Bab 44

5.7K 171 3
                                    

"You, I ada something nak bagitahu you"tuturnya sedikit teragak-agak.

"Apa dia?"tanya teman lelakinya sambil menyua potongan daging ke mulut.

"I think.. I'm pregnant"ujarnya.

Terkejut mendengar ungkapan itu, terus terlepas garfu dan pisau ditangan teman lelakinya.

"No way. Apa yang you merepek ni?".

"I tak merepak you. Period I dah lewat sebulan"tegasnya.

"No, no, no. You, I tak ready lagi tau. Pleaselah jangan prank I macam ni"teman lelakinya tetap menidakkan akan itu.

"You ingat I ni ada masa ke nak prank-prank you ni. Please you. Kita kahwin. I tak nak mummy dengan bapak I tahu"rayunya menggenggam tangan teman lelakinya.

"No! I'm still young. Kalau you nak kahwin, you pergi kahwin dengan orang lain. Not me. Kalau susah sangat, you gugurkan je kandungan you. I tak nak bertanggungjawab"tuntas teman lelakinya.

"Apa you cakap ni? You dah buat I jadi macam ni, lepas tu you nak lepas tangan macam tu je?"marahnya kesal mendengar jawapan dari mulut teman lelakinya itu.

"Eh! You yang minta. I bagilah. Salah you juga. Siapa suruh tak makan ubat"selamba sahaja nada suara teman lelakinya itu membuatkan dirinya bertambah marah.

"You such a jerk! Jantan tak guna!"katanya sambil berdiri dan menyimbah air ke wajah teman lelakinya sekali gus menjadi tontonan pelanggan di kedai itu

"I bagi everything dekat you! Sebab I sayangkan you. And now! Macam ni you buat dekat I! You memang jantan tak gunalah!!"amuknya lantas merentap beg tangannya dan terus berlalu pergi meninggalkan teman lelakinya yang kebasahan dengan air lemonade madu ditambah pula ditonton oleh semua orang.

Pintu kereta dihempas kuat. Kerusi bahagian pemandu dihenyak dan enjin kereta dihidup. Stereng kereta dihentak berkali-kali melepas geram diiring dengan suara teriakkan.

"Tak guna punya jantan!!"teriaknya seperti orang kurang kewarasan.

"Apa aku nak buat sekarang ni? Mummy dengan bapak tak boleh tahu pasal ni. Tapi, macam mana?"dia termenung seketika memikirkan cara agar perkhabaran tentang dia telah dihamili oleh lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab itu tidak sampai ke telinga mummy dan bapaknya.

Tidak lama kemudian, sel-sel otaknya berhubung. Dia terfikir akan sesuatu yang mungkin dapat menyelamatkan dirinya. Dengan perasaan sedikit lega, dia terus memandu pulang ke rumah sewanya.

▪️▪️▪️

Tuala kecil aku celup ke dalam bekas yang berisi air rendaman beras dan lemon lalu aku perah sehingga kering. Tuala kecil aku lipat lalu ku letakkan di atas dahi Eliza yang sedang lena.

Sudah dua hari Eliza terkena demam. Entah macam mana terdetik pula hati aku untuk rawat dia. Disebabkan Ghazli dan Atok ke pekan, jadi aku lah yang perlu menjaga Eliza.

Tidak lama selepas itu, aku mengambil kembali tuala kecil di atas dahi Eliza dan aku celup kembali ke dalam bekas. Ketika itu, Eliza tersedar dari tidurnya. Dia menoleh lemah memandang aku yang duduk disebelah katilnya.

"Aku minta maaf Tya"tutur Eliza lemah.

"Kau rehat je lah. Tak payah banyak bercakap. Panas juga demam kau ni"tutur ku mengalih perbicaraan.

"Tya, aku tak minta banyak pun. Aku nak kau jadi mak aku. Itu je. Aku perlukan kasih sayang seorang mak"kata Eliza lagi.

Tuala kecil aku letakkan di atas kepala Eliza. Bibir ku kunci rapat. Berat hati aku untuk memaafkan. Pada masa yang sama, aku juga simpati dengan Eliza. Tak perlu untuk aku menghukumnya sebegini. Cukup hanya sekadar memberinya mengajaran.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now