"Kenapa Eliza boleh terfikir nak buat semua tu? Eliza tak fikir ke akibatnya?"soal Papa kepada Eliza yang hanya memandang lantai.
"Eliza minta maaf. Eliza menyesal buat mummy macam tu"tutur Eliza dengan penuh rasa menyesal.
"Tak palah Eliza. Nasi dah pun jadi bubuq. Kita berdoa jalah supaya Tya tak apa-apa". Kata ibu. Papa mengeluh panjang. Mahu dimarah tiada gunanya. Hanya mampu bersabar.
"Assalamualaikum!"sahut tiga suara dari luar.
"Wa'alaikumsalam"jawab penghuni didalam rumah sambil mata masing-masing terarah pada tiga figura yang baru masuk dari pintu utama.
"Macam mana? Ada jumpa Tya?"tanya Ibu.
"Tak adalah bu, puas dah Malieq mencarinya"kata Malieq melabuhkan duduknya di atas sofa.
"Rumah kawan-kawan dia pun tak ada"tambah Raqil pula juga turut melabuh duduk di samping Malieq.
"Ada cuba call dia tak?"tanya papa pula.
"Dah. Phone dia tak aktif". Jawab Ghazli pula.
"Haih.. Tya ni kalau dah merajuk memang susah nak dicarinya"kata papa mengeluh berat.
"Sat. Kita try call opah dia. Mana tau dia pi balik sana ka"kata ibu memberi cadangan.
"Ha.. cuba awak call mak"suruh papa. Ibu mengcapai telefon bimbitnya lalu didailnya. Bunyi deringan menandakan talian sedang disambungkan.
"Hello assalamualaikum". Sahut opah dari hujung talian.
"Wa'alaikumsalam mak"jawab Ibu.
"Ni awat hang telepon mak ni? Ada benda tak kena ka?"tanya opah.
"Memang ada yang tak kena mak. Tya, dia laghi rumah. Tak tau pi mana".
"Dia laghi pasai pa? Awat si Ghazli tu buat apa dekat dia? Ish! Buat mak susah hati ja lah hang ni.."omel opah.
"Ni kalau cheq cerita pun sampi besok pun tak habis. La ni Tya ada dak dekat rumah mak?"tanya ibu.
"Tak dak aih".
"Hemm.. kalau tak dak, tak palah. Nanti kalau Tya ada pi rumah mak, mak habaq dekat orang tau".
"Yalah. Ni pesan dekat Ghazli tu suruh bersabaq sikit dengan perangai Tya tu. Lagi satu tok sah duk ikut perasaan sangat. Kalau marah sekali pun jangan pernah naik tangan"pesan opah.
"Ya mak, cheq dah loudspeaker dah. Apa-apa mak bagitahu na".
"Iya.."
"Assalamualaikum". Talian dimatikan sebaik sahaja opah menjawab salam.
"Mak cakap apa?"Tanya papa.
"Dia tak dak pun dengan mak. Tak tau pi mana. Haih.."keluh ibu resah. Manalah dia nak mencari anaknya seorang itu.
"Ini semua salah Eliza. Kalau bukan sebab Eliza, mummy takkan lari. Kalau bukan sebab Eliza hidup mummy tak jadi macam ni"tutur eliza dalam nada sedih. Sungguh dia berasa bersalah dengan apa yang dia lakukan.
"Dak aih. Tok sah nak salahkan diri sendiri. Ini namanya takdir dan ketentuan Tuhan. Kalau bukan sebab Eliza, dan kalau Tuhan dah kata Tya tu jodoh Ghazli. Depa akan kahwin jugak"pujuk ibu memeluk bahu Eliza. Eliza diam. Tiada guna untuk dia berbicara kalau mummynya tidak mahu lihatnya lagi.
"Dah, Li dan Eliza tidur sini jelah malam ni ya. Esok kita cari Tya lagi"tuntas Papa.
Ibu memimpin Eliza lalu di bawa ke bilik agar Eliza dapat berehat dan lupakan tentang kesalahannya itu. Ghazli sekadar menungkat tangan merenung lantai.
