Bab 25

7.3K 228 5
                                    

"Adrianna, tolong bawakan saya fail data export last month"pintu ku melalui intercom.

Hari ini hari yang sangat sibuk buat aku. Beginilah jika aku mengambil cuti beberapa hari. Pasti kerja aku akan bertimbun tak menang tangan.

Tok!tok!tok!

"Masuk"sahut ku.

Pintu pejabat ku dibuka dari luar. Adrianna masuk membawa sebuah fail di tangannya menghampiri meja aku.

"Ni fail export bulan lepas"tutur Adrianna menghulurkan fail itu kepada aku.

"Okay. Thanks. Oh! Before i forgot. Saya nak awak book my flight and hotel to italy"pesan ku.

"Baik Tya. Ada apa-apa lagi?".

"I think that all. Thank you for help". Aku menarik senyum tipis.

"No problem"Adrianna turut menghadiahkan senyum manis lantas menapak keluar dari pejabat aku kembali ke mejanya.

Sebaik sahaja Adrianna menghilang dari balik pintu, aku terus menghela nafas panjang sambil badan aku disandarkan pada kepala kerusi. Lelah aku lepaskan.

Aku mengerling telefon bimbit melihat akan waktu yang terpapar pada skrin telefon, terus aku tersentak. Pantas aku mengebas beg aku dan aku bergegas keluar. Sungguh aku lupa tentang makan tengah hari bersama Eliza hari ini. Kesibukan aku membuatkan aku tidak perduli akan persekitaran. Yang aku fikir hanya mahu siapkan kerja secepat mungkin.

▪️▪️▪️

"Tsk! Mana ni. Janji pukul berapa? Sekarang dah pukul berapa. Nanti nak kena masuk office lagi"rungutnya.

"Sabarlah.. nanti sampailah tu. Nama pun cuti lama memanglah busy bila dah start masuk office"pujuk abahnya.

Dia berpeluk tubuh kesal. Bukan dia tidak mahu memahami keadaan sekarang ni. Cuma dia sedikit terkilan apabila sudah berjanji tetapi tidak ditepati.

"Sorry lambat"ujar ku termengah-mengah.

"Kenapa lambat?"soalnya kepada ku.

"Sorry babe.. sibuk sangat tadi. Kerja dekat office tu bertimbun".

"It's okay Tya. Duduklah"kata abahnya.

Aku melabuhkan duduk diantara dia dan abahnya. Kami mula menyantap makanan yang sudah di pesan tadi.

"Eliz, aku nak bagitahu yang hujung minggu ni aku pergi Italy"kata ku.

"Hah? Sorang ke? Buat apa? Berapa lama? Alaa..."keluh Eliza

"Aku pergi sebab kerjalah. Tak lama pun seminggu je. Nanti aku bawa balik buah tangan untuk kau. Okay?".

Dengar sahaja pasal buah tangan terus senyum meleret Eliza. Tak jadi nak merajuk.

"Hehehe.. alang-alang kau nak pergi sanakan, belikan aku Dior"bodek Eliza tersengih macam kerang busuk.

"Amboi kau.. aku bagi betis kau nak peha".

"Alaa.. please.. handbag je. Nanti aku send gambar dekat kau okay."

"Yelah-yelah.. kau ni.. nak perabis duit akulah tu"kata ku. Lantas nasi aku sua ke mulut geram.

"Kau kan mak tiri aku. Apa salahnya. Oh ya! Kau pergi dengan siapa?"tanya Eliza lagi. Minah ni dari aku sampai sampailah sekarang tak habis-habis bertanya. Nasinya sikit pun tidak disentuh.

"Haih.. aku pergi sendi.."

"Pergi dengan abah"potong Ghazli. Drastik aku menoleh ke arahnya dengan kedua kening aku bertaut

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now