Aku duduk termenung di anjung rumah opah. Melihat penduduk kampung yang sibuk ke sana ke mari bagi menjalankan aktiviti harian mereka. Telefon di tangan aku tatap hiba. Sudah dua hari aku di rumah opah dan dua hari itu juga aku matikan telefon bimbit aku. Pandangan aku lempar kembali ke arah jalan.
"Tya! Buat pa duk dekat situ tu.. meh duduk dekat opah ni"panggil opah yang duduk di atas pangkin bawah pokok di halaman rumah.
Aku dengan rasa berat hatinya bangun dari duduk dan menapak menuruni tangga rumah ke arah opah. Punggung aku labuhkan. Melihat opah sedang meraut pelepah kelapa menjungkitkan kedua kening aku.
"Buat apa ni opah?" Tanya ku.
"Ni opah duk raut daun nyioq nak buat penyapu lidi"jelas opah.
"Awat tak beli dekat kedai ja".
"Opah biasa dah buat sendiri. Lagi satu kalau buat sendiri jimat sikit. Dekat kedai nuh mahai"kata opah. Aku mengangguk faham. Sambil aku ralit melihat opah meraut daun kelapa, sebuah motorsikal berhenti dihalaman rumah opah.
Suara sahutan salam si penunggang menarik perhatian aku. Lantas aku menoleh. Sepertinya aku pernah melihat wajah itu tetapi dimana ya? Bila aku amati betul-betul wajah penunggang yang datang menghampiri itu, baru aku mengenalinya.
"Weh! Bendul!"tegur aku bingkas mendekatinya.
"Eh! Kak Tya"sahutnya apabila aku mula menegurnya.
"Bila sampai? Tak habaq pun balik sini"tuturnya.
"Dua hari dah.. buat apa aku nak habaq dekat hang".
"Kenalah habaq. Kata bestpren"jawabnya.
"Baziaq ayaq liuq aku ja habaq dekat hang. Hang kan bendui bukan ingat pun apa aku kata"usik ku menarik senyum.
"Ish! Opah, tengok dia ni duk kata Idris bendui"adunya menghampiri opah.
"Ish! Hang ni pun.. macam hang tak kenai Kak Tya hang tu. Meh duduk sini". Bela opah. Idris melabuhkan duduk di penjuru kanan opah. Manakala aku melabuhkan punggung di penjuru kiri opah di atas pangkin.
"Hang tak kerja ka hari ni?"tanya opah kepada Idris.
"Idris cuti hari ni. Tu yang mummy suruh Idris hantaq pengat pisang ni dekat opah". Ujar Idris menghulurkan bekas berisi pengat pisang kepada opah.
"Uish! Pengat pisang Mummy Ijah memang terbaiklah". Sogok ku mengangkat ibu jari.
"Hang dah buang tebiat ka apa? Sejak bila hang makan pengat?"soal opah pelik.
"Hah?! Erm... ni.. hang kerja apa bendul. Uish! Dah besaq hang sekarang noh. Last aku jumpa hang, hang berlemuih lagi. La ni dah segak dah"puji ku melambung.
"Kerja biasa ja kak Tya. Aku bukannya bijak sangat pun. Boleh lah buat aku tambah duit belanja"jawab Idris merendah diri.
Ralit aku berborak, opah memandang aku dengan penuh tanda tanya dan hairan. Bukan dia tak kenal dengan cucunya itu. Setiap kali dia memasak pengat, aku orang pertama yang akan angkat bendera putih.
▪️▪️▪️
Opah meletakkan dulang air diatas meja. Dia melihat aku melahap pengat pisang dengan sungguh berselera. Entah mengapa otaknya mahu mengajukan sesuatu kepada aku.
"Tya, hang mengandung ka?"tanya opah.
Puffst!
Tersembur pengat pisang yang aku makan mendengar soalan yang keluar dari mulut opah. Idris yang duduk disebelah aku pantas menghulurkan air kepada aku. Aku meneguk air dengan begitu rakus macam dah tercekik pisang di tekak aku.
