Bab 8

6.8K 219 6
                                    

Aku membuka mata aku perlahan-lahan. Haih.. macam mana aku boleh tertidur dekat sini pula. Aku melihat ke sisi terlihat Eliza sedang nyenyak tidur. Aku bangun dari baring sambil memegang kepala. Pening sebab tiba-tiba terjaga tengah malam. Jam di dinding aku pandang.

"Dah 12 setengah malam? Pakcik ni tak balik lagi ke?"tutur ku sendiri.

Kletak!

Tiba-tiba aku terdengar bunyi kunci pintu rumah dibuka. Sontak aku menoleh. Membulat mata aku takut. Tangan aku terus menggoncangkan tubuh Eliza.

"Eliz, bangun. Eliz.. bangunlah!"gigi ku ketap agar tidak bersuara terlalu kuat.

"Apa Tya.. aku ngantuklah.."kata Eliza masih lagi mengantuk.

"Bangun weh! Ada orang buka kunci pintu rumah"aku menggoncang Eliza dengan lebih kuat. Mengejut Eliza bangun.

"Hah! Ada orang buka kunci rumah?". Aku mengangguk laju.

Pantas aku dan Eliza mencapai batang penyapu dan apa-apa yang boleh dijadikan senjata. Perlahan-lahan kami menapak ke arah pintu. Badan di sandarkan ke dinding menunggu penceroboh itu untuk masuk.

Kedengaran bunyi pintu dikuak dari luar. Jantung aku berdegup laju. Selaju larian Usain Bolt. Daun pintu ditutup kembali. Serentak lampu ruang tamu dipasang, aku dan Eliza mula menyerang.

"Yargh!!!"teriak aku dan Eliza.

"Argh!"penceroboh itu turut terjerit. Terhenti gerakan aku dan Eliza apabila melihat penceroboh itu.

"Abah?"

"Pak cik?"

serentak aku dan Eliza berkata nasib baik tak sempat kena pukul. Kalau tak dah ICU dah orang tua tu.

"Hish! Nasib tak sakit jantunglah aku ni. Kau orang berdua ni main apa sampai nak pukul orang bagai ni. Tengok, dengan batang penyapu dan mopnya"omel Ghazli. Nafasnya naik turut akibat terkejut dengan sergahan aku dan Eliza tadi.

"Sorry abah.. tadi kita orang ingat perompak tadi nak masuk rumah"jelas Eliza.

"Entah! Dengan masuk tak bagi salamnya. Nasib baik tak kena libas dengan batang penyapu. Kalau tak kesian batang penyapu ni"seloroh aku menggosok batang penyapu di tangan aku.

"Haish.. budak-budak ni"Ghazli menggeleng kepala. Begnya yang tadi terjatuh diambil kembali. Terus dia menapak ke arah tangga.

Aku dan Eliza hanya memandang Ghazli pergi. Terus terkekek aku dan Eliza ketawa.

"Okaylah. Aku balik dulu. Bapak kau dah balikkan"aku mengambil telefon dan beg tangan aku.

"Tya, dah lewatlah. Bahaya kau drive malam-malam macam ni"kata Eliza.

"Alah.. bukan jauh pun. Rumah aku pun dalam taman ni juga". Aku mengatur langkah ke arah pintu.

"Tahulah.. tapi tetap bahayalah. Tidur sini jelah"pujuk Eliza lagi.

"Eliz, i'm okay. Jangan risau. Aku dah biasa drive malam-malam. Okay. Aku balik dulu".

Baru sahaja tangan aku memulas tombol pintu rumah, satu suara menyapa nama aku dari lantai atas.

"Tidur je sini malam ni. Nanti aku bagitahu Khalid"sahut Ghazli dari atas.

Eliza menarik senyum. Kedua keningnya diangkat. Aku mengeluh pasrah. Tengok! Tak pasal-pasal aku kena tidur sini malam ni. Aduh..

Aku dan Eliza mengemas ruang tamu dan terus naik ke bilik Eliza. Sempat aku berselisih dengan Ghazli sewaktu aku menaiki tangga manakala dia menuruni tangga. Aku menjelingnya tajam. Laju kaki ku hayun ke bilik Eliza.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now