Bab 20

8K 222 1
                                    

"Adik..bangkit dak lagi ni?"laung ibu dari luar bilik. Pintu di ketuk bertalu-talu. Masih tiada sahutan dari aku.

Ibu menguak pintu bilik lalu melangkah masuk. Terkejut beruk ibu apabila melihat aku masih lagi berselubung dalam selimut di atas katil.

"Ya Allah. Adik! Bangkit! Apa ni tidoq lagu ni. Matahari dah terpacak dekat luaq tu, dia boleh tidoq lagi"bebel ibu menapak ke arah tirai.

Langsir dibuka dan cahaya matahari menerombos masuk terus memancar ke arah mata aku. Aku terjaga akibat pancaran cahaya matahari itu.

"Ibu.. apa ni.. orang letihlah"aku menarik semula selimut yang di tarik ibu tadi.

"Letih, letih. Aku lambung tughun bukit sat gi bergoyang sampai ke bawah. Pi bangun mandi. Teman ibu pi market". Ibu menarik selimut dari menyelubungi tubuh aku.

Dengan terpaksa, aku bangun dari pembaringan dengan mata masih lagi separa terbuka. Melihat ibu sudah berjalan keluar dari bilik aku, aku melangkah turun dari katil. Langkah ku atur terhuyung-hayang menuju ke bilik mandi.

▪️▪️▪️

Lengan aku tongkat pada pemegang troli. Mulut yang terbuka menguap aku tutup menggunakan tangan. Aku menoleh ibu yang sedang memilih ikan. Lama aih. Pilih ikan pun macam pilih laki.

"Ibu nak masak apa bu?"tanyaku.

"Ibu nak masak ni.. siakap tiga rasa. Laki hang habaq dekat mak pagi tadi. Dia kata ghasa nak makan". Kata ibu sambil memilih ikan.

"Mengada betui oghang tua tu. Kalau nak makan sangat pi lah beli dekat kedai. Toksah lah nak susahkan ibu"cemuh ku.

"Tak baiklah cakap lagu tu. Tak palah, bukan susah pun nak buat".

"Ya lah ibu.. layanlah peel menantu ibu tu"aku merengus kesal.

"Ni, adik nak pi cari barang sat. Ibu pi lah beli apa-apa yang patut dulu. Satgi adik caghi ibu balik"ujar ku. Terus melangkah sebaik sahaja ibu membalas kata-kata ku.

"Ya.. nanti aku teman kau. Aku tahulah kau tu excited nak kerja. Tapi sekarang ni aku dengan ibu. Nanti bila aku balik, aku teman kau"ujar ku melalui corong telefon bimbit sambil tangan menilik satu jenama shampoo yang aku ambil dari atas rak.

"Okay. Aku tunggu kau balik. Betul ni kau tak ada kerja lain hari ni?"tanya suara dari dalam telefon.

"Iya.. cuti kahwin akukan ada lagi 4 hari"balas ku.

"Okay. Ni yang aku sayang sangat dekat kau ni. Okaylah pergilah teman lola. Bye!".

"Hey! Kau jangan mengada panggil ibu aku lola"kata ku memberi amaran sebelum aku mematikan talian.

"Ee.. geram pula aku dengan minah tak cukup inci ni. Saje je dia nak naikkan darah aku"omel ku memasukkan shampoo yang berada di tangan aku ke dalam bakul kecil.

"Eh! Tya?"tegur satu suara.

Aku menoleh. Terus wajah aku berkerut. Bebola mata aku gulingkan dengan penuh rasa benci melihat si empunya suara.

"You buat apa dekat sini?"tanya orang itu lagi.

"Kau tak nampak aku tengah cuci baju ke dekat sini" perli aku. Dah tahu kita ada dekat supermarket pergi tanya pula. Kan dah mendapat jawapan bodoh aku.

"Hahahaha.. kelakarlah you ni. Ada ke cuci baju dekat supermarket".

"Dah kau bodoh sangat pergi percaya kenapa? Eh! Kenapa eak? Kemana je aku pergi kau ada. Semak tahu tak". Aku mengatur langkah menjauhi orang itu. Malah, orang itu pula yang mengekori aku.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now