"Thanks tau Hani teman aku"ucap ku kepada Hani.
"No problem. Kitakan bestfriend. Kenalah saling tolong menolong. Lagipun aku tak ada buat apa-apa pun hari ni"jawab Hani.
Aku menarik senyum tawar lalu mengalihkan pandangan aku ke hadapan. Hani yang melihat sedikit hairan. Dahinya berkerut melihat tingkah aku yang tidak seperti selalu.
"Tya, kau okay tak ni? Kau macam ada masalah je? Ceritalah dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong".
"Aku.. memang tengah ada masalah pun sekarang ni. Tapi, aku seganlah nak cerita dekat kau" tutur ku.
"Hey, nak segan apanya. Aku ni kawan dengan kau dah lama tau. Baik buruk kau semua aku tahu. Ceritalah.. apa masalah kau sekarang ni"pujuk Hani. Dia tidak begitu gemar melihat sahabatnya dibadai dengan masalah. Walau sebesar mana pun masalah itu, kawan-kawannya perlu luahkan walaupun belum menemui jalan penyelesaiannya. Kata Hani, meluah adalah satu cara yang boleh mengurangkan tekanan kita dalam menghadapi sesuatu masalah.
"Okay-okay. Kita pergi minum dulu, nanti aku cerita"ujar ku.
"Okay.. cerita tau. Aku tak suka tengok kau stress. Hodoh muka kau nanti. Muka dahlah tak berapa cantik. Nanti bertambah buruk pula jadinya. Jom-jom"ajak Hani menarik tangan aku.
"Amboi kau.. mulut.."sahut ku mengikuti langkah Hani yang hanya tertawa kecil dengan jenakanya tadi.
Aku dan Hani duduk di salah sebuah meja yang ada didalam kedai makan disitu. Yang minuman yang aku pesan tadi aku sedut menggunakan straw. Seraya sorotan mata ku hala ke arah Hani di hadapan aku yang seperti sedang menunggu aku untuk memulakan sesi luahan masalah.
"Okay. Dua hari lepas kereta aku rosak tepi jalan, and then aku call lah suami aku. But he didn't answer it.."aku memulakan muqadimah aku.
"Then?".
"Aku panic at that time. Dengan gelapnya, tak ada orang yang lalu lalang at that time. Then, kebetulan Amirul lalu dekat situ. And he offer lah nak tolongkan"sambung aku lagi. Hani dihadapan aku mendengar dengan tekun setiap bait-bait kata yang keluar dari mulut aku.
"Lepas tu aku takkan nak tolak pertolongan dia. So aku bagilah dia tengok kereta aku dan kereta aku kena masuk workshop. Dia offer nak tolong hantar aku balik. Aku tak ada pilihan lain masa tu. Phone aku pula habis bateri. Taxi pula mana ada malam-malam macam tu. Aku terima jelah. Sampai je rumah terus aku dipersalahkan sebab naik satu kereta dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami aku"terang aku panjang lebar.
"Okay.. so, kau dengan suami kau macam mana?"tanya Hani.
"Dia anginlah dengan aku. But, yang aku fikirkan sangat sekarang ni. Dia tu tak suka aku, tak ada perasaan sayang pun dekat aku. Kenapa dia nak mengamuk bagai nak salahkan aku dalam hal ni. Kau faham tak?".
"Okay, okay. Aku rasa aku dah tahu kenapa. I think lah kan. Suami kau ni dah fall in love dengan kau. Oleh kerana ego dia ni, yang buat dia tak mengaku yang dia dah mula sayang kau"Hani membuat kesimpulan. Dahi aku berkerut kurang faham.
"Hah?!".
"Psk! Haih kau ni.. asal slow sangat ha? Dia cintakan kau lah ngek"kata Hani mengeluh dengan kelembabpan aku.
"What!!... kalau dia cintakan aku, asal dia layan aku macam nak tak nak je".
"Like what i said lah.. Ego. Listen, lelaki pun ada ego dia tau. Tapi, ego dia tu tak adalah tinggi macam ego perempuan. Aku nak tanya kau and aku nak kau jawab dengan jujur dan tulus lagi meluluskan"pinta Hani.
"Apa dia? Aku akan cuba jawab dengan tulus lagi meluluskan tu"jawab aku melayan kesengalan Hani.
