Bab 65 (Final)

11.2K 228 24
                                    

Aku menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Kelihatan Ghazli tertidur di atas sofa sambil Huraiyah ditiarapkan diatas dada bidangnya. Bibir aku mengjungkit senyum. Kaki ku atur ke halaman belakang bagi menyidai jemuran pakaian. Boleh dikatakan, inilah rutin harian aku setelah bergelar seorang ibu.

Suasana rumah agak sunyi oleh kerana aku sudah tinggal di rumah Ghazli semula. Disebabkan hari ini merupakan hari minggu, Eliza sudah pasti keluar bersama kawan-kawannya. Entah bila lah dia nak ada teman lelaki. Umur dah masuk 29 tahun. Tapi masih lagi membujang.

Atok pula sudah pulang ke pulau penang selepas dua hari aku habis berpantang. Katanya rindu duduk di kampung. Haih.. atok, atok. Tak lari ke mana pun rumah tu.

Usai menyidai, aku kembali melangkah masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur. Aku mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak makan tengah hari. Apron yang tergantung aku capai lalu aku sarung ke badan. Tali aku ikat kemas dan bersedia untuk bertukang.




Ghazli terbangun dari tidurnya apabila mendengar sesuatu di dapur. Huraiyah yang meniarap di atas dadanya di angkat lalu diletakkan di atas tilam bayi. Dia mengatur langkahnya ke dapur untuk memeriksa apa yang sedang aku lakukan didapur.

"Sayang masak?"tanya Ghazli.

"Masaklah.. habis tu nak makan apa tengah hari nanti"jawab ku.

"Okay.. but, jangan masak banyak sangat"pesan Ghazli.

"Kenapa?".

"Malam ni ibu dengan papa ajak pergi dinner"ujar Ghazli.

"Pulak.. tak ada bagitahu pun".

"Papa call abang tadi. It okay. Just cook for us this afternoon only okay"Ghazli menarik senyum. Kakinya di hayun pergi dari situ.

Aku mengeluh berat. Nasiblah aku baru selesai potong-potong semua bahan. Tak adalah membazir sangat.

▪️▪️▪️

Matahari sudah pun melabuhkan tirainya. Malam itu aku bersiap untuk pergi makan malam bersama keluarga aku. Huraiyah aku siapkan terlebih dahulu sebelum aku menyiapkan diri aku. Sungguh comel Huraiyah apabila mengenalan gaun dari pemberian keluarga.

Giliran aku untuk bersiap. Aku membuka almari pakaian aku nampaknya tiada baju yang menarik perhatian aku untuk diperagakan. Tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan pintu dari luar. Aku terus menapak ke arah pintu lalu menyapa si gerangan itu.

"Ada apa ni?"tanya ku sambil membuka pintu. Eliza yang berdiri tercegak di hadapan pintu menghulurkan aku satu beg kertas.

"Apa ni?"tanya ku menyambut beg kertas itu.

"Aku tahu kau tak ada baju nak pakai kan? So, pakailah baju tu"ujar Eliza menarik senyum.

"Oh ya lagi satu, abah keluar pergi jumpa orang sekejap katanya. Dia suruh kau pergi dengan aku. Jumpa dekat sana terus"tambah Eliza lagi.

Tanpa banyak fikir aku mengangguk faham. Isi beg pakaian itu aku intai dan membuatkan aku sedikit terkejut.

"Weh.. cantik nya..."kata ku menutup mulut.

"Kau pergi lah siap. Aku tunggu dekat bawah"Eliza melangkah pergi menuruni anak tangga.

Aku menutup pintu kembali dan terus mencuba baju yang diberikan oleh Eliza itu. Perasaan teruja dan gembira bercampur-baur seperti makan malam kali ni akan diadakan di restoran mewah.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now