Ghazli berjalan keluar dari bangunan syarikatnya sambil memandang pada skrin telefonnya sehinggakan tidak menyedari akan orang yang lalu lalang di situ.
Buk!
Ghazli menyedari bahawa dia sudah terlanggar seseorang. Dia memandang orang yang dilanggarnya. Sepertinya dia seakan mengenali wajah orang itu. Akan tetapi dia tidak begitu ingat dimana.
"Sorry. Kau okay ke?"tanya Ghazli.
"Saya okay je. Eh?! Pakcik ni.. suami Tya kan?"tanya orang itu. Ghazli sekadar mengangguk.
"Saya Amirul. Ex-boyfriend Tya"kata orang itu memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.
Terus berubah wajah Ghazli mendengar kenyataan itu. Dengan lagaknya dia menyambut huluran tangan Amirul.
"Oh.. aku Ghazli. Kau yang hantarkan Tya balik waktu kereta dia rosak tempoh harikan?"soal Ghazli tegang.
"Ha.. ya"jawab Amirul sedikit cuak apabila melihat ketegangan wajah Ghazli yang seperti mahu memukulnya.
"Terima kasih"ringkas tutur kata Ghazli.
"Sama-sama. Saya tolong pun sebab waktu tu dah lewat. Bahaya kalau Tya sorang-sorang dekat situ"jelas Amirul takut menimbulkan andaian yang tidak benar dari Ghazli.
"Tak apa. Aku nak tanya kau satu soalan"diksi Ghazli. Amirul teripinga. Dia menelan liurnya kesat. Apa dia ada buat masalah ke?
"Kau ada perasaan lagi ke dekat isteri aku?"soal Ghazli.
Amirul termati diksi. Tipulah kalau dia cakap dia tiada sedikit pun perasaan cinta terhadap Tya. Disebabkan Tya kini sudah menjadi isteri Ghazli. Dia sudah mula menerima akan kenyataan itu. Bukan mudah untuknya menghilangkan rasa cinta dan sayang itu. Demi melihat orang yang dicintainya bahagia, dia sanggup melupakan cinta itu.
"Saya dah boleh move on dan terima hakikat yang Tya dah jadi isteri pakcik. Tya bukan jodoh saya"kata Amirul.
"Baguslah kalau macam tu"tuntas Ghazli.
"Erm.. saya minta diri dululah kalau macam tu". Pinta Amirul memecahkan ketegangan antara dia dan Ghazli.
"Okay. Maaf aku ambil masa kau dekat sini"tutur Ghazli raut wajahnya yang tegang mula mengendur.
"Tak apa. Saya doakan pakcik dan Tya bahagia sampai jannah. Tapi, saya nak bagi pesanan dekat pakcik. If you hurt Tya, i will make sure that i would take her back"pesan Amirul. Dan dia terus menapak pergi. Disebalik itu dia menarik senyum tipis.
Ghazli terdiam. Matanya hanya memandang Amirul berlalu pergi. Kata-kata berbaur ugutan itu mula menggugat dirinya. Dia tidak mahu Tya kembali pada Amirul.
"Aku takkan sakitkan Tya dan biarkan dia kembali pada kau"tutur Ghazli sendiri. Kakinya dihayun ke arah keretanya. Sepanjang perjalanan pulang, kata-kata Amirul itu tidak henti-henti bermain difikirannya. Adakah itu satu ugutan, atau peringatan.
▪️▪️▪️
Aku menuruni anak tangga sambil bernyanyi kecil. Langkah aku tiba-tiba terhenti apabila anak mata aku terkunci pada pintu sliding menuju ke halaman rumah terbuka. Kening aku terjungkit sebelah. Aku menyambung langkah aku sehingga ke anak tangga terakhir. Kelihatan figura Ghazli terpacak di situ sambil merenung jauh ke arah kolam ikan koi.
Kaki aku menapak ke arah Ghazli bagi menyapanya. Sejak dari dia pulang kerja petang tadi sehingga sekarang. Sikapnya sangat berbeza dari biasa. Aku menghampiri Ghazli.
"Abang"panggil ku sambil menyentuh belakang badannya. Ghazli tersedar dari lamunannya lantas memandang aku yang berdiri disampingnya.
