Bab 53

5.2K 135 8
                                    

Hari ini Ghazli akan meluangkan masa bersama aku dengan membawa ku berjalan-jalan di cameron highland. Oleh kerana aku sudah banyak kali pergi ke sana, tapi aku masih rasa teruja. Kali ini aku pergi dengan suami dan anak didalam perut aku.

Aku menapak keluar dari rumah beriringan dengan Eliza. Sebaris senyum pun tidak terlakar di bibir aku. Anak mata aku terkunci pada susuk seorang perempuan di samping Ghazli.

Ghazli yang melihat aku disitu terus menghampiri. Bag pakaian aku diangkatnya untuk dibawa masuk ke dalam bonet kereta.

"Mummy, jaga diri elok-elok tau. Jaga baby juga. Tidur tu jangan lupa pakai stokin. Nanti cramp lagi kaki tu"pesan Eliza kepada aku.

"Iye.. aku tahulah. Abahkan ada. Abah boleh jagakan aku"tuturku membahasakan Ghazli Abah kepada Eliza.

"Oi!"sahut perempuan itu.

Aku menoleh memandangnya dengan dahi yang berkerut. Oi dia panggil aku. Tak ada adab langsung. Dah rampas suami orang, berlagak pula dia.

"Kau nak apa?"soal ku cengih. Memang taklah aku nak berbaik dengan perempuan tu.

"Kau tolong jaga suami aku tu baik-baik. Kalau jadi apa-apa dengan suami aku, siap kau!"herdiknya memberi aku amaran.

"Eh nenek sihir! Suami kau tu, suami mummy juga. Pandai lah dia nak jaga suami dia. Kau tu yang menyibuk datang sini kenapa?"sampuk Eliza panas pula hatinya dengan perempuan tu.

"Eh! Kau budak kecil jangan masuk campur urusan orang tua".

Mendengar pergaduhan mulut antara perempuan itu dan Eliza membuatkan Ghazli pening. Nasiblah mereka tidak tinggal satu rumah. Kalau tak, huru-hara jadinya.

"Lah.. dah tua ke? Patutlah kulit berkereput macam nenek sihir"sindir Eliza. Terus berkerut wajah perempuan itu. Tangannya drastik memegang wajahnya dengan reaksi terkejut.

"Sayang.. tengok anak you tu. Dia cakap I ni nenek sihir"adunya. Aku dan Eliza tertawa kecil. Sebelah tangan di belakang menepuk antara satu sama lain.

"Liza, sudahlah tu. Sayang jom. Nanti lambat pula sampai sana"pergaduhan mulut itu diputuskan oleh Ghazli. Lantas dia mengajak memasuki perut kereta. Dapat aku lihat reaksi wajah perempuan itu apabila Ghazli hanya menjawab acuh tak acuh sahaja.

Masuk sahaja di dalam kereta, aku terus memasangkan tali pinggang keledar dan Ghazli menghidupkan enjin kereta. Sempat aku melambat Eliza sebelum kereta bergerak keluar dari perkarangan rumah.

Sebaik sahaja bayangan kereta mula hilang dari pandangan, Eliza terus menapak masuk dan membiarkan perempuan itu berada di luar.

"Hey! Kurang ajar punya anak tiri! You ingat you siapa?!"tempik Perempuan itu dari luar dengan hentakan kaki. Langkahnya di atur keluar dari pagar rumah dan terus pulang ke rumahnya. Eliza yang mengintai dibalik tirai terkekek tawa melihat nenek sihir pulang dengan berjalan kaki.

"Padan muka kau. Gatal sangat nak ikut abah datang sini. Ingat aku nak tolong hantarkan kau ke? Huh! Lamberttt.. lagi"Eliza bernyanyi riang naik ke biliknya.

▪️▪️▪️

Dalam perjalanan ke cameron, aku hanya mendiamkan diri dan memandang ke luar tingkap. Ghazli yang memandu sesekali menoleh ke arah aku. Wajahnya turut kelihatan mendung.

"Sayang, are you okay?"tanya Ghazli.

"I'm okay. Kenapa?"aku bertanya kembali.

"Tak adalah.. sayang dari tadi senyap je. Tak suka ke spend time dengan abang?".

"Suka je. Biasalah hati perempuankan. Bukan senang untuk pulih"kata ku sedikit memerli akan apa yang telah Ghazli lakukan. Ghazli terdiam sejenak.

