Bab 46

5.3K 146 5
                                    

Aku berdiri di hadapan pintu bilik. Mengenangkan Ghazli yang masih lagi panas dingin membuatkan aku sedikit kecut untuk masuk. Tangan aku mendarat pada tombol pintu. Perlahan-lahan tombol aku pulas dan mendorong pintu untuk terbuka.

Melihat Ghazli berdiri memeluk tubuh menghadap jendela. Langkah ku atur satu persatu menghampirinya. Tangannya ku sentuh lembut. Dia menoleh melihat aku yang memandangnya dengan pandangan yang penuh makna.

"Abang, Tya nak tanya abang sikit"ujar ku. Ghazli hanya diam. Anak matanya hanya memandang ku.

"Do you love me?"tanya ku.

"What the innoncent question? Of course i do love you"jawab Ghazli.

"Kalau abang sayangkan Tya, cintakan Tya, kahwin dengan Daria please"pujuk ku.

"No!"tegas Ghazli serentak menepis tangan ku.

"Tapi abang.."

"Tapi apa? Tya, abang hanya sayangkan Tya seorang sahaja. Kasih sayang abang tak mungkin akan dikongsikan. Pleaselah"kata Ghazli melabuhkan duduknya di birai katil.

"Tya kasihankan Daria. Lagi satu, nama keluarga kita juga yang buruk kan?"ujar ku lagi berusaha memujuk Ghazli.

"Sayang nak kasihankan dia? Dia tu, ada kasihankan sayang?"soal Ghazli.

Aku terdiam seketika. Apa lagi yang harus aku unsulkan agar Ghazli tidak begitu marah dengan Daria. Ghazli merebahkan badannya di atas katil. Lengan di rehatkan diatas kepala. Kelopak matanya di pejam.

Aku menghela nafas berat. Melihat akan tingkah Ghazli sudah dapat ku duga bahawa dia tidak akan bersetuju dengan cadangan bodoh aku ini.


"Macam mana?"tanya Daria menerpa je arah aku sebaik sahaja melihat aku keluar dari bilik.

"Hurk!"aku sedikit terkejut dengan sergahan itu.

"Lemah jantung akulah.. kau ni.."kata ku geram.

"Sorry.. so?"soal Daria lagi ingin tahu jawapan dari aku.

Aku menggeleng. Mendengar jawapan dari aku, raut wajah Daria berubah mendung. Pandangannya menunduk memandang lantai.

"It okay Tya. Aku faham. Nampaknya aku terpaksalah menghadap bapak aku. And maybe diorang mungkin tak akan anggap aku ni anak diorang lagi"tutur Daria sedih. Dia membawa diri ke biliknya dengan penuh rasa sedih dan takut.

Aku sekadar melihat kepergian Daria ke biliknya. Di lubuk hati aku timbul rasa serba salah, kasihan, dan juga sedih pada diri sendiri. Kekadang aku terfikir. Kenapa suami aku? Kenapa bukan lelaki lain? Bukan kah Daria ramai kawan lelaki? Kenapa suami aku yang harus menjadi kambing hitam buatnya.

▪️▪️▪️

Buah mempelam yang baru di kupas oleh Eliza aku sambar lalu ku cicah ke dalam mangkuk yang berisi kicap dicampur dengan gula dan cili. Sungguh mengangkat selera ibu mengandung ni.

"Hey! Berpadalah sikit makan tu"tegur Eliza.

"Ala.. biarlah. Anak aku yang nak. Lagipun tekak aku loyalah. Itu yang kena makan mempelam ni"jawab ku.

"Sikit-sikit salahkan anak dalam perut. Tak baik tau. Kesian adik kakak ni kan"kata Eliza mengusap perut aku yang sedikit membuncit.

"Oh ya! Daria tu apa cerita?"tanya Eliza sambil menyua mempelam ke mulutna.

"Haih.. entahlah Eliza. Aku pun dah buntu sekarang ni. Aku tak sanggup nak bagi abah kau kahwin dengan Daria tapi dalam masa yang sama, aku tak nak keluarga malu dengan perangai bodoh si Daria tu"jawab ku.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now