Selangkah kaki aku menginjak lantai bangunan Khalid Treading sdn. Bhd. , semua mata tertumpu ke arah aku. Ya lah.. siapa je yang tak terpandang bila kau menghilang beberapa bulan, lepas tu muncul secara tiba-tiba.
"Good morning puan Tya"ujar beberapa orang pekerja disitu. Aku melemparkan senyum dengan menjawab ucapan pagi dari mereka.
Badan aku bolos masuk ke dalam lif. Butang tutup aku tekan. Akan tetapi, satu tangan menghadang pintu lif dari tertutup. Tersentak aku seketika. Apabila empunya tangan memasuki lif, aku sekadar menarik sebaris senyum.
'Siapa mamat ni? Tak pernah nampak pun sebelum ni'bisik hati ku.
Lama situasi menjadi sunyi sepi, lelaki itu membuka bicaranya memecah kesunyian didalam lif itu.
"Awak baru ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni?"soal lelaki itu.
Kening aku sedikit terjungkit. Aku menoleh ke arah lelaki itu dengan senyum tipis serta anggukkan. Memang sah lelaki ni budak baru.
"Saya Hakim bekerja di department architecture"ujarnya memperkenalkan diri sambil menghulur tangan untuk berjabat tangan dengan ku.
Aku tidak menyambut sekadar membongkokkan sedikit badan aku.
"Tya, business director"jawab ku ringkas.
Seraya itu, lif berhenti di tingkat 8. Boleh tahan lama juga pintu lif terbuka menunggu mamat tu untuk keluar tetapi tidak keluar juga.
"Tak nak turun ke?"tanya ku.
"Oh! Ya. Sorry. Jumpa lagi cik Tya"ujar lelaki itu melangkah keluar dari lif dengan senyum mesra di lemparkan. Lantas aku menutup pintu lif dan lif bergerak ke tingkat atas.
Kaki aku menapak ke arah meja Raudah sebelum aku ke pejabat aku. Khusyuk betul aku melihatnya sedang melakukan kerja sehingga tidak perasan akan kehadiran aku di situ. Mejanya aku ketuk.
"Ya, ada ap-"tuturnya terjeda apabila melihat keberadaan aku dihadapannya. Sontak dia berdiri dan mendapatkan aku. Tubuh kecil aku di peluknya erat.
"Tya! Rindunya saya dekat awak.. awak pergi mana?"soal Raudah sebaik meleraikan pelukan.
"Take some rest. But, saya ada satu berita gembira nak bagitahu awak". Tutur ku.
"Apa dia?"tanya nya teruja.
"I'm pregnant". Melopong matanya mendengar khabar gembira itu dari aku.
"Congrats. Tak lama lagi saya akan jadi aunty lah".
"Yes. Of course. Nanti bila saya dah bersalin jangan lupa datang lawat tau"kata ku.
"Sudah semestinya. Saya akan jadi the best aunty ever"ujarnya. Tergelak sakan aku dengan celoteh Raudah. Dan kami meneruskan perbualan kami di pantry sambil mencicipi kuih muih yang sudah disediakan oleh pekerja di pejabat itu.
Maklumlah perempuan, bila lama tidak bertemu sudah pasti banyak perkara yang mahu diceritakan.
▪️▪️▪️
"Macam mana produk yang dalam RnD tu? Boleh proceed atau need any improvement?"soal encik Khalid.
"Still ongoing but base on the user, we need to improve a little bit supaya barang yang kita produce tahan lama"jawab Ghazli.
"Malieq, how about the wholesaller?"soal Encik khalid kepada Malieq.
"Tak berapa memuaskan pa. Ada beberapa wholesaller yang complain about defect product that they need to sale it cheaper then the original price"ulas Malieq.
"Take note for that. I want to disscuss about this later with other director and staff. Sebab, lately ni banyak sangat product yang defect. Ini boleh merugikan syarikat kita. I need to take action on this"ujar Encik Khalid.
