Usai mandi, aku melabuhkan duduk di atas sofa. Beg kertas hasil pembelian aku tadi aku tarik mendekati aku. Satu-persatu aku tilik. Ini kalau Eliza nampak ni, mesti dia kebas. Maklumlah, sama saiz.
"Eh!"aku terpandang pada satu beg kertas.
"Ni siapa punya? Setahu aku, aku tak ada pula beli yang ni"kata ku sendiri.
"Sayang punyalah tu"sampuk Ghazli yang duduk terbaring di atas sofa sambil menonton televisyen.
Dahi aku berkerut seribu. Aku mengeluarkan isi dalamnya. Terkejut beruk aku apabila melihat isi dalam beg kertas itu. Pantas aku memasukkan kembali ke dalam beg kertas itu. Beg kertas itu aku campak ke tepi.
"Kenapa beli tu?"tanya ku.
"Kenapa? Tak boleh ke?"soal Ghazli kembali.
"Tak boleh. Malulah". Geram betul aku dengan dia ni. Boleh pula dia pergi beli baju tidur satin tu. Buang tabiat ke apa orang tua ni.
"Nak malu apa? I'm your husband. Everything on you, is mine"kata Ghazli menuntaskan kata-katanya.
"Ish! Awal lagilah.."rungut ku.
"Awal apanya? I'm 43 now. Next year dah 44 dah. You also next year will be 28."
"Ish! Nantilah Tya fikirkan dulu"aku mengakhiri perbualan itu. Segala beg kertas aku bawa masuk ke dalam bilik. Akan tetapi, hati aku masih tidak tenang dengan baju tidur satin tu. Ianya bagai menghantui diri aku.
"Ergh!! Apa aku nak buat ni.."badan aku hempas diatas katil. Memikirkan kata-kata Ghazli tadi.
Ada betulnya juga kata-kata Ghazli itu. Umur aku sudah mahu menginjak ke 28 tahun. Takkan tak mahukan pewaris. Nanti apa pula ibu dan papa cakap.
"Aduh.. stress!". Aku mengambil bantal lalu menutup wajah aku. Dalam terus menerus memikirkan soal itu, sehinggakan aku boleh tertidur begitu sahaja.
▪️▪️▪️
Aku terjaga dari tidur yang agak panjang. Tubuh aku regangkan. Tiba-tiba aku tersedar yang aku diselimuti dengan selimut. Setahu aku, tadi aku tidur tidak berselimut dan kedudukan tidur aku pun berbeza.
Aku menyelak selimut ke tepi. Kaki aku bawa turun dari katil dan aku melangkah keluar dari bilik. Aku mencari kelibat Ghazli di ruang tamu. Tiada.
"Mana pula pergi orang tua ni"kepala yang tidak gatal aku garu.
Kedengaran bunyi pintu dibuka dari luar. Ghazli masuk kedalam rumah dan terlihat aku sedang berdiri dihadapannya sambil mencekak pinggang. Anak matanya jatuh ke laman wajah ku yang macam mencuka.
"Pergi mana?"soal ku.
"Keluar kejap. Jumpa kawan"jawab Ghazli.
"Jumpa kawan ke, jumpa Daria?"aku memeluk tubuh.
"Buat apa nak jumpa dia? Dah.. tak payah nak cemburu sangat. Abang dah tahu. Pergi bersiap. Kita keluar makan"tutur Ghazli menolak tubuh aku perlahan masuk ke bilik.
Ghazli melabuhkan duduknya di atas sofa. Telefon didalam poket jaket di keluarkan. Lalu membuat panggilan pada seseorang.
"Ha.. dah buat dah. Yakin ke menjadi ni?"tanya Ghazli melalui corong telefon.
"Mestilah jadi".
"Kalau tak jadi siap ea"Ghazli memberi amaran.
"Iya.. dah lah ada kerja ni. Bye"talian terus dimatikan.
"Dia letak macam tu je. Kurang asam punya budak. Ni kalau tak jadi ni.. siap aku kerja kan"monolog Ghazli sendiri.
"Abang, jom. Dah siap"ujar ku keluar dari bilik.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...