Allah, hati saya hancur sangat-sangat"esakkan tangis ku mula kedengaran. Badan aku terhinjut dengan esakkan.

"Tya.. awak tak boleh macam ni. Awak tak boleh lemah macam ni. Jangan biarkan perempuan tu menang"tutur Raudah menahan sebak didadanya melihat aku menghambur tangis tanpa henti.

Ya Allah.. kau kuatkanlah diri aku bagi mengharungi segala ujian dari mu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau tidak akan menguji hambamu di luar kemampuannya.

▪️▪️▪️

Gambar perkahwinan Ghazli dan Daria ku tatap hiba. Remuk hati aku setiap kali melihat senyuman Ghazli terlakar di dalam gambar itu. Air jernih mula mengalir. Sanggupkah aku untuk meneruskan perhubungan ini.

Telefon bimbit aku letak di atas meja sisi. Bantal disisi aku gapai dan dibawa ke dalam pelukan ku. Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk dari luar memeranjatkan aku. Segera aku mengesat air mata ku.

"Masuklah"sahut ku.

Pintu bilik ku dikuak. Terpancul figura Eliza dihadapan pintu sambil mendulang makanan di atas dulang berserta susu panas. Eliza menghampiri aku lalu melabuhkan duduknya dibirai katil. Dulang makanan di ribanya.

"Mummy, makan sikit ya. Dari pagi tadi sebiji nasi pun mummy tak sentuh. Kau tak kasihan dekat anak kau ke?"ujar Eliza memujuk aku untuk menjamah makanan.

"Aku tak laparlah Eliza. Nanti kalau aku lapar, aku makanlah"jawab ku.

"Kalau nak ikut lapar kau tu, sampai bulan depan pun belum tentu kau akan makan. Nah! Makan sikit"Eliza tetap memaksa aku untuk makan. Tanpa banyak bunyi, aku menyuap nasi ke mulut. Kalau tak diturut, mahu sampai pagi esok dia membebel dekat aku.

"Ha.. macam nilah.. makan sampai habis tau. Kalau tak habis, aku sumbat dalam mulut kau nanti"ugut Eliza lalu dia bangkit dari duduk terus menonong keluar.



Eliza menghayun kaki ringan menuruni anak tangga sambil menyanyi kecil. Memandangkan abahnya sudah tidur di rumah nenek sihir tu, hanya tinggal dia berdua sahajalah dengan aku dirumah. Membuatkan dirinya sedikit tenang.

"Haih.. silap aku sebab pertemukan abah dengan kau Tya. Kalau tak, tak adalah kau hidup merana macam sekarang ni. Aku berdoa sangat-sangat supaya kau kuat dan abah aku tu sedar dengan apa yang dia dah buat dekat kau"ungkapnya sendiri.

Dia mengatur langkahnya ke meja makan bagi menyambung kerjanya yang tidak sempat disiapkan di pejabat.

Sahutan salam dari arah pintu utama menarik perhatiannya dan kerjanya pun terhenti. Anak matanya menangkap figura yang melangkah masuk. Figura yang sudah beberapa hari menghilang dari pandangan mata. Eliza memandangnya kosong. Sudah tiada perasaan gembira menyambut kepulangan figura itu seperti dahulu.

"Liza, abah sebenarnya nak minta maaf dengan Liza, dengan mummy. Abah tahu abah banyak buat silap dengan kamu berdua"ujar figura itu menghampiri Eliza.

"Abah tak buat salah pun dengan Liza tapi dengan mummy. Abah dah buat hati mummy hancur berkecai! Menyesal Liza pertemukan abah dengan mummy dulu"herdik Eliza langsung berdiri menghadap abahnya.

"Liza"ungkapan Ghazli tersekat mati kata setelah dihedik oleh anaknya sendiri.

"Sudahlah abah. Abah pergilah naik atas. Pujuklah mummy baik-baik. InsyaAllah mummy akan lembut hati untuk maafkan abah"Eliza kembali duduk menghadap kerjanya. Malas dia mahu ikut campur urusan rumah tangga abahnya itu. Yang dia pasti, dia tak akan tinggal diam kalau mummynya tersakiti lagi. Walaupun dia terpaksa berhadapan dengan abahnya sendiri dan dia sanggup menghadapnya.

▪️▪️▪️

Telinga aku menangkap bunyi pintu bilik dikuak dari luar. Kepala ini ingin saja menoleh. Akan tetapi, mata aku berat untuk membuka. Rasa mengantuk di kerana terlalu banyak menangis membuatkan aku tidak mampu membuka mata aku.

Aku merasakan pergerakan pada tilam seperti seseorang sedang duduk di birai katil di sisi aku. Dari bau wangiannya sepertinya aku kenal siapa si gerangan itu.

"Sayang... aa..abang nak minta maaf. Abang tahu abang dah abaikan sayang, abaikan baby kita ni, abang tak kotakan janji abang untuk jaga dan bahagiakan sayang".

Mendengar akan ungkapan itu membuatkan aku seperti didalam mimpi. Apakah benar dia datang pada aku untuk meminta maaf. Apa benar dia datang untuk menemui aku setelah sekian lama dia menjauhi aku. Suara esakkan mula menyinggah ke gegendang telinga aku.

'Dia menangis?'bisik suara hati aku.

"Ampunkan abang sayang. Abang sanggup terima segala hukuman dari sayang. Asalkan sayang maafkan abang. Dan beri abang peluang kedua"tuturnya dalam tangis. Tangan aku yang digenggamnya dari tadi dicium.

Akhirnya kelopak mata aku terbuka. Aku membalikkan badan aku menghadap Ghazli. Tubuh aku yang terbaring ku angkat duduk menghadap Ghazli yang tertunduk sayu.

"Apa yang abang buat dekat Tya cukup dalam lukanya abang. Tidak mungkin dapat disembuhkan dengan kata maaf. Dan tidak mungkin juga Tya akan membiarkan anak ini membesar tanpa ayahnya disisi"tutur ku dengan wajah kosong. Tiada sebarang reaksi yang mampu aku pamerkan. Melihat wajahnya dihadapan aku, tidak lagi membuatkan aku kembali senyum.

"Tya.. abang minta maaf. Demi tuhan abang cakap yang abang betul-betul menyesal. Hidup abang bagaikan terombang-ambing bila sayang tak ada dengan abang"ungkap Ghazli lagi penuh penyesalan. Tapi bagi aku, penyesalan itu tidak datang kalau tiada karma yang datang menimpa.

"Sudahlah abang. Tak perlu abang nak bazirkan air liur abang minta maaf dekat Tya. Memang susah untuk Tya maafkan. Yang Tya mampu, hanya memberi peluang kedua untuk abang. Tebus segala kesilapan abang dan kotakan janji-janji abang"tuntas aku.

Ghazli memandang aku. Air matanya dihapus. Perlahan-lahan bibirnya menarik senyum tipis. Tubuh kecil aku di tariknya masuk ke dalam dakapan hangatnya.

Ya Tuhan, sungguh aku amat merindui kehangatan pelukannya. Semoga Tuhan melindungi hubungan ini sehingga ke syurga.





Bersambung...

Haish! Kenapalah senang sangat Tya tu maafkan Ghazli tu. Ish! Geram betul author rasa. Apa pun komen pendapat korang tau.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now