"Sayang buat apa dekat sini?"tanya Ghazli.
"Tya nak pergi dapur tadi, lepas tu nampak abang berdiri termenung dekat sini. Tya tegurlah"jawab ku.
"Oo"itu sahaja jawapan yang keluar dari mulut Ghazli. Dia kembali memandang ke arah kolam ikan koi.
"Abang, abang ada masalah ke? Kalau ada ceritalah dekat Tya. Dari petang tadi Tya tengok abang lain sangat. Tak macam sebelum ni". Tanya ku memaut lengan Ghazli yang terselit didalam poket seluar.
"Tak ada apa. Just fikir pasal kerja je. Nothing happen. Don't worry okay"jawab Ghazli mengelus lembut pipi aku.
"Betul ke ni tak ada apa-apa?"soal ku lagi inginkan kepastian.
"Betul sayang..".
"Betul, betul, betul ni?"tanya ku lagi dengan sengehan.
"Iya.. ish. Nak jadi upin ipin ke? Duk betul, betul". Kesal Ghazli. Aku tersengeh menayang sebaris gigi. Sengaja aku mahu mengusik si tua ni.
"Dah lah duduk luar ni. Nanti abang sakit Tya juga yang susah. Jom masuk"ajak aku menarik lengan Ghazli. Dia sekadar menarik senyum dan mengangguk. Kakinya dihayun mengikut langkah aku.
Langit yang gelap semakin menampakkan kelibat awan. Mentari mula menyinari lautan awan. Rutin harian aku sebagai seorang isteri dan juga ibu yang bekerja pun bermula. Memori di Italy masih lagi segar dalam ingatan aku. Terasa rindu pula nak pergi ke sana sedangkan aku baru sahaja menjejakkan kaki aku di Malaysia semalam.
"Abah, dua hari lepas ayah Teh ada bagi kat undangan anak dia kahwin"tutur Eliza sambil mencicipi air tea o panas.
"Siapa kahwin?"tanya Ghazli.
"Aqilah yang kahwin"balas Eliza sambil menyambung suapannya.
"Alhamdulillah.. akhirnya sampai juga jodoh dia ya".kata Ghazli.
"Ha? Akhirnya? You mean sebelum ni Aqilah tu tak pernah bercinta ke?"tanya ku ingin tahu.
"Bukan tak pernah. Dia tu pelik sikit"teragak-agak Eliza mahu menutur.
"Pelik yang macam mana?"omongan Eliza membuatkan aku perasaan ingin tahu aku itu membuak-buak.
Aku melihat Eliza yang tercungap-cungap mahu mengungkap kata macam berat sangat mulut tu nak bercakap. Apa yang peliknya? Bagi aku normallah kalau perempuan tak pernah bercintakan.
"Aish! Susahlah aku nak cakap. Kejap. Kau tengoklah sendiri." Eliza mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mencari sesuatu. Setelah itu telefonnya di hulurkan ke arah aku. Kening aku berkerut.
Melihat sahaja telefon itu membuatkan aku hampir tersedak. Membulat mata aku melihat sekeping gambar yang terpapar di skrin telefon milik Eliza.
"Oh! My! God! Seriously?". Eliza mengangguk dan mengambil kembali telefon bimbitnya.
"Sayangnya.. muka cantik, tapi songsang"tutur ku masih lagi terkejut meihat gambar Aqilah yang rambutnya di potong pendek ala lelaki korea memeluk leher seorang gadis seperti pasangan kekasih.
"Itu dulu. Sekarang dia dah kembali ke pangkal jalan"tambah Ghazli.
"Iya, itu yang heboh satu kampung tu bila dengar Aqilah nak kahwin. Sujud syukur ayah Teh, bah"sampuk Eliza.
"Iyalah. Bapak mana tak gembira kalau tengok anaknya dah berubah"kata aku pula.
"Sudah, sudah. Tak usah nak bercerita pasal orang. Jom cepat. Dah lewat dah ni nak masuk office"cegah Ghazli sebelum meja makan itu bertukar menjadi tempat merewang.
Bersambung...
Aiyoo bab ni lah paling lama sis tulis. Boleh pula terkandas tengah jalan. Apa pun thank you sebab sabar menunggu update dari sis yang macam chipsmore ni. Enjoy reading.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...