"Awat opah tanya lagu tu. Nasib tak tercekik"kata ku mengurut dada yang masih lagi terasa sukar untuk berhafas.
"Dak.. opah tanya ja. Sebab opah pelik bila hang kata hang suka pengat"ujar opah.
"Tak tau lah opah. Tya tak check pun. Malaih"jawab ku selamba.
"Opah, kak Tya mesti ada masalah kan. Kalau tak, takkan dia tiba-tiba balik"kata Idris.
Pak! Laju tangan aku memukul kepala Idris.
"Amboi hang.. hang ingat aku ni buat rumah opah ni tempat untuk tenangkan diri ka?"omel ku. Kecil besar, kecil besar je aku tengok budak ni.
"Memang pun"sokong opah. Meletus tawa Idris mendengar sokongan dari opah. Aku memeluk tubuh kesal wajah ku tak usah di kata memang cemberut habis.
Aku menghempas punggung aku di atas kerusi kayu di anjung rumah. Beg plastik ubat aku letakkan diatas meja kopi. Sungguh aku tidak menyangka akan apa yang sudah terjadi pada diri aku.
Opah memaksa aku untuk ke klinik bagi memeriksa adakah aku ini betul-betul mengandung atau pun tidak dan Idris, memang aku heret sekali ikut pergi klinik. Akan tetapi, situasi yang tidak aku harapkan terjadi.
Apa yang perlu aku lakukan? Didalam perut ku kini sudah muncul satu malaikat kecil hasil benih dari seorang lelaki yang aku tidak mahu bertemu dengannya lagi, Ghazli Alamshah.
Apabila aku mengatakan bahawa aku mahu menggugurkan sahaja kandungan aku, opah mula melenting. Bertubi-tubi tomahan amarah opah dihambur kepada aku. Sakit hati? Tidak. Memang patut opah marah dengan lontaran ku.
Aku memegang perut aku yang masih kempis berusia 8 minggu itu. Keluhan berat aku hela. Aku memandang opah yang sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya.
"Opah nak habaq yang hampa semua jangan risaulah. Tya ada dengan opah"tutur opah.
"......"
"Buat masa sekarang ni, biaq lah Tya duduk dengan opah dulu. Tambah-tambah lagi dia tengah mengandung sekarang ni. Opah tak mau dia banyak pikiaq. Takut beri kesan dekat anak dalam perut nanti". Jelas opah.
"Hello, hello? Haih. Putuih"kata opah. Dia menoleh ke arah aku yang masih diam termenung.
"Hang pikiaq elok-elok apa yang aku kata tadi. Sekarang ni aku nak hang pi masuk, ambil ayaq sembahyang, pi sembahyang"tegas opah. Aku mengangguk lantas mengangkat punggung aku masuk ke dalam rumah.
Usai solat, aku pergi mendapatkan opah yang duduk melipat kain di atas pangkin. Punggung aku labuhkan duduk berhadapan dengan opah. Melihat wajah opah yang tegang membuatkan aku sedikit seram mahu berkata.
"Opah, Tya nak minta maaf pasai tadi. Tya tahu tak elok cakap lagu tu. Tya janji dengan opah, Tya akan jaga anak Tya sampai keluaq"kata ku cuba memujuk opah.
Tangan opah berhenti dari melipat baju. Anak matanya memandang wajah aku. Helaan nafas berat kedengaran. Sebaris senyum terpapar diwajah opah.
"Iyalah. Opah tak suka sebenaqnya marah cucu kesayangan opah ni. Tapi kadang-kadang rasa nak penampaq pun ada. Meh sini"kata opah. Aku mendekati opah lalu tubuh kecil aku berada dalam pelukan opah.
"Hehehehe... sa...yang opah"kata ku memeluk opah erat.
Bersambung...
Eh?! Siapa Idris? Ha? Tya dah mengandung? Wah... tapi, opah bercakap dengan siapa tadi? Dengan Ghazli kah? Adakah khabar gembira ini mampu menjernihkan kembali hubungan antara Tya dan Ghazli serta Eliza? Stay tune.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...