Bab 35

7.2K 173 0
                                    

Aku duduk termenung di balkoni sambil melihat keindahan kota Italy di awal pagi. Hembusan angin sejuk dipagi itu membuatkan aku berasa sedikit sejuk. Akan tetapi, aku masih lagi kekal disitu.

Hari ini merupakan hari terakhir aku di bumi Italy. Terasa sayang pula mahu tinggalkan. Apakan daya, banyak pekerjaan aku yang sudah tertunggak di Malaysia. Aku yakin, suatu hari nanti aku pasti akan kembali ke sini.

Tiba-tiba sepasang tangan kekar datang memeluk tubuh kecil aku dari belakang. Terasa nyaman dengan kehangatan pelukan itu. Kepala aku sandarkan ke dadanya.

"Buat apa dekat luar ni? Tak sejuk ke?"tanya Ghazli.

"Saja ambil angin. Tengok permandangan pagi. Tadi adalah rasa sejuk sikit. Sekarang tak rasa dah"tutur ku menarik senyum.

"Terima kasih sebab bagi abang peluang untuk bahagiakan sayang"ucap Ghazli seraya mencium ubun-ubun ke.

Terus membahang wajah aku apabila mengingatkan kejadian yang sangat memalukan itu. Kenapalah aku bodoh sangat masa tu.

"Erm.. Tya masuk dululah. Nak kemas barang mana yang patut"dalih ku menahan malu.

Pelukannya aku leraikan. Akan tetapi, tindakannya lebih pantas dari aku. Badan aku di pusingkan menghadapnya. Kedua tangannya melekat di pinggang aku bagi mengunci pergerakan aku.

Aku terkaku. Jantung aku berdegup tidak keruan. Laju sahaja jantung aku berdetak. Mata aku terpanah pada dadanya. Tidak berani aku mahu bertatapan mata dengannya.

Ghazli melihat aku seperti itu langsung menarik senyum senget. Sukalah tu dia mengusik aku.

"Tak nak tengok muka abang ke?"tanya Ghazli lembut. Laju kepala aku menggeleng. Ya tuhan ku, apalah yang dia nak buat ni. Muka aku dah habis panas dah ni. Kalau goreng telur pun boleh masak ni.

Dagu aku di sentuhnya lalu mengangkat wajah aku untuk memandangnya. Pandangan mata kami bertaut.

"You are my soul, you are my happiness, you are my love, and you are my queen. I will never let you hurt, sad and far away from me. I will protect you until my last breath. Etyani Meerlina, I love you to the universe"kata-kata puitis Ghazli membuatkan aku terdiam. Anak mata coklatnya aku tenung. Aku dapat rasakan wajah Ghazli semakin lama semakin mendekat. Dan sepertinya aku bakal hanyut dalam sangkar cinta milik Ghazli Alamshah.

▪️▪️▪️

Terintai-intai Eliza mencari kelibat aku dan Ghazli di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur itu. Puas dia menunggu satu batang hidung pun tidak kelihatan.

"Ish! Mana mummy dengan Abah ni.. kata pukul 6. Ni dah masuk maghrib dah ni. Nasib baik aku hari ni bendera merah. Kalau tak, mana mahunya aku duduk tercongok dekat sini lama-lama"monolog Eliza sendiri.

Bunyi deringan telefon bimbitnya menyentakkan dirinya. Telefon bimbit didalam poket blazer di keluarkan. Tertera nama 'Mummy Besties' di skrin telefon terus dijawabnya panggilan itu.

"Hello. Kau dekat mana?"serbu aku tanpa sebarang muqaddimah.

"Amboi kau.. salam tak ada apa tak ada. Ni aku dekat sini ni. Nampak tak aku lambai kau"tutur Eliza sedikit kesal.

"Em.. okay. Nampak dah"jawab ku lalu panggilan di matikan.

Aku dan Ghazli berjalan beriringan menghampiri Eliza sambil menolak troli yang dipenuhi bagasi pakaian. Eliza menyambut aku dan Ghazli dengan menyalami tangan kami berdua. Sempat aku melarang Eliza dari mencium tangan aku. Akan tetapi, dia tetap mahu mencium tangan ku sedangkan aku dan dia sama usianya.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now