▪️▪️▪️
Daun pintu diketuk diiringi dengan sahutan salam agar si penghuni menyedari akan kehadiran aku disitu. Lama aku mendiamkan diri dan tiada sahutan. Pintu aku ketuk sekali lagi tetapi kali ini lebih kuat dari sebelumnya.
"Ya! Wa'alaikumsalam! Aduh.. tak menyempat aih. Sapa yang mai malam-malam buta ni"omel si penghuni menaiki tangga dari arah dapur menuju ke pintu hadapan.
Daun pintu di kuak dan terkejut dipenghuni melihat keberadaan aku di hadapan pintu.
"Tya"sebut opah. Aku menarik senyum tipis agar opah tidak mengesyaki apa-apa.
"Ih! Budak bertuah ni. Awat hang mai sini?!"opah memukul lengan aku geram.
"Aduh.. sakit lah opah. Awat opah tak suka ka Tya balik sini. Daripada Tya laghi pi tempat lain baik Tya mai sini kan". Tutur ku dengan sengih.
"Hang toksah duk renyeh lagu kerang busuk lagu tu. Hang ni kalau tak buat oghang risau memang tak sah kan. Nuh, laki dengan anak tiri hang duk risaukan hang"bebel opah.
"Biaq pi lah depa. Sapa suruh depa buat dekat Tya lagu ni. Pandai-pandailah depan caghi". Rajuk ku.
"Depa buat apa dekat hang?"tanya Opah.
"Loh.. takkan Tya nak crita tang ni. Ajak lah cucu kesayangan opah ni masuk". Ujar ku.
"Hang loyar buruk dengan aku na? Dah pi lah masuk"kata Opah mahu menghempuk aku. Pantas aku mengelak.
Aku menapak masuk ke dalam rumah lalu melabuhkan duduk aku diatas sofa kayu. Opah turut melabuhkan punggungnya dan mahu mendengar penjelasan daripada aku.
"Uish! Lawa noh rumah opah la ni. Upah mana ni?"tanya ku cuba mengusik opah agar kesedihan aku dapat di tepis.
"Hang toksah duk melalut ke lain. Hang cerita sekarang apa yang dah jadi"bidas opah. Aku sekadar menarik senyum.
"Okay-okay. Cerita dia lagu ni.."aku memulakan penjelasan aku kepada opah. Awal-awalnya reaksi opah biasa sahaja. Semakin mendalam aku bercerita, raut wajah opah menjadi makin serious. Entah mengapa, saat aku bercerita air mata aku jatuh setitis demi setitis dihadapan opah. Sungguh aku tidak mampu untuk menahan rasa sakit lagi.
Aku curahkan segala-galanya disaat itu. Opah yang melihat aku sudah rancak menangis, lantas mengalihkan tempat duduknya disisi aku lalu membawa aku ke dalam dakapannya.
"Shh.. janganlah teriaq lagu tu.. cucu opah kuat. Opah faham sangat. Sabaq na"pujuk opah. Aku terus menerus mengeluarkan air mata. Hanya itu yang aku mampu lakukan. Menangis dan terus menangis.
Aku melabuhkan duduk di birai katil. Gambar aku sewaktu kecil terpajang di sisi katil. Bingkai gambar itu aku capai. Gambar keluarga aku sewaktu aku masih lagi kanak-kanak. Setelah mernung gambar itu buat seketika, bingkai itu aku letakkan kembali. Badan aku rebahkan.
Mata aku merenung kipas yang berpusing menghasilkan angin bagi mendinginkan aku di malam itu. Wajah Ghazli mula berlayar di kotak minda aku. Lantas aku menggelengkan kepala aku agar bayangan itu hilang dari pandangan ku.
"Don't think about him. I hate him. Divorce? I think that is the good way for me and him"kata ku sendiri. Mata aku mula kuyu. Hanya itu sahaja yang terlintas difikiran aku. Cerai. Dan aku mula hanyun dalam lena.
Bersambung....
What? Cerai?! Kenapa Tya nak bercerai? Korang rasa perkahwinan mereka akan berakhir ke? Stay tune.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomanceMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...