Bunyi ketukan pintu dari luar menarik perhatian mereka. Pintu di kuak setelah mendengar kebenaran masuk dari encik Khalid. Terpancullah figura aku disebalik pintu. Tersentak juga aku apabila melihat Ghazli ada disitu.
"Sorry for interupt. I come in later"ujar ku lantas mengundurkan diri.
"Wait Adik"sahut encik Khalid. Langkah ku terhenti serta merta. Aku sebenarnya malas untuk bertentang mata dengan Ghazli. Aku tidak mahu hati aku terguris.
"Adik duduk dekat sofa dulu. Papa nak habiskan discussion"ujar encik Khalid. Aku sekadar mengangguk faham. Kaki ku hayun ke arah sofa dan punggung aku labuhkan.
Telinga aku mendengar segala perbincangan mereka. Boleh tahan lama juga mereka berbincang soal pekerjaan. Naik bosan juga aku menunggu.
Tidak lama selepas itu, perbincangan mereka pun selesai. Malieq melangkah keluar dari pejabat papa sempat dia melambai ke arah aku.
"Adik, sorry buat adik tunggu lama"ujar encik Khalid.
"Tak apa pa, work come first"jawab ku. Mendongak ke arah papa.
Papa melabuhkan duduk bertentangan dengan aku. Kemudian, seorang lelaki duduk di kerusi bersebelahan dengan kerusi aku. Sudah ku duga siapa orangnya.
"So, papa nak adik jelaskan segalanya dekat papa what happen between you and Ghazli. Kenapa boleh jadi macam ni?"soal papa.
"Pa, this is office. Boleb tak benda macam ni discuss dekat rumah je"ujar ku.
"No. Bila dekat rumah, papa tanya adik. Adik selalu nak mengelak. Bila masa yang sesuai untuk papa tanya adik kalau bukan sekarang. Adik, adik bukan kecil lagi tau. Dah nak jadi mak pun".
"Okay. Fine. So, what this guy told you?"tanya ku kepada papa dalam nada sedikit menyindir. Walaupun hati aku terluka tetapi aku tetap marah dengan tindakan Ghazli yang mengabaikan aku dan mengingkari janjinya untuk menjaga aku.
"Ghazli bagitahu papa yang adik izinkan dia kahwin dengan Daria. Apa ni dik.".
"Pa, sumpah demi Allah adik cakap dengan papa yang adik tak pernah izinkan Ghazli kahwin dengan Daria. Daria fitnah adik pa. Kenapa semua orang tak percaya adik ni?!"angin aku bengang.
"Pa, adik tak pernah tipu papa. You know what, this guy would never care about me. Dia selalu tak ada dekat rumah sebab melayan bakal isteri baru dia tu. Papa pernah tanya tak apa yang adik rasa. Pernah? No! No one care about me. Semua nak salahkan adik"hambur ku dalam nada sebak menahan di dada. Air mata aku menakung di tubir mata.
"You! Where are you when i need you?! Where?! Abang janji dengan Tya yang abang akan ada selalu dengan Tya tapi mana?! Mana janji abang tu dekat Tya! Mana trust abang dekat Tya?!"setetes air mengalir keluar dari tubir mata. Sakit yang tak tertahan terhambur jua.
"Sudahlah pa. Adik dah tak nak bincang pasal ni lagi. Adik minta diri dulu" lantas aku menghapus air mata dan terus menapak keluar. Ghazli dan papa menghantar pandangan ke arah aku dengan tatapan sayu.
Sebaik sahaja aku keluar dari pejabat papa, terlihat Malieq dan Raqil berdiri di samping pintu. Pasti mereka mendengar segala percakapan aku dan papa tadi. Aku hanya memandang mereka kosong dan terus berlalu ke pejabat aku.
Raqil dan Malieq turut bersimpati melihat aku begitu. Hatinya terusik. Siapa saja tak terkesan apabila adiknya sendiri akan dimadukan.
"Aku ingat aku nak buat perhitungan dengan orang tua tu" kata Malieq.
"Aku setuju"sokong Raqil.
Bersambung....
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...