Bab 13

6.5K 238 19
                                    

Mendengar akan kenyataan itu, aku dan Ghazli tersentak. Air mata aku kembali merembes keluar.

"Pa, papa sedar tak apa yang papa buat ni?"tanya aku bangkit dari duduk.

"Papa nak kahwinkan Adik dengan pak cik yang adik tak kenal, dan jauh lebih tua dari adik, papa nak jual adik ke!"meninggi nada suara aku berselang dengan air mata mengalir ke pipi.

"Adik.."seru Ibu.

"Adik.. papa tak jual adik. Papa tak nak kita malu.  Please.."kata papa.

"I'm done pa"tuntas aku lalu mengorak langkah menaiki anak tangga ke bilik.

Papa terduduk meraup rambut kebelakang. Runsing fikirannya memikirkan situasi yang berlaku secara tiba-tiba itu.

Eliza mengerling Daria yang juga turut terkesima. Tiada harapanlah untuk dia mendekati Ghazli. Eliza mendekati abahnya. Bahu abahnya dielus bagi menenangkan keadaan abahnya tika itu. Separuh hatinya menerima akan itu manakala separuh hatinya lagi masih terkejut dengan apa yang berlaku.



"Adik.. meh turun makan. Dari petang tadi adik tak jamah apa pun. Makan sikit na.."pujuk ibu seraya mengetuk pintu bilik aku.

Lama ibu menunggu sahutan dari aku. Tetapi tidak kedengaran. Ibu mengambil inisiatif dengan membuka kunci bilik aku dengan kunci pendua. Pintu bilik aku dikuak. Kosong. Anak mata ibu melilau mencari kelibat aku. Setiap penjuru di periksa. Dalam bilik air, tiada. Dalam wardrop pun tak ada. Hati ibu terdetik mahu membuka pintu gelangsar bilik aku. Terlihat satu tali terjuntai ke bawah. Ya, tali yang sama juga aku gunakan untuk melarikan diri sewaktu zaman sekolah dahulu. Pantas ibu keluar dari bilik aku, berteriak memanggil papa.

▪️▪️▪️

"Ini semua salah kau tau!"marah Malieq menunding jari kepada Raqil.

"Apasal aku pula?! Oo.. bila adik dah lari, semua nak tunding jari dekat aku. Baguslah macam tu"jawab Raqil angin.

"Sudahlah.. sekarang ni mana kita nak cari adik"kata Opah cuba meleraikan pergaduhan Malieq dan Raqil.

"Huh! Dah buat salah lepas tu lari. Elok sangat ke macam tu"kata Daria lancang.

"Daria, mama tak suka tau Daria cakap macam tu"tegur mamanya.

"Apa? Betullah Daria cakap. Dia saja lari dari rumah sebab nak tunjuk yang dia tu tak bersalah. Terang-terang petang tadi semua orang nampak"kata Daria lagi mengapi-apikan keadaan yang sudah keruh.

"Abang.. mana kita nak cari adik ni"kata ibu kerisauan.

"Sekejap abang call Ghazli"kata papa.

"Nak call uncle buat apa pa?"celah Malieq.

"Nak minta tolong dialah. Nak harapkan kamu berdua, ada korang pergi cari adik? Duk bertekak menyalahkan sesama sendiri"bidas papa.

Srap! Menusuk ke lubuk hati Malieq dan Raqil. Mereka berdua diam tidak berkutik.

"Hello, Li?".


Dang!! Dang!! Dang!!

Ghazli menuruni anak tangga sambil menggaru belakang kepalanya. Dahinya berkerut apabila bunyi ketukan pintu rumah yang kuat menganggu ketenteraman gegendang telinganya.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now