"Okay. Nanti abang bawa sayang pergi satu tempat"kata Ghazli cuba memujuk hati aku kembali.

"Ke mana?"dahi ku berkerut memandang ke arahnya.

"Rahsia"jawab Ghazli kembali fokus pada pemanduannya. Bibir ku muncungkan cemberut. Aku paling tak suka kalau nak buat kejutan ni. Apa salahnya bagitahu je terus. Tak payah lah buat aku ternanti-nanti.

Ghazli melihat aku cemberut menarik senyum tipis. Sudah lama dia tidak melihat wajah cemberut isterinya itu.

Anak mata aku lurus memandang jalan raya. Disebabkan jalan raya yang bengkak-bengkok itu membuatkan aku sedikit loya dan pening. Aku memejamkan mata aku agar rasa loya dan pening itu cepat hilang dan akhirnya aku tertidur begitu sahaja.

Ghazli menoleh ke arah aku apabila aku tidak lagi bersuara. Melihat aku yang sudah terlena membuatkan dia melakar senyum tipis. Tangan kirinya di bawa ke atas tangan aku lalu digenggamnya.



Terasa seperti sudah lama aku melelapkan mata. Kelopak mata ku dibuka apabila kereta tidak lagi bergerak. Nampak kelihatan seperti aku berada di stesen minyak. Pandangan ku jengah keluar. Anak mata menangkap susuk Ghazli sedang membayar sesuatu di kaunter.

"Lama juga aku tidur. Kasihan pula dekat dia drive sorang-sorang"kata ku sendiri.

Ghazli kembali ke kereta sambil memegang satu plastik sederhana besar yang entah apa yang dibelinya. Pintu kereta bahagian pemandu dibukanya. Terus dia menyapa aku sambil menghulurkan plastik itu kepada aku.

"Sayang dah bangun? How was your sleep?"tanya Ghazli membolos masuk ke dalam kereta.

"Okay. Sakit kepala itu yang tertido sampai tak sedar tu"jawab ku bersahaja.

"Hah? Sakit kepala? Kenapa tak cakap? Nak abang belikan minyak angin?"soal Ghazli lagi sambil tangannya memicit-micit kepala aku.

"Abang. Tya okay"aku menghentikan kelakuannya.

"Sorry. Okay, jom abang bawa sayang pergi satu tempat"Ghazli memulakan pemanduannya semula ke tempat yang hendak ditujunya.

"Tak sampai lagi ke?"kening aku terjungkit sebelah. Tidak betah duduk didalam kereta terlalu lama.

"Almost"satu patah jawapan diberikan. Kereta bergerak keluar dari kawasan stesen minyak.

Ke manalah agaknya dia mahu bawa aku ni. Sekarang ni dalam kepala aku hanya mahu katil sahaja. Sudah sakit belakang aku tidur di dalam kereta.

Aku melihat isi plastik yang dibeli Ghazli tadi. Terdapat satu botol air minuman langsung aku sambar. Ditambah pula tekak aku ni sudah naik kering. Dapatlah aku basahkan tekak aku ni. Dahlah cuaca dekat luar sejuk.

Aku melihat persekitaran luar. Terdapat banyak gerai-gerai yang menjual cenderamata. Tertarik pula aku ingin membelinya. Nantilah sajalah soal itu. Masih ada banyak waktu untuk aku meneroka tanah rata ini.

Tidak lama kemudian, kereta berhenti di satu tempat. Aku melihat ke luar ada tulisan Agro Market terpapar jelas di luar pintu masuk.

"Jom sayang"ajak Ghazli terlebih dahulu keluar dari perut kereta.

Tali pinggang aku buka. Beg tangan aku sangkut di bahu dan aku melangkah keluar dari perut kereta. Sempat aku mengemaskan rambut aku yang sudah makin panjang itu agar kelihatan kemas. Tak adalah nampak macam orang baru bangun tidur.

"Jom sayang. Kita masuk. I hope you like this place"Ghazli menyambut tangan aku lalu di genggamnya erat. Kaki aku menapak mengekori Ghazli dari belakang.

'Tempat apa macam ni?'bisik hati aku.




Bersambung...

Padan muka si Daria tu. Nampakkan Ghazli cuba untuk mengambil hati Tya. Semoga Ghazli kekalkan perasaan seperti itu pada Tya. Hopefully.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now