"Kau cintakan dia tak?". Mendengar soalan itu terus aku terdiam. Aku masih tiada jawapan untuk itu.
"Asal diam?"tanya Hani lagi.
"Aku.. aku sebenarnya keliru dengan diri aku ni. Kadang-kadang, bila dia layan aku baik, aku rasa macam jantung aku ni tiba-tiba berdebar. Lepas tu bila aku tenung mata dia, aku rasa macam sesak nafas"luah ku.
"Herm.. sah".
"Sah apa?"tanya ku masih keliru. Perempuan ni tak boleh ke cakap straight to the point je. Peninglah aku.
"Memang sah kau dah mula cintakan dia".
"Ih! Mengarut aih!"nafi ku.
"Mengarut apanya. Duhai cik puan Etyani Meerlina, cinta ni kalau dia nak datang, tak adanya dia nak whatsapp dulu cakap 'awak sedia tau, saya nak datang ni' tak ada maknanya. Kalau dia nak datang, dia datang je"tepis Hani.
Aku hanya diam. Betul ke aku dah mula cintakan pakcik tu. Mustahillah. Tapi, kalau betul dia tak suka aku. Kenapa dia tak lepaskan je aku daripada terus berlakon depan ibu dan papa.
▪️▪️▪️
Kereta milik Hani berhenti dihadapan kediaman milik Ghazli. Aku mengintai keadaan rumah. Kelihatan kereta milik Ghazli diparkin elok didalam pagar.
"Thank babe teman aku hari ni. And thanks sebab sudi dengar masalah aku"ujar ku.
"Alah.. masalah kau tu kecil jelah. Cuma masalah hati. So, bila nak confess dekat pakcik hot kau tu"Hani tersengih mengangkat kedua keningnya.
"Tak ada maknanya confess-confess ni. Dah lah aku masuk dulu. Bye! Drive elok-elok"langsung aku keluar dari perut kereta. Kalau lama lagi aku dalam kereta tu makin banyak pula si perempuan ni melalut.
Hani memandu pulang sebaik sahaja aku selesai mengambil semua barang belanja aku. Sempat aku melambai ke arah Hani sebelum dia memecut pulang.
Aku menapak memasuki rumah. Kelihatan ruangan rumah yang masih diterangi lampu menandakan bahawa Eliza dan Ghazli masih terjaga.
Daun pintu aku tutup perlahan. Kaki aku melangkah ke arah tangga untuk naik ke bilik. Kaki aku terhenti pada anak tangga pertama apabila seseorang menegur aku dari arah ruang tamu.
"Lewat balik. Tak ingat ke diri tu dah jadi isteri orang".
Kepala ku toleh ke arah empunya suara. Dia ni memang tak tenang hidup dia agaknya kalau tak sakitkan hati aku.
"What is your problem Mr. Ghazli Alamshah"bicara ku dalam nada suara masih boleh dikawal.
"I'm just asking. Please. Aku tak nak gaduh dengan kau"kata Ghazli menanggalkan cermin matanya lalu memandang ke arah aku.
"Okay.. fine. Tya pun malas tahu tak nak dengar tomahan dari mulut pakcik ni, yang suka sakitkan hati Tya"jawab ku. Kaki ku atur kembali menaiki anak tangga.
"Tya! Can you respect me as your husband"kali ini Ghazli sudah berdiri.
"Respect? Oh.. hahahahahahaha. Nak respect apa? Eh! Sudahlah! Tya penat tahu tak dengan lakonan pakcik ni yang sekejap okay. Sekejap tak okay. Sekejap baik, sekejap jahat. Penat! Why not you just let me go. And you can life happily ever after". Tanpa menunggu balasan Ghazli, aku terus menapak laju naik ke bilik. Sungguh aku penat dengan lakonannya sepanjang perkahwinan ini terbina.
Bersambung....
Alamak?! Diorang nak bercerai ke? Apa yang tak kena dengan mereka ni? Adakah angkara orang ketiga? Stay tune.
Guys, sis rasa cerita ni macam tak banyak bab je. Rasa macam terlalu awal untuk di endingkan. Patut ke sis pendekkan cerita ni. Atau panjangkan cerita ni. Nak tambah watak antagonis ke? Komen tau bagi pendapat korang. Sis akan baca semua komen.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...