Bab 64

8K 160 15
                                    

Tangan aku teragak-agak mahu mengetuk pintu bilik. Kepala aku toleh ke arah Eliza yang menggendong Huraiyah Eryna di atas tangga. Tangannya mengisyaratkan agar aku masuk ke dalam bilik dan terus dia melangkah menuruni anak tangga.

Aku menarik nafas panjang lalu aku hembus. Dengan bacaan bismillah, tangan aku naik mengetuk pintu. Belum sempat tangan aku menyentuh pintu, pintu sudah terbuka dari dalam. Terpancullah Ghazli yang baru selesai mandi dihadapan pintu. Aku menelan liur terkejut.

"Kenapa tak masuk je?"soal Ghazli mengerutkan dahinya.

"Aku tak nak tegur kau bila kau tengah marah"jawab ku bersahaja.

"Buat apa abang nak marah?"soal Ghazli menjungkit sebelah keningnya.

"Ya lah.. kau kan dah ceraikan isteri kesayangan kau tu"perli ku. Mata aku meliar memandang ke arah lain.

"Kesayangan abang hanya sayang sahaja"kata Ghazli mencuit hidung aku. Aku pantas menepis. Kepala ku toleh ke kiri dan kanan takut-takut kalau ada orang yang melihat.

"Orang nampak lah!"marah ku menjegilkan biji mata aku.

"Kalau takut orang nampak... masuk je lah". Drastik Ghazli menarik tangan aku masuk ke dalam bilik lantas pintu bilik di tutup dan tubuh aku terkunci pada daun pintu.

Aku terkedu dengan tindakan Ghazli mengunci aku di pintu. Sebelah tangannya di tekap pada pintu di sisi kepala aku. Tubuh aku menjadi kaku. Naik kecut aku dibuatnya. Ghazli tersenyum melihat aku menahan nafas apabila dikunci sebegitu.

"Sampai bila nak tahan nafas tu?"usik Ghazli menjungkit senyum senget.

"Bila masa aku tahan nafas"nafi aku mengatur nafas semula.

"Ye ke.."Ghazli menekapkan tangannya lagi satu pada sisi satu lagi. Dan kini aku terkunci di antaranya. Ghazli merendahkan badannya dan mendekatkan wajahnya dengan wajah aku.

"Kau nak apa ni?"tanya ku menjauhkan wajah aku dengan Ghazli.

"Abang nak Sayang terima abang balik"pohon Ghazli dengan wajah merayu mendung.

"Aku tak boleh nak terima kaulah"jawab Ku menolak dada bidang Ghazli menjauhi aku sedikit pun jarak antara aku dan Ghazli tidak terjejas.

"Kalau tak nak terima, kita duduk macam nilah sampai pagi. Ke nak abang dekat lagi"usik Ghazli merapatkan dirinya dengan aku.

"Ee... okay-okay. Aku terima. Dah jangan dekat"jawab ku terpaksa sambil menolak tubuh Ghazli menjauhi aku. Ghazli menarik senyum senget dan menjauhkan jaraknya dengan aku. Aku merengus kesal.

"Thank you sayang"ucap Ghazli dengan kedua tangannya di silang memeluk tubuhnya yang terdedah.

"Ee.. penumbuk nak?"penumbuk aku hala ke hadapan mukanya.

"Abang tak nak penumbuk, abang nak sayang"usiknya lagi. Wajahnya di dekatkan dengan aku dan bibirnya sengaja di muncungkan.

"Ee..! Pantang! Pantang!"tegas ku menolak wajahnya dan terus menapak keluar dari bilik. Ghazli tertawa sendiri melihat aku tergopoh-gapah melarikan diri darinya.

▪️▪️▪️

Hari berlalu begitu pantas. Baki hari aku berpantang hanya tinggal satu hari sahaja lagi. Aku dan Ghazli masih dalam proses untuk berbaik. Daria pula dikhabarkan sudah kembali ke yang maha pencipta akibat kemalangan jalan raya sehari selepas majlis aqiqah Huraiyah Eryna. Mak ngah dan pak ngah redha menerima pemergian anak tunggalnya dengan hati terbuka.

Sahutan salam dari luar menyedarkan lamunan aku yang sedang mendodoi Huraiyah di atas tilamnya.

"Anak abah.."sahut Ghazli masuk ke dalam rumah terus menerpa ke arah Huraiyah.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now