Sebaik sahaja selesai aktiviti di unggun api, aku terus masuk ke dalam Khemah tak betah aku untuk berlama disitu dengan sepasang mata yang asyik memandang aku sahaja. Aku mengeluarkan satu buku dari dalam beg galas dan juga sepatang pen. Aku menulis segala isi hati aku didalam buku itu. Itulah yang akan aku lakukan kalau aku tengah marah, sakit hati, kecewa mahupun sedih. Segalanya aku luah dalam bentuk tulisan.
"La.. dekat sini kau rupanya"sapa Hani memasuki khemah.
"Ada apa?"tanya aku seraya menyimpan kembali buku dan pen ke dalam beg.
"Amirul cari kau"kata Hani sambil membuka tudungnya.
"Buat apa dia cari aku?".
"Entah. Katanya nak bagitahu kau something. Aku rasakan dia nak ajak kau get back dengan dia lah"sangka Hani.
"Ih!! Tak mau aku. Hati aku ni dah terlalu tawaq dah untuk dia tu. Dia yang buat hai sendighi tanggunglah"omel ku. Habis terkeluaq bahasa pineng aku.
"Kau ni.. kalau tengah marah mesti keluar cakap pulau pinang kau tu"Hani menggelengkan kepalanya.
"Dah nak terkeluar, nak buat macam mana. Aku ada darah pineng. Kau tak dengar ibu aku membebel lagi. Ha.. kalau kau dengar confirm kau akan rasa bercakap dengan itik dan ayam".
"Memanglah aku tak akan faham. Sah-sah aku ni orang KL. Kau ni.. dah lah aku nak tidur. Layanlah kau punya sakit hati tu sampai pagi. Jangan termakan diri sudah"Hani tertawa kecil lalu dia merebahkan badannya dan terus terlena.
"Ish! Mana ada orang sakit hati sampai termakan diri. Tapi.. ada ke? Aish! Tak nak aku. Nanti jadi gila sia-sia je. Ee... minta jauh Ya Allah.. "aku menepuk kedua pipi aku perlahan. Bagi menghalau fikiran aku yang bukan-bukan.
▪️▪️▪️
Bunyi deringan telefon bimbit mengganggu lena aku. Aku tergaru-garu berserta dengusan geram. Akhirnya deringan itu senyap. Aku kembali lena. Tidak lama kemudian deringan itu kembali berbunyi.
"Ish! Telefon siapa duk hingaq pagi-pagi buta ni!! Kacau orang nak tidoq lah.."marah aku menggaru leher tidak gatal.
"Tya, phone kau lah.. jawablah.. aku nak tidur ni"rungut Riri.
Aku berdecit. Telefon yang ada berdekatan aku capai lalu ku bawa ke telinga.
"Hello! Tak reti bahasa ka duk call oghang pagi-pagi buta ni!"marah aku.
"Tak bangun lagi ke? Heh! Dah subuh lah!"sahut suara dari dalam talian. Mata aku terus terbuka. Aku melihat skrin telefon tertera nama 'pakcik hot'.
"Ish! Pakcik ni nak apa hah! Call orang pagi-pagi?"dengus ku.
"Aku nak kejutkan Anak aku".
"Habis tu? Pergilah call Eliza. Kenapa call saya! Aduh..!"cemuh aku.
"Aku dah call tapi tak berangkat. Nak call banyak kali nanti rimas pula dia".
"Habis pakcik duk call-call saya ni ingat saya tak rimas?".
"Banyak cakap pula budak ni. Bangun jelah kejutkan Eliza tu sekali. Solat subuh"marah Ghazli dari dalam telefon.
Aku menjarakkan telefon dari telinga aku. Sekarang ni siapa patut marah siapa?. Telefon aku dekatkan kembali.
"Yelah.. bye"terus aku mematikan talian.
Aku bangun dari pembaringan. Mata aku tenyeh bagi menghilangi rasa mengantuk. Jam di skrin telefon aku pandang. Aku mengeluh berat. Kepala ku toleh ke sebelah dimana Eliza sedang nyenyak tidur.
YOU ARE READING
He's my Mr. Hot [✔️]
RomantikMengisahkan seorang gadis lewat remaja yang sangat suka bersosial. Dari segi pakaian, tutur kata, tidak melambangkan dirinya seorang gadis yang boleh dibuat isterilah katakan. Itulah Etyani Meerlina. Gadis yang suka berfoya. Tetapi, dia